07

16 7 1
                                    

Pintu bilik diketuk beberapa kali , "Eomma datang bawa makanan ni, kamu tak makan lagi dari tadi. Eomma masuk ye?"

Eomma masuk lalu duduk di sebelah aku, dulang makanan yang dibawa diletakkan di atas meja. Tangannya meraih tangan aku lalu mengenggamnya. Satu soalan yang keluar daripada mulutnya,

"Nareum masih marah fasal hal semalam ke?" .

"Hm, tak ada lah..." tipu aku.

"Oh, baguslah. Nareum makanlah, nanti sejuk pula makanan tu. Eomma turun masuk tidur dulu ye."

Dia senyum kearah aku lalu bangun dan terus keluar. Aku mengeluh kasar. Tu je dia tanya ? Nampak langsung tak kisah fasal keadaan aku.

Dulang makanan aku capai, eomma masak jjajangmyeon rupanya. Lantas aku menyuapnya ke dalam mulut.

"Good morning Nareum, have a nice day cantik. Fighting !" ia voice message daripada Jungmo setengah jam yang lepas. Haih, ada je benda yang mahu dibuatnya.

Aku mengambil sekeping roti lalu memakannya. Syukur appa sudah keluar dari awal pagi lagi.

Tiba tiba eomma datang lalu duduk disebelah aku.

"Nareum..."

Aku memandang ke arahnya lalu bertanya, "Ya?"

"Nareum tak ada nak keluar kan hari ni ? Free je kan?"

Aku mengangguk perlahan. Jungmo pun busy tolong eomma dia kat restoran. Tapi kenapa tiba tiba eomma tanya soalan ni?

"Oh baguslah. Petang nanti kawan eomma nak datang. Nanti Nareum boleh la kenal kenal dengan anak dia tu."

Aku memandang eomma pelik. Tak sejak bila pula kawan eomma nak datang? Sebelum ni tak ada pun... Pelik.

"Hm, kawan eomma yang mana? Bukan semua kawan eomma duduk luar bandar ni ke?"

Eomma tersenyum, "Adalah jiran baru, mereka dari Jepun. Baru je beberapa minggu pindah sini."

Oh...

"Anak dia perempuan?" soal aku. Bukannya apa, teringin juga ada kawan dari Jepun.

"Eh tak lah. Anak dia lelaki seorang je"

Ah, lelaki... Tak apa aku tarik balik apa yang aku cakap tadi.

"Eomma nak lah Nareum kenal kenal dengan anak dia tu, anak dia tu baik tau selalu tolong mak dia. Eomma haraplah yang Nareum boleh berkawan baik dengan anak dia."

"Erm...okey."

- - -

Akhirnya masa yang ditunggu tunggu kini sudah pun tiba. Aku menatang dulang yang diisi dengan air dan beberapa jenis biskut lalu menghampiri mereka yang sedang berada di ruang tamu.

"Oh jadi inilah anak perempuan awak, cantik orangnya. Boleh buat calon menantu ni."

Hahah, cantik memang cantik. Tapi kalau soal menantu tu, lambat lagi.

Aku hanya membalas dengan senyuman lalu menuangkan air ke dalam gelas.

"Jemputlah minum." kata eomma.

Aku kembali duduk disebelah eomma. Tiba tiba mata ku tak sengaja terpandang mamat yang berada di hadapan aku ini.

Ni ke anak dia ? Hensem juga.

"Oh ya lupa pula ni satu satunya anak saya, Jang Nareum. Nareum ni puan Kanemoto , sebelah tu anak dia... Yoshinori."

Aku memamparkan senyuman manis kepada mereka berdua lalu menunduk hormat.

"Kamu berdua borak borak lah ya dulu, kami berdua nak tengok pokok bunga kat luar sekejap."

Eomma dan Puan Kanemoto pun keluar. Kini tinggal aku dan dia disini. Terasa kekok yang amat.

"Er...Nareum." panggilnya lembut.

Aku memandang wajahnya,

"Hm ?"

"Awak masih student..or dah habis belajar?"

"Masih lagilah. Kenapa...awak tanya?"

Yoshi tersengih lalu menggeleng.

"Tak ada apa. Saja nak tahu."

Oh.

"How about you?"

Dan kami pun mula berbual secara tak sengaja dan mula mengenali satu sama lain.

"Cantik..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
bestfriend | k.jungmoWhere stories live. Discover now