BAB 14

34 17 15
                                    

Aryqa terus gelabah mendongakkan kepalanya melihat apa yang terjadi pada mata Tengku Ammar. Ketinggian Aryqa paras leher Tengku Ammar.

“Kenapa Tengku?! Kenapa kenapa!”, Aryqa menjadi panik.

“Mata saya! Arghhh mata saya!!!, jerit Tengku Ammar mengerang kesakitan.

Aryqa tolong bantu Tengku Ammar pegangkan payung sebab Tengku tengah gosok matanya yang sangat pedih itu jadi Tengku tidak dapat pegang payung dengan baik.

Masing-masing yang berada di situ jadi terkejut mendengar jeritan Tengku Ammar.

Tengku Addriane yang berada di hadapan mereka tidak jauh jaraknya mula patah balik ke arah Tengku Ammar dalam kesakitan dengan pantas.

Tiba-tiba Tengkuu Ammar terkejutkan Aryqa, “BAHH!!!”.

Aryqa yang sedih dan kerisauan tadi mula terkejut dengan menjerit sekuat hati, “Ya Allah!”.

Tengku Ammar menggelakkan, “Hahahahah tahu takut…. saya gurau je lah. Kelakar tengok muka awak terkejut tadi hhahaha macam muka orang utan.”

“Eiii Tengku ni! Tak lawak lah”, Aryqa jeling maut pada Tengku Ammar.

Tengku Addriane yang tadi berjalan menuju ke arah mereka, terus memberhentikan langkah selepas dapat tahu adiknya bergurau. Tengku Addriane membuat muka menyampah atas kelakuan adiknya yang tak berapa kelakar.

Sambung Aryqa dengan tunjuk penumbuk batu lima yang digengam erat. “Ni nampak?!”

“Nampak! Ni lah tangan doraemon kan hahahah. Alololoy marah pula dia. Saya gurau je lah nak bagi awak ceria sikit.” pujuk Tengku Ammar.

“Dah tepi tangan awak, kang saya pegang nanti awak jerit lagi. Biar saya payungkan”, perli Tengku Ammar sambil memeluk Aryqa dari sampingya semula untuk tetap berada di sisi Tengku.

Aryqa membagi payung, “Nah! Kalau Tengku buat lagi, saya tak teragak-aggak pukul Tengku guna payung ni tahu.”

“Lah marah lagi ke? Awak tahu tak bila awak marah kan nampak…..(sambil senyum)”,

Aryqa mula berfikir bahawa Tengku Ammar nak pujinya. Lalu Aryqa tersenyum kecil.

Kemudian Tengku Ammar sambung, “nenek kebayan….hahahahaha”.

Aryqa yang sakit hati terus berjalan pantas ke depan sehingga melewati Tengku Addriane dan Ariesya yang berada di depan mereka tadi. Dia meninggalkan Tengku Ammar di belakang.

Tengku Ammar menjerit, “Iqa!! kejap tunggu saya! Hujan ni nanti awak demam!.”

Tengku mengejarnya dengan tiupan angin yang kuat sehingga payungnya di bawa arus ke belakang.

“Demam lagi bagus dari saya tengok muka Tengku! Buat sakit hati je!”,

Sementara mereka berdua bekerjaran, terdapat pasangan comel iaitu Ariesya dan Tengku Addriane.

“Haihh budak ni bila entah nak matang. Sya.....amacam, sedap tak masakkan Tunku Aileen?”, Soal Tengku Addriane.

Jawab Ariesya, “Mesti lah sedap. Tunku kot yang masak.

“Tapi kalau awak masak mesti lagi sedapkan kan kan…”

“tak rasa lagi dah kata sedap”, meluat dibuatnya dengar kata Tengku Addriane.

Semasa Tengku Addriane memayungkan Ariessya, dia tak nampak muka Ariesya sebab terlalu pendek, Tengku hanya nampak kepalanya sahaja.

Tengku Addriane mengutuk, “pendek juga awak ni hahahah ingat pendek sikit je dengan saya. Kalau berdiri sebelah Tengku Hairul rasanya paras dada agaknya.”

Euphoria To My DysphoriaWhere stories live. Discover now