BAB 13

26 15 7
                                    

Rupa-rupanya tetamu misteri itu adalah Tengku Fad.

Tengku Fad merupakan sedara kepada tiga Tengku. Bapa Tengku Fad adalah abang kandung kepada Tunku Aileen.

Tengku Fad masuk ke dalam istana dengan langkah kaki kanan. Dia melihat ada tiga wanita asing baginya.

“Eh eh ada tetamu lagi. Ingatkan semua tetamu dah balik.” kata Tengku Fad.

“Dah nak masuk waktu maghrib baru sampai? Ada kerja ke tadi?, tanya Sultan Azman.

“ha’ah, tapi sekejap je. Lepastu kan…. time nak otw ke sini boleh pula stuck sebab ada kemalangan tu yang lama sampai”, ujar Tengku Fad sambil salam Sultan Azman dan Tunku Aileen.

Tengku Fad duduk bersebelahan ketiga gadis itu.

“Hi (melambai tangan), nama awak siapa?, Tanya Tengku Fad pada Ariesya.

Belum sempat Ariesya menjawab, Tengku Addriane bersuara “Oii! Yang duduk sebelah diorang kenapa? Sini, sebelah Addriane ada kosong ha bukan main luas lagi."

“Alarhhh..Fad nak tanya nama dia je eiii tu pun nak marah”, Tengku Fad beralih tempat duduk di sebelah Tengku Addriane dengan memuncungkan mulut.

“Eh! Addriane ni…biar lah dia nak duduk sebelah diorang. Ha! Fad….ni Ariesya, Aryqa dan Melissa”, Tunku Aileen memperkenalkan mereka.

“Ouhhh manis je nama. Macam tuan empunya badan hehehe”, puji Tengku Fad kepada ketiga gadis itu.

“Fad, pergi lah dapur makan dulu”, pelawa Tunku Aileen.

“Nanti lah, Fad nak duduk kat sini dulu. Nak juga berkenalan dorang ni”, Tengku Fad menatap mereka bertiga dengan penuh menggoda.

Tengku Ammar perasan cara pandangan Tengku Fad kepada mereka membuatkan dia takut jikalau Aryqa terjatuh hati pada si Tengku Fad, “Woi…depan kau tu dah terhidang air kan? Apa lagi minum lah. Sibuk tengok dorang lama-lama kenapa”.

Tengku Fad hanya menjeling pada sambil mencapai secawan air.

Tengku Fad meminum secawan air yang terhidang di depannya tetapi mata masih memandang goda pada ketiga gadis itu.

Tengku Ammar terasa bara dihati lalu dia cuba untuk tunjal kepala Tengku Fad, tiba-tiba azan Mahgrib berkumandang.

“Ha dah azan. Awak bertiga solat dulu lah ye dekat sini”, kata Sultan Azman.

“Lagi ramai, lagi meriah dapat lah solat berjemaah. Ha lagi-lagi Tengku Fad ada sekali”, kata Sultan Azman dengan riak muka yang serius tetapi suaranya lembut ketika bercakap.

“Kami tak susahkan ke? Kami segan betul lah dari tadi kami ni suka sangat buat masalah”, kata Aryqa dengan penuh rasa hormat. Ketiga gadis itu tersipu malu kerana sudah banyak menyusahkan sejak dari datang ke istana sehingga kini.

Tengku Ammar memandang Aryqa dengan rasa menyampah. *(Halahh nak lagak baik pula depan parents aku…kau tunggu lepas aku dapat kau, baru aku tahu perangai sebenar. Yang sekarang ni bolehlah nak tunjuk diri tu baik…padahal nak ambil hati parents aku biar nampak diri kau perempuan sosok suci alim gitu kan. Lepas tu aku suka dekat kau? Hek eley trick lapuk lah)* bisik dalam hati Tengku Ammar.

“Tak ada lah, takyah lah rasa diri tu bermasalah ke beban ke, saya okay je lah. Dah jum ikut saya pergi bilik solat”, balas Tunku Aileen lalu menarik tangan Ariesya untuk mebawa mereka ke ruang solat yang besar iaitu khas untuk tetamu jika solat berjemaah dengan tetamu.

Di dalam istana itu mempunyai dua bilik solat yang ruangnya berbeza, iaitu kecil dan besar. Yang kecil hanya untuk keluarga kerabat diraja kerana selalu Sultan Azman, Tunku Aileen, Tengku Puteri Amani dan suaminya sahaja yang selalu solat bersama. Bilik solat yang besar pula untuk solat berjemaah dengan tetamu agar merek berasa selesa.

Euphoria To My DysphoriaWhere stories live. Discover now