09

21 6 1
                                    

"Eomma kau tak balik lagi ke ?" soalnya yang baru sahaja keluar dari bilik.

Aku memandang ke arah jam, 10.20 malam lalu menggeleng ke arahnya. Lalu aku bangun dari labuhan untuk mencuci pinggan selepas makan malam.

Tak lama kemudian aku melirik ke arah appa yang sedang melahap makanan yang ada di meja makan. Dia tak makan lagi ke?

"Eomma kau ada bagitahu tak kenapa dia keluar?"

"Katanya ada hal penting kat luar." jawab aku lalu cepat melangkahkan kaki menaiki anak tangga.

"Ke dia pergi jual diri dia, heh."

Aku menghirup udara malam dari ruang balkoni sambil memandang langit. Aku duduk sambil berpeluk tubuh, sejuk.

Tiba tiba aku memandang satu sosok tubuh yang sedang melambai lambai ke arah aku dari arah kanan.

"Dia lambai kat aku...eh?"

"Yah Nareum! Masuklah, kat luar ni makin sejuk!"

Oh, aku kenal suara tu.

Yoshi.

"Okey, awak pun." lalu aku menunjukkan thumbs up kepadanya.

Pintu balkoni ditutup, badan lantas aku baringkan ke atas katil. Tak fasal fasal badan aku dingin sebab duduk kat situ tadi.

Coklat panas.

Ia datang secara tiba tiba di fikiran. Mungkin sebab nak legakan badan, lagipun aku dah lama tak minum.

Aku pun turun lalu membuka pintu bilik untuk keluar tetapi tidak kesampaian selepas mendengar sesuatu dari ruang tamu.

Pprang!

"Cerai? Kenapa? Sebab kau dah ada jantan lain kat luar sana? Heh, tapi baguslah!"

Gila.

Tak sangka benda ni akan terjadi..

"Okey kalau macam tu, ceraikan je aku. Aku pun tak ingin lah ada suami tak berguna macam kau!" teriak eomma.

Haha.

Aku tersenyum tipis lalu mengunci pintu bilik. Sebelum apa apa terjadi baik aku prepare dulu...

Pprakkk!

Kedengaran sesuatu benda pecah, atau...

Jangan cakaplah yang appa...

Baling botol arak dia kat eomma...

Tak... Tak...

Aku taknak benda ni...

"Sakitlah gila!"

"Dah lah sial, patutnya aku tak kahwin dengan kau. Betina pembawa malang. Ramai lagi perempuan bagus kat luar sana. Kalau bukan sebab Nareum dah lama aku..."

"Apa? Cerai? Ceraikan sajalah!"

"Heh, dasar betina murah!"

Pprakk

Kedua belah telinga aku tutup rapat dengan telapak tangan. Badan aku menggigil kuat...

Aku memeluk tubuh sambil menyandarkan badan pada pintu. Sumpah kali ini badan aku menggigil kuat dari sebelum ini...

Gila...

"AKU CERAIKAN KAU. DAN OH YA, PERGILAH BAWA ANAK TAK GUNA KAU SEKALI IKUT KAU."

"Tak perlu. Dia tak penting."

Hah?

Aku salah dengar ke?

"Kalau dia tinggal sini siapa nak jaga dia? Aku? Tak ada masa. Tak ingin lah....

Tak ada. Kau kena bawa dia juga."

Tiba tiba pintu diketuk beberapa kali.

"Nareum buka pintu ni."

Dia ketuk lagi.

"Nareum? Kau pekak ke tak guna?" appa meninggikan suaranya.

"JANG NAREUM!"

Aku menutup kedua belah telinga rapat. Aku benci suara tu. Aku benci.

"Pergilah, jangan ganggu aku!"

"Nareum, aku kata buka pintu ni. Sebelum aku pecah baik kau buka."

"AKU KATA PERGI!"

Esakan semakin kuat. Aku mengambil nafas berat lalu mengelap air mata yang mengalir. Keadaan aku sekarang dah macam orang gila.

Hidup aku...kenapa macam ni?

Aku perlahan lahan mendirikan badan lalu mendekati ke arah cermin. Aku memandang wajah aku dengan mata yang sedikit merah sambil tersenyum lelah.

"Nareum memang tak berguna kan?"

"Hahah, kau ni bodoh lah."

Aku memandang diri dari cermin. Melihat diri sendiri seperti orang yang tidak terurus, mungkin senang dikatakan gila.

Laci meja aku buka lalu mengambil satu botol ubat sambil senyum memandangnya.

Dah lama aku tak ambil.

"Miss me?"

Penutup botol ubat aku buka lalu mengambil 5-7 biji pil dan menelannya.

Rasanya dah sebulan lebih,

aku tak ambil,

ubat penenang.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



bestfriend | k.jungmoWhere stories live. Discover now