BAB 16

19 9 0
                                    


“ Tunggu lah weyy! Alarhh yang kain ni pun tak boleh tengok aku senang! Jangan lah buat malu aku”, jerit Aryqa.

“ Kenapa diorang lari?”, tertanya tanya Tengku Ammar.

“ Addriane lah ni! Mulut tak jaga tengok diorang dah lari”, marah Tengku Hairul pada Tengku Addriane.

Padahal mereka lari dari Tengku bukan sebab free hair sahaja, malah sebab rupa mereka comot. Lagi pula diorang baru bangun tidur mestilah wajah mereka tampak separuh siap. Mereka malu untuk berdepan dengan ketiga Tengku dalam keadaan kusut masai, selekeh dan serabai.

Kak Siti ketika itu baru sahaja masuk ke ruang dapur dari mana entah datangnya.

“ Mana budak-budak ni? Tadi dengar suara kecoh dekat dapur, sekarang hilang pulak”, binggung Kak Siti dibuatnya.

“ Tadi diorang lari lepas nampak kami”, jawab Tengku Ammar.

“ Lah bertuah punya budak, macam tak pernah jumpa dengan Tengku je. Pelik budak zaman sekarang”, kata Kak Siti.

Sementara itu, Melissa dan Ariesya dah masuk dulu dalam bilik, tinggal lah Aryqa yang masih belum tiba lagi. Aryqa menerjah pintu secara mengejut setelah tiba.

“ Woii! Samapai hati korang tinggalkan aku kat belakang. Dah tahu aku pakai kain batik tu slow lah sikit lari. Malu tahu tak!”, termengah-mengah Aryqa marah.

“ Lain kali bogel je senang. Silap-silap kau dah depan kitorang tdi”, sempat lagi Melissa berjenaka.

“ Guyss! Ya Allah sumpah malu diorang nampak kita macam ni”, sampuk Ariesya.

“ Diorang buat apa dekat sini? Subuh pula tu”, hairan Melissa lihat ketiga Tengku bukan main awal lagi datang. Rasa ada sesuatu hajat.

Terlalu fikirkan malu punya pasal sampai tak perasan Kak Siti dah terpacak depan pintu bilik mereka, “Heii buat apa duduk dalam bilik lagi ni? Dah pergi dapur sana, layan Tengku kesian diorang dari tadi tunggu tahu”.

“ Tak nak kami malu huhuhu”, rengek Aryqa sambil memeluk bantal.

“ Nak malu apa? Korang bukan first time jumpa, dah berkali-kali tak akan segan lagi kot”, perli Kak Siti.

“ Kami bukan malu nak berjumpa, malu nak berdepan dengan situasi kami macam ni. Akak faham-faham je lah, kita ni perempuan mesti lah nak nampak manis depan mata lelaki”, perlahan nada Aryqa.

“ Ikut suka hati kamu lah. Maybe diorang datang sekejap je, nanti dah balik jangan rindu pula”, usik Kak Siti. Kak Sit beredar dari situ.

Tidak lama kemudian, Ustaz Saiful berada di luar rumah tadi kini dah berada di dapur makan bersama dengan ketiga Tengku. Ustaz memulakan perbualan antara mereka, “ Sebelum ni pernah datang sini ke?”.

“ Ha’ah tapi saya rasa tak pernah nampak ustazz….”, Tengku Hairul terlupa nama ustaz Saiful.

Cepat-cepat Ustaz beritahu namanya, “ Saiful, Ustaz Saiful. Nak panggil Ustaz je boleh”.

Sambung cerita Tengku Hairul yang terhenti tadi, “ Masa kami datang nampak seorang lelaki pakai kopiah. Tak nampak pula ustaz”.

“ Ouhh tu Ali adik saya. Dia ajar anak-anak yatim kat sini mengaji. Kalau saya tak ada dia lah yang gantikan saya. Mungkin masa Tengku datang saya tak ada kat sini kot. Sebab saya juga penceramah bebas tapi tak terkenal mana pun”, penuh rasa rendah diri ketika bercakap.

Mereka menanggukkan kepala sebagai syarat faham apa yang dijelaskan oleh Ustaz Saiful.

Mata Ustaz berkeliaran melihat sekeliling, “ Mana tiga ketul ni tak bangun lagi ke”, perlahan suara Ustaz bertanya.

Euphoria To My DysphoriaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum