13

15 4 8
                                    

Aku perlahan - lahan membangunkan diri lalu memandang wajahnya. Appa mabuk , tapi kali ini lagi teruk dari sebelumnya. 

"Appa dah kenapa? Appa memang nak sangat Nareum mati kan?"

Dia berdecit kecil lalu memandang aku ,

"Ya , memang patut pun kau mati. Kau tiada gunanya hidup. Menyusahkan aku sahaja adalah!"

Gila.

"Aku rasa lagi bagus kalau aku tak kahwin dengan mak kau yang tak guna tu. Perangai kau dengan dia sama saja anak beranak, menyusahkan aku."

Aku agak terkilan saat mendengar kata kata dari mulut appa sendiri. Appa memang gila.

"Tapi betul lah apa yang appa cakap, Nareum patut mati je. Apa gunanya Nareum lahir dalam dunia ni, Nareum tak deserve apa apa. Hidup Nareum ni sia sia je."

Appa lantas tertawa sambil memandangku dengan pandangan yang aku sekali tak tahu.

Dia maju perlahan lahan ke arah aku lalu mengenggam kedua belah tangan aku.

Tak , aku tak boleh percaya dengan orang yang dah buat aku hancur sehingga ini.

"Nak aku tolong kau mati?"

Satu ayat yang aku tak sangka keluar dari mulut dia sendiri. Senyuman pelik di bibirnya terukir.

Dia pergi ke dapur lalu datang balik ke sini sambil membawa satu benda. Dia betul betul nak bunuh aku?

"Apa..appa nak buat...?"

Dia senyum lalu mendekatkan diri ke arah aku,
"Bukan kau kata kau nak mati ke?"

Appa semakin dekat sambil tangannya bermain dengan pisau kecil yang tajam itu. Aku mengundur ke belakang sehingga betul betul badan aku menyentuh dinding.

Bibirnya terukir senyuman jahat, hujung anak mata pisau di arahkan ke arah leher aku.

"Kalau aku kelar leher kau sekarang bagus juga."

Tangan aku laju merampas pisau itu lalu mencampaknya jauh dari sini. Lelaki tua ini berdecit sambil memandang aku tajam.

"Appa dah gila ke nak bunuh anak sendiri?!"

Dia menolak aku ke tepi sehingga terjatuh.

"Matlamat aku satu saja sekarang ni, kau mati atau aku buat kau mati."

Appa memang gila.

Aku benci dia.

Aku lantas mencapai pasu lalu membaling ke arah dia. Bagus, kali ni tepat tepat kena pada kepalanya. Aku nak biar dia rasa apa yang aku rasa selama ini.

Aku membangunkan diri perlahan lahan lalu berlari ke arah anak tangga, telefon di ambil dari poket lalu sempat aku hubungi Jungmo.

Cepat lah Jungmo...

Angkat call aku..

Tolong...

"Yeoboseyo, ya chagiya—"

Syukur akhirnya, lantas aku memotong ayatnya.

"Jungmo tolong aku..."

"Kau kenapa? Okey tak ni? Kenapa suara kau lain? Nareum? Apa jadi.."

"Datang rumah aku sekarang, cepat!"

"Maksud kau?"

Ttuttt.

Panggilan mati, rupanya telefon aku serta merta mati.

Tidak sempat aku menghabiskan sisa anak tangga , tiba tiba rambut aku dijambak dari belakang. Dia mengheret aku ke bawah.

bestfriend | k.jungmoWhere stories live. Discover now