BAB 24

23 8 1
                                    


Akhirnya mereka semua tiba di padang Polo Newheaven.

Keempat gadis sangat terpesona dan gembira kerana dari dulu mereka hanya melihat di kaca TV dan media sosial tapi kini sudah berada di depan mata.

Perangai mereka terus berubah menjadi kanak-kanak secara drastik.

"Wauu! Guys look banyaknya kuda hahaha comel lah", kata Ariesya mengembang senyuman di bibir mungilnya itu.

"Tak sangka kita dapat merasakan", Aryqa menghela nafas yang dalam rasa berpuas hati.

"Mel, Far, Iqa, Sya.... Sini-sini", jerit Tengku Hairul dari jauh yang sedang pegang tali kuda.

Mereka berempat bersemangat lari seperti anak kecil sambil tolak satu sama lain.

Tengku Hairul sangat arif dalam permainan ini kerana dari kecil sudah diajar bermain supaya dapat bertanding dengan negeri luar atau luar negara.

"Disebabkan korang first time tunggang kuda, korang kena pakai safety dia dulu", tegas Tengku Hairul agar mereka tidak mengalami kecederaan.

"Habis Tengku kenapa tak pakai juga?", soal Farisya.

"Saya eh no, kami tak tunggang pun just jalan samping korang sambil pegang tali takut terlepas. Saya bagi korang rasa naik dulu nanti dah okay korang tungang sendiri. Petang baru ajar cara main dia", panjang lebar Tengku Hairul memberi penrangan.

Semasa Tengku Hairul sibuk terang, Melissa terlihat strungle memakai helmet menunggang kuda.

Dengan yakinnya Melissa berkata, "Betul kan aku buat hehehe rasa kelakar pakai ni"

"Hahaha Mel! Terbalik ni kau pakai", gelak besar mereka semua melihat ragam Melissa kecuali Tengku Hairul.

"Sini pusing saya nak tengok", kata Tengku Hairul dengan suaranya sangat lembut.

"Macam ni cara pakai dia.... ", Tengku Hairul membetulkam sambil bebel apa fungsi tersebut.

Tetapi Melissa hanya tatap muka Tengku Hairul hingga tidak fokus apa yang beliau katakan.

"Ha faham?", serius Tengku Hairul bertanya.

"Tak...", selamba badak Melissa cakap seperti itu.

Kemudia Melissa tersedar dari angau, "Eh faham lah. Alarhh helmet je pun"

Tengku Hairul ternampak sehelai rambut Melissa terjuntai dari tudung. Tanpa Tengku Hairul fikir batas pergaulan dia cuba masukkan rambut itu.

Tengku Hairul terkena pipi Melissa sedikit terus Melissa mengundur secepat mungkin.

"Apa ni Tengku....", Melissa terasa marah sedikit kerana Tengku Hairul tidak menghormati Mel.

"Sorry Mel saya tak sengaja, saya geram tengok rambut awak terjuntai sikit. Tu yang saya nak masukkan. Selalunya saya buat macam tu dekat bonda saya...sorry"

Sambungnya lagi, "Tapi kan awak demam ke? Saya tersentuh pipi awak tadi panas",

"Saya okay lah", Melissa masih marah atas apa yang Tengku Hairul lakukan padahal perkara itu tidak sengaja.

"Panas ea? Ha tu tanda bagus jangan risau. Yang kena risau kalau rasa pipi dia sejuk", sampuk Aryqa.

Maksudnya sewaktu Tengku Hairul betulkan helmet Melissa, Mel jadi blushing.

Kebetulan ketika itu Tengku Addriane, Tengku Ammar dan Tengku Fad datang ke arah mereka.

"Dah boleh start ajar diorang ni rasanya", kata Tengku Addriane tuju kepada Tengku Hairul.

Tengku Addriane bersuara sekali lagi, "Sya... Ikut saya."

"Eh eh nak pergi mana?"

"Pergi kubur. Pergi mana lagi, saya nak ajar awak tungang kuda lah."

Euphoria To My DysphoriaWhere stories live. Discover now