BAB 23

1.8K 100 30
                                    


| THE BAD BOY'S WIFE |

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti amo, Tengku Sara Irdina."


Belakang pentas itu mula riuh-rendah dengan pelbagai ragam manusia yang berada di situ. Sudah setengah jam pertandingan bermula, sebentar lagi giliran Kumpulan Unix untuk melakukan persembahan.

Bunyi bising yang kedengaran mencuri perhatian Sara. Matanya sempat mencuri pandang pada sekumpulan pelajar perempuan yang sedang memandang kearah mereka, atau lebih tepat memandang kearah suaminya. Aku cungkil biji mata sekor-sekor baru tahu.

Sara menoleh memandang Harris disebelah. Handsome, patutlah ada mata-mata yang gatal memandang ke arah suaminya.

Spontan lelaki itu memandang ke tepi apabila sedar dirinya diperhatikan oleh seseorang, Siapa lagi kalau bukan Isteri kesayangannya.

" Apa? "

" Ah nothing! " Sara menggeleng laju.

Harris mengangguk kecil. Tangannya naik memeluk tubuh. Itulah sikapnya bila diluar. Tiadanya nak pegang tangan bagai.

Husnuzon, Harris shy shy ton sikit bila nak pegang tangan Sara.

Pandangan Sara kini tertumpu kepada Iqbal, Aqil dan Danish yang sedang berbual dengan Yana dan Mia. Manakala Farra sibuk dengan telefonnya. Chat boyfriend lah tu. Eh--

" Seterusnya, dijemput ahli Kumpulan Unix untuk naik ke pentas! " Tepukan gemuruh dan beberapa jeritan menarik perhatian mereka berlapan.

Harris menepuk tangannya menarik perhatian mereka yang berada disitu. " Okay, I wish you all good luck. Buat yang terbaik untuk banggakan sekolah kita."

Mereka menganggukkan kepala. Dengan riak tenang mereka berempat melangkah mendekati pentas. Unix tak pernah kalah.

Harris berjalan semula kearah Sara sebelum dahi licin isterinya dikucup lembut. Lantak lah orang pandang, bukan dia buat dosa pun.

" Doakan aku berjaya tau! " Rambut Sara digosok perlahan.

" Good Luck." Bibir mengukir senyum apabila mendengar ucapan dari isteri kesayangannya. Wajah Harris kembali serius sebelum dia berjalan mendekati ahli kumpulan Unix.

" Wow, Sara blushing lah! " Sara menoleh, wajah Yana, Mia dan Farra yang sedang tersenyum memandangnya memenuhi ruang mata.

Segera dia membuang pandang ke tempat lain. Rambut yang terjuntai ke dahinya itu disebak ke belakang. Pipinya kemerahan menahan malu. Jelingan beberapa pelajar diabaikan. Jealous lah tu, kesian single.

The Bad Boy's Wife | OGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang