07

8.2K 644 103
                                    

"Thank you Adrian, banyak tolong uncle."

Kata-kata Tuan Adam buatkan Adrian menggeleng perlahan. "Tak ada benda pun lah uncle. Uncle yang banyak tolong Rian dengan ayah."

Mereka berbual dan kemudian pandangan Tuan Adam beralih pada tangga saat kelibat cucunya kelihatan. "Kie."

Laju saja cucunya itu berpaling wajah saat namanya dipanggil. "Sini kejap sayang." Panggil Tuan Adam dan cucunya hanya mengikut. Langkah yang ingin ke dapur itu bertukar ke ruang tamu.

"Kiara! Lama tak jumpa." Kata Haiqal saat Kiara mula menghampiri, cucu kedua Tuan Adam.

Kiara mengukirkan sebuah senyuman lalu melabuhkan punggung duduk disebelah Tuan Adam. "Uncle datang tak cakap pun?"

Mereka memang rapat. Kenal kerana Haiqal merupakan salah seorang kawan Tuan Adam yang mengajarnya seni mempertahankan diri.

"Uncle saja datang, ada kerja sikit dengan tok abah kamu."

"Ohh." Kiara kemudian beralih pandangan melihat lelaki disebelah uncle Haiqalnya. Tidak pernah ketemu pun sebelum ini.

"Oh ya, ini anak uncle. Korang tak pernah jumpa lagi kan? Nama dia Adrian."

Kiara senyum, "Hi Adrian!" Kiara menghulurkan tangannya. Namun Adrian hanya berdehem pendek dan huluran tangan gadis itu langsung tidak disambut. "Hm."

"Adrian." Haiqal mencuit peha anaknya disebelah. Haih perangai. Kiara hanya tersenyum tipis.

Selepas beberapa minit, Adrian meminta diri. Katanya dia mahu keluar dan Keith pun sudah sampai mahu menjemputnya.

"Dah habis bincang?" Soalan pertama yang Keith tanya sebaik saja Adrian memboloskan diri masuk ke dalam kereta.

"Dah." Angguk Adrian. Keith mulakan pemanduan. "Siapa je ada lagi?" Tanya Keith lagi.

"Shark dengan cucu dia. Aunty Marina keluar."

"Cucu?" Keith toleh melihat Adrian sepintas lalu sebelum matanya kembali pada jalan raya. Cucu yang sama yang pernah diceritakan oleh Tuan Adam dulu ke? "Apa nama dia?"

Adrian mengangkat bahu gaya malas. "Entah. Kiara kut."

"Cantik?"

"Okaylah." Adrian membalas acuh tidak acuh. Tak berminat sangat mahu berborak tentang gadis itu.




1 TAHUN KEMUDIAN

               Adrian yang sedang berdiri memandang langit didekati. Ruangan kolam renang di atas bumbung ini besar. Adrian berdiri dibahagian pagar balkoni kaca sambil melihat pemandangan dari atas. "Rian."

Keith hampirinya lalu berdiri disebelah. "Kau okay?"

Adrian diam tidak membalas walaupun sepatah. "Kitaorang ada dengan kau. And walaupun nanti semua pergi tinggalkan kau, aku akan tetap ada." Keith tahu yang Adrian masih lagi bersedih dengan kepergian ayahnya. Uncle Haiqal terkorban sewaktu menjalankan misi bersama.

"Sudahlah, jangan macam ni. Aku tak suka tengok kau macam ni." Adrian kebelakangan ini kurang berinteraksi dengan mereka semua. Jarang juga pulang ke rumah. Tidak tahu dia ke mana.

"Aku rasa kesal sebab tak halang dia, K." Akhirnya, Adrian bersuara. Rasa kesal dan serba salah itu makin lama makin menebal dalam hatinya.

"Benda dah jadi. Kita tak boleh nak putar balik masa."

Keith menepuk bahu Adrian. "Jom turun. Tadi Qist ada datang bawa makanan. Jom makan sama-sama."

Adrian angguk kecil. "Turunlah. Nanti aku datang." Tidak mahu memaksa, Keith hanya mengangguk dan pergi meninggalkan Adrian. Kalau Adrian mahu, nanti dia turunlah tu.

Keith Aurora : His Fallen StarWhere stories live. Discover now