16

19 4 5
                                    

Kederangan ketukan pintu dari luar. Aku menoleh ke arah jam, tepat pukul 8 malam. Siapa pula yang ketuk ? Jungmo agaknya.

Ttok ttok.

"Masuk lah."

Dia membuka pintu lalu menjengukkan kepalanya ke arah aku, betul itu Jungmo.

"Kenapa ?" soal aku.

Dia lantas masuk ke bilik lalu duduk di sebelah aku. "Jom makan malam." ajaknya.

"Okey..." 

Dia menarik kerusi roda lalu mengangkat aku perlahan lahan duduk di atasnya. " Thanks Mogu, tapi tak payah lah susah susah. Aku boleh buat sendiri." kata aku sambil membetulkan posisi duduk ku.

"Tak payah banyak songeh. Cubit pipi kau nanti kang."

Dia menolak aku sehingga ke meja makan. Aku melirik ke arah dapur, eommanya sedang menyiapkan makanan. Tak lama kemudian eommanya datang sambil membawa satu mangkuk besar jjajangmyeon.

"Wah, lama nya tak makan jjajangmyeon eomma. Mesti sedap kan" puji Jungmo lantas duduk di sebelah aku.

"Hehe, mestilah sedap. Apa lagi kalau ada tetamu istimewa. Nareum makan kenyang kenyang tau."

Aku mengangguk sambil senyum. "Okey aunty. Terima kasih."

"No aunty aunty. Panggil je lah eomma tak pun mama kan special sikit. Panggil mama eh ?"

Aku mengangguk perlahan. Segan.

"B-baik...mama."

Jungmo mencuit bahu kiri aku, "Ish mengada lah kau ni, eomma aku punya sorang!" katanya lalu mencebik.

Aku tertawa kecil lalu menjelingnya. "Aku tahu lah kau jeles, kan kan." usik ku lalu mencuit cuit bahunya beberapa kali. Dia lantas menjeling aku.

"Dah lah, malas kawan kau."

"Taknak kawan sudah, aku—"

"Ish, memang taknak pujuk aku ke?"

"Mengadalah kau ni!"

———

"Kau betul betul ni? Tak tipu?" soalnya.

Aku mengangguk. Terkejut gila Jungmo apabila dengar yang aku mahu balik ke rumah untuk ambil barang aku.

"Okey, tapi aku rasa appa kau dah blah kot. Sebab Yoshi call polis haritu..." lantas aku menunding jari aku ke arah bibirnya.

"Dah jangan cakap fasal dia lagi."

Tiba tiba telefon aku berbunyi notifikasi, tandanya ada yang mesej. Aku lantas melihat nama yang terpapar di skrin, Yoshi.

Panjang umur.

Tidak sampai beberapa saat, aku segera membalasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak sampai beberapa saat, aku segera membalasnya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
bestfriend | k.jungmoWhere stories live. Discover now