BAB 12

38 16 10
                                    

Mereka bertiga terus tak senang duduk disebabkan berita tersebut. Tengku Hairul terus call Melissa tetapi Melissa tak angkat call tersebut.

Kemudian,Tunku Aileen terlihat berita itu tetapi tidak terfikir yang terlibat dalam kemalangan itu adalah mereka. Lalu Tunku bertanya mula bertanya keberadaan tiga gadis itu.

"Mana diorang bertiga?? Tak sampai-sampai lagi ke?? Dah pukul berapa ni. Kita nak sambut dah birthday baby Yan, kesian tetamu tunggu lama", tanya Tunku Aileen kepada putera-puteranya dengan pelik.

"Diorang belum sampai lagi. It's okay Mama, Mama and yang lain sambut dululah. Kitorang tunggu diorang bertiga kat sini", jawab Tengku Hairul kepada Tunku Aileen tanpa memberitahu tentang berita yang mereka saksikan kerana dia tidak mahu membuat Tunku Aileen risau.

Lagi pula berita itu belum mendapat kepastian adakah mereka bertiga atau orang lain.

Balas Tunku Aileen kepada putera-puteranya dengan tegas, "No, you guyss kena sambut sekali birthday baby Yan".

Mereka terpaksa menyambut sekali tanpa kehadiran ketiga gadis itu.

Wajah Tengku Ammar dan Tengku Addriane tidak berpuas hati kerana mereka tak dapat jalankan rancangan jahat itu depan kawannya.

Semasa sambutan birthday Yan, muka mereka bertiga langsung tak bersemangat. Tengku Hairul sudah tentu mengrisaukan keberadaan tiga gadis itu sama ada ia benar kemalangan itu adalah mereka atau ada sesuatu yang terjadi kepada mereka kerana sehingga kini tidak dapat perkhabaran dari Melissa. Manakala, Tengku Ammar dan Tengku Addriane hati mereka masih mengelegak.

Selepas sambutan birthday tersebut, Tengku Hairul terus call hospital and polis Midstorm tanpa pengetahuan Tunku Aileen and Sultan Azman untuk mengetahui lebih lanjut tentang ketiga-tiga gadis yang terlibat dengan kemalangan tersebut.

Kemudian, polis memberitahu bahawa pihak mereka masih menyiasat dan mangsa kemalangan telah dibawa ke hospital akibat cedera teruk. Pihak hospital mengatakan bahawa seorang mangsa sudah 50/50, manakala dua orang lagi cedera parah.

Tengku Hairul menghela nafas berat apabila mendengar berita tersebut.

Tengku Hairul inform pada Tengku Addriane and Tengku Ammar tentang berita tersebut. Mereka berdua berpura-pura menjadi lemah setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh abangnya. And then, Tengku Addriane and Tengku Ammar mula bertanya tentang mangsa itu.

"Hospital tu tak beritahu ke siapa mangsanya?", Tanya Tengku Addriane dengan wajah berpura-pura risau.

"Belum lagi, nanti dia inform lah tu", jawab Tengku Hairul sambil menggengam bahu Tengku Addriane.

"Mangsa kemalangan tu bawa hospital mana??", serentak Tengku Ammar and Tengku Addriane bertanya.

Belum sempat Tengku Hassanal menjawab, Tunku Aileen mencelah, "Hospital?? Siapa yang sakit kat hospital??.

Tengku Hairul berkata "Tadi kami tertengok ada satu berita tentang kemalangan melibatkan tiga gadis 20-an...sekarang diorang dikejarkan ke hospital. Mama tak rasa ke tu macam diorang?". Sambil Tengku Hairul menunjukkan berita di dalam telefonnya.

"Ya allah, diorang bertiga terlibat dengan kemalangan ke??", soal Tunku Aileen risau sambil memandang berita tersebut.

"I'm not sure Mama, tapi Hairul rasa tak sedap hati right now", jawab Tengku Hairul dengan riak muka gelisah.

"So, polis cakap apa?? Pihak hospital tak ada bagi respons ke??", desak Tunku Aileen menanya kepada Tengku Hassanal.

"Polis tengah siasat siapa mangsa yang terlibat dalam kemalangan tu", balas Tengku Hairul dengan suara serak menahan sedih.

Euphoria To My DysphoriaWhere stories live. Discover now