BAB 19

9 7 0
                                    

Selepas kedengaran bunyi ketukan pintu pejabatnya, Aryqa cuba mengesat air mata dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku.

Pintu tersebut dibuka oleh seorang wanita tanpa Aryqa beri kebenaran untuk masuk.

“Girl...tengok ni aku bawa lunch kita”, kata wanita itu, di gengamannya terdapat bungkusan makanan.

“Ya Allah Mel! Kau buat apa datang sini?”, terkejut Aryqa dibuatnya melihat sahabatnya datang padahal ketika itu waktu masih bekerja dan tempat kerja Melissa sangat jauh dengan balai polis Aryqa.

“Kau ingat aku suka-suka datang? CP Dato' Hassan suruh aku datang sini tolong kau selesaikan kes pengedaran dadah. Alarh senang cerita kita kena bekerjasama heheheh seronoknya dapat jalankan kes dengan kawan sendiri”, jelas Melissa sambil tangannya membuka bungkusan untuk sahabatnya.

“Lah ye ke?”, Aryqa masih bingung lagi.

“Kau ni tahu ke tak? Dekat buku report kes tu ada nota yang kita bekerjasama lah”, berkerut dahi Melissa melihat muka Aryqa tampak masih binggung.

Bola mata Aryqa jadi besar, gelabah dia buka report kes tersebut.

“Iqa...kau jangan cakap kau tak tengok lagi” kata melissa.

Aryqa memejam mata dan mengigit bibir kerana tidak fokus pada kerjanya, “Aduhh sorry wey, aku baru tengok”.

“Baru tengok? Tak silap aku CP Dato' Hassan kata budak aku hantarkan report kes ni dekat atas meja kau malam tadi, takkan lah dah nak masuk tengahari kau tak baca langsung? Kau okay ke tak?”, Melissa tahu kawannya bukan seperti ini kebiasaan. Aryqa sangat professional dalam setiap kerjanya.

“Entah lah otak aq bercelaru dari pagi tadi”, Aryqa mengurut dahi yang tidak sakit itu.

“Kenapa cerita lah...kau tak sihat? Banyak kes? Kau fikir pasal Café?”, banyak Melissa tanya kerana risau.

Aryqa mengelengkan kepala, “Tak ada apa-apa lah, dah jom makan”.

“Betul ni? Ouhh okay”, pendek Melissa kata.

Bersemangat Melissa makan. Mana taknya pagi tadi dia tak bersarapan.

Aryqa tenung melihat Melissa yang sedang rakus makan, dia mula bertanya sesuatu yang dah lama terpendam dalam hati.

“Mel, aku nak tanya something boleh?”, tanya Aryqa.

“Selama berkawan tak ada pula minta izin nak bertanya. Tanya je lah”, sambil Melissa suap makanan.

“Kenapa kau macam tak berapa suka Tengku Hairul ha? Aku tengok dia macam beria kat kau, but kau nampak tak interested dekat dia...itu pandangan aku lah”.

Melissa berhenti menyumbat makanan ke dalam mulut selepas dengar Aryqa menyebut nama Tengku Hairul.

“Tak ada angin, tak ada ribut, kenapa tiba-tiba tanya pasal dia?”.

“Aku cakap ni bukan nak perasan lebih but dari sudut pandangan aku kan, sejak kita berkenalan dengan diorang, aku nampak macam Tengku Addriane berkenan dekat Ariesya, Tengku Ammar pula more to kat aku and Tengku Hairul suka kat kau”.

So?...”

So.....aku dengan Sya pun ada hati lah dekat diorang but kau macam tak ada perasaan je dekat Tengku Hairul”

Look, aku ada perasaan but perasaan sebagai seorang kawan. Aku dah tak nak bagi hati ni dekat sesiapa pun. Nak tahu kenapa? kau sendiri nampak kan bertapa terseksanya masa aku bercinta? Berapa kali weyy hati aku nak hancur sebab lelaki? Berapa kali aku nak habiskan air mata sebab lelaki? Kau tahu sendiri aku dah trauma dengan cinta”, riak wajah Melissa nampak marah sedikit bila teringat kisah hitam cintanya dahulu.

Euphoria To My DysphoriaWhere stories live. Discover now