08

15 6 2
                                    

Pagi yang cerah dengan kicauan burung burung yang indah. Cahaya matahari dari tingkap menyilaukan wajah, lantas aku menarik langsir menutupnya sedikit.

Sudah seminggu berlalu.

Rasanya sekejap, pejam celik sudah seminggu dan tidak lama lagi aku akan balik semula ke universiti. Bersama Jungmo.

Telefon aku capai lalu membuka skrin, tiada satu pun notifikasi masuk. Mahupun dari Jungmo.

Mungkin dia sibuk?

Lantas aku keluar dari bilik. Aku menuruni anak tangga perlahan lahan. Sunyi.

Oh lupa, eomma keluar awal pagi lagi, katanya ada urusan penting di luar.

Appa?

Heh. Aku malas mahu ambil tahu tentang dia. Dia bukannya kesah tentang aku hahah.

Ding Dong.

Loceng rumah berbunyi. Aku melirik ke arah pintu. Siapa pula? Eomma ke? Atau appa?

Ding Dong.

Sekali lagi, ia berbunyi.

"Nareum sayang!"

Ah, dia. Koo Jungmo.

"Nareum ah, cepatlah buka pintu. Panas kat luar ni."

Dia mengeluh.

"Ye kejap kejap!"

Aku tertawa kecil lalu membuka pintu. Terpampar wajah tampan dia sambil senyum memandang aku.

Aku memandangnya atas bawah,

"Ada apa datang ni?"

"Haih, kau ni. Aku datang salah ke? Tak nak pelawa aku masuk ke?"

Aku menggeleng.

"Tak payah."

Dia mencebik.

"Hm, tak apalah. Aku balik b—"

Aku menarik Jungmo semula saat melihat dia ingin beranjak dari sini. Dia tersengih.

"Eleh kau."

"Dah masuk lah cepat."

Jungmo pun masuk lalu aku menutup pintu. Dia laju duduk di sofa lalu tersengih seperti kerang busuk memandang aku.

"Apa?"

"Sinilah.bangang."

Dia menepuk menepuk tempat disebelahnya. Aku mengeluh lalu pergi duduk di sebelahnya. Tak lama kemudian dia menghulurkan sebuah kotak.

"Apa ni?"

"Buka buka. Ni khas untuk kau. Aku buat sendiri, bukan beli eh."

Aku pun membuka kotaknya.

Oh, cupcakes.

Dia buat?

Rajinnya.

"Mogu, betul ke kau buat semua ni? Siap hias lagi? Seriously?"

Dia mengangguk.

"Iyalah, aku lah buat. Siapa lagi nak buat makanan favorite kau kalau bukan aku kan? Ini pun sebab aku tahu, kau sedih kan beberapa hari ni..."

Aku memandang Jungmo lalu senyum.

"Terima kasih Mogu, sayang kau~"

Jungmo senyum.

"Aku pun sayang kau. Sangat."

Aku memandang cupcakes di dalam kotak, 6 semuanya. Comel je dia hias. Patut aku merasanya sekarang?

Ya.

Aku mengambil satu biji cupcake yang telah dihiasi dengan krim serta beberapa sprinkle berbentuk love diatasnya lalu mula memakannya.

"Se..sedap."

Dia senyum lalu memandang aku dengan pandangan yang pelik. Aku mengerutkan dahi,

"Kenapa pandang aku macam tu?"

Dia menunjuk jari ke arah bibir aku.

Hah?

"Aish, tisu tak ada pula. Sini sikit aku nak lap."

Aku pun berganjak dekat ke arahnya. Lalu tangan kirinya memegang pipi aku lembut dan mendongakkan wajah aku ke atas sedikit. Sebelah tangannya datang ke arah bibir aku lalu mengelap sesuatu dengan jari ibunya.

Oh, krim rupanya...

"Okey dah." lalu dia menjilat jarinya.

"Eh, kau kenapa jilat. Bekas mulut aku tu bangang."

Dia tersengih,

"Alah, sekurang kurangnya ucap lah terima kasih kat aku sebab dah lap bibir kau yang comot tadi."

"Yelah yelah. Thanks."

"Bye, see you later. Jaga diri kau tu elok elok. Kalau ada apa apa share je dengan aku, tak payah nak pendam. Tak elok untuk kesihatan kau. Ingat."

"Ya ya ya, dah pergilah balik. Bye bye."

Aku melambai tangan ke arah Jungmo. Dia membalasnya sambil senyum lalu pergi. Lantas aku menutup pintu setelah tiada lagi bayangan dia dari mata.

Ding Dong.

Hah? Dia berpatah balik ke?

Pintu pun dibuka kembali lalu memandang sang punya yang membunyikan loceng rumah.

"Eoh...appa..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
bestfriend | k.jungmoWhere stories live. Discover now