20

23 6 11
                                    

-the end of us ?-

Aku menyelak langsir. Melihat keadaan diluar, sedikit mendung tetapi terdapat sedikit cahaya matahari yang menyinari beberapa kawasan diluar.

Ia sudah pun setahun.

Setahun, setahun aku berjuang seorang diri tanpa mengharapkan sesiapa. Setahun aku hidup tanpa kasih sayang dari eomma appa mahupun sesiapa. Setahun aku tidak dapat apa apa khabar dari Koo Jungmo.

Tolong pulang?

Eomma... Selama setahun ini dia tidak pernah cari aku. Last aku dengar khabar tentangnya , dia telah berkahwin bersama seorang doktor.

Appa pula... Aku tak dengar apa apa tentang dia. Dia hidup atau pun telah mati? Aku tidak tahu apa apa.

Lagipun... Aku mana penting.

Aku mencapai tongkat yang bersandar di dinding lalu bangun perlahan lahan. Aku membuka pintu lalu keluar dari rumah.

Ia sudah jam 5:47 petang. Aku mahu melihat matahari terbenam, atau lebih senang ku panggil sebagai senja.

Kini, aku dalam perjalanan ke taman yang selalu menjadi tempat kegemaran aku dan Jungmo haha. Lantas aku duduk di sebelah bangku. Aku menghembuskan nafas lega .

Aku berjaya. Aku berjaya lalui semua nya seorang diri. Aku berjaya untuk perlahan lahan sembuhkan diri aku dari penyakit penyakit aku.

Tapi , aku gagal dalam berhenti menunggu Jungmo untuk pulang. Aku gagal.

Entah kenapa hati ini susah untuk lupakan kau, Koo Jungmo? Andaikan kalau kita diciptakan untuk bersama? Mustahil lah.

Tepat saat ini, sang bumi dan langit menjadi saksi betapa cintanya aku pada kau.

Waktu yang lama aku menunggu kau untuk kembali. Kau sudah janji kan, mahu pulang ? Jangan mungkiri janji kau ya.

Nafas berat dihembus. Hanya aku seorang sahaja yang berada di sini. Tiada kelibat lain yang lalu lalang disini. Bagus lah.

"Jungmo, tolong balik."

Tiba tiba sahaja tapak tangan aku terkena air. Aku segera memandang ke atas, gerimis.

Yah, aku tak bawa payung.

Lalu gerimis menjadi lebih deras dari mulanya. Aku mengeluh. Bibir mengukir senyuman, teringat ketika dulu aku bermain hujan bersama Jungmo di tengah jalan di sini.

Tiba tiba satu tangan datang meneduhkan kepala aku dengan payung. Aku lantas mendongak, payung hitam.

Aku cuba melihat sang pemegang yang berdiri di sebelah ini, namun tak terjadi.

"Nareum..."

Kejap, aku macam kenal suara itu...

Lantas aku menepikan payung dan melihat wajahnya.

Wonjin.

Ham Wonjin...

"W-wonjin ?"

Dia senyum lalu duduk di sebelah aku. Dia memayungkan kepala aku bersama kepalanya.

"Awak..macam mana?"

Aku seperti tak boleh berkata apa apa. Aku bukan mimpi kan? Wonjin pulang...

"Awak tak rindu saya ke ?" soalnya.

Aku terkedu. Perlahan lahan kepalaku mengangguk.

"Tapi..awak mesti kecewa kan dengan keadaan saya sekarang." kataku sambil memandang kaki aku.

Dia lantas menggeleng lalu mengenggam tanganku. Tangannya hangat , ini satu satu yang aku tunggu. Genggaman dari dia, ianya satu kebahagiaan.

Aku rindu genggaman ini.

"Saya tahu semuanya, Nareum. Saya tahu. Maaf lah sebab saya tinggalkan awak, saya pergi berubat... Mesti awak kesal kan?"

Aku terdiam lalu memandangnya.

"Boleh tak kalau kita mulakan hubungan kita semula? Bukan seperti dulu. Maksud saya, boleh kalau kita mulakan hubungan dengan persahabatan? Can we ?"

Aku lantas mengangguk. Jujur, aku rindu gila dengan Wonjin.

"Yeah. Em Nareum, jom saya hantar awak balik ?"

"Okey..."


—————

Malam ini. Aku merenung bintang di langit. Tiba tiba saat melihat bintang  mengingatkan ku pada Jungmo.

Macam mana dia sekarang? Dia okey atau tak ?

Senyuman serta gelak tawanya bermain difikiran aku. Gila, aku terlalu merindui kau.

Hei, Jungmo.

Aku tetap akan berada di sini menunggu kau untuk kembali. Berharap suatu hari nanti kau dan aku bertemu lagi. Seperti yang kau ucapkan sebelum kau meninggalkan aku.

Tolong...

Pulang ya, sayang.

————————

THE END .

dipertemukan semesta,
walau berakhir tak bahagia

❝ dipertemukan semesta,walau berakhir tak bahagia ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


bestfriend | k.jungmoWhere stories live. Discover now