18

18 3 7
                                    

Hari ke hari berlalu, sekejap sahaja pejam celik pejam celik sudah sebulan aku tinggal di rumah Jungmo.

Dan hari ini hari terakhir aku berada di sini, petang nanti aku akan balik semula ke rumah asal aku. Rasa lama sudah tidak pulang. Aku pun tak mahu susahkan keluarga dia lagi.

"Kau dah siap kemas semua barang?" soal Jungmo sambil masuk ke bilik ini. Aku mengangguk.

"Aku bawa masuk kereta kejap. Nanti aku datang balik."

———

"Kau betul tak mahu patah balik?" soal Jungmo sambil mengangkat beg pakaian aku masuk ke dalam rumah.

"Ya, aku tak nak susahkan kau dah. Lagipun aku pun kena belajar uruskan diri sendiri, kalau tidak sampai bila aku hidup bergantung dengan orang sahaja."

Jungmo datang ke arah aku lalu mencangkungkan badan nya di hadapan aku.

"Kalau kau dah kata macam tu aku pun ikut saja lah. Nak halang tapi ya, ini semua keputusan kau."

Aku mengangguk.

"Sebelum aku balik ni, aku nak kau janji dengan aku."

Dahi aku berkerut seketika,

"Janji?"

"Janji dengan aku walau apa pun terjadi kau perlu teruskan hidup kau. Kau gadis yang kuat, aku percaya kau akan berjaya lakukan nya satu hari nanti. Janji dengan aku, jangan sakiti diri kau lagi. Cepat sihat. Aku nak tengok kau sihat sepenuhnya, tak kisah lah dari segi fizikal mahupun mental. Aku nak kau sihat kedua duanya. Aku nak kau terus bahagia. Aku tak nak kau sedih lagi. Tolong? Janji dengan aku?"

Dia menghulurkan jari kelingkingnya pada aku.

"Okey. Aku janji." ucap ku lalu menyambut jarinya dan menyempurnakan pinky promise itu.

"Good girl."

Dia mengusap rambut aku lembut.

"Hm?"

"Shhh..." jarinya tepat berhenti di bibir aku lalu mengalihkannya.

Dia meraih tubuh aku lalu memeluk ku erat, "Ingat ,aku sayang kau." Dia memegang dagu aku lembut lalu mendongakkan nya ke atas. Lantas dia mengucupkan bibirnya pada dahi aku.

"Jungmo?"

————

Malam yang dingin dengan angin angin malam meniup rambut, aku menghirup udara segar.

Tiba tiba mata aku teroleh kepada seseorang yang aku kenal yang sedang berjalan. Lantas aku memanggil namanya.

"Yoshi!"

Ya, itu Yoshi. Dia langsung menoleh. "Nareum?"

Bibirnya mengukir senyuman. Lantas dia berlari anak ke arah aku.

"Awak dah balik? Rindu nya saya. Awak buat apa malam malam buka tingkap macam ni, sejuk lah."

"Baik saya tanya awak balik. Awak buat apa malam malam jalan sorang sorang macam tu tadi?"

Dia tersengih.

"Ah, saya ambil angin luar. Saja mahu tenangkan diri."

Aku mengangguk faham.

"Oh tak apalah, kita sambul berbual esok ya. Saya nak balik dulu. Awak tutup lah tingkap ni. Jaga diri, saya balik dulu!" tangannya melambai ke arah aku.

————

Tiba tiba pintu diketuk beberapa kali. Aku lantas memandang jam di dinding. Pukul 9 awal pagi macam ni siapa pula yang datang? Yoshi ke? Atau Jungmo?

"Kejap!"

Aku menggerakkan roda kerusi ini ke arah pintu. Langsung membukanya. Terpampar lah sosok tubuh orang yang aku kenal.

Ia eomma Jungmo.

"Eoh? Mama?"

Dia senyum memandang aku.

"Pagi Nareum. Mama datang singgah sekejap je nak bagi ni."

Dia menghulurkan sekeping sampul surat kepada aku. Aku mengambil nya lalu memandang nya kembali.

"Siapa punya ni , ma?

"Jungmo. Dia kirim suruh bagi pada Nareum, katanya lupa nak bagi semalam. Nanti Nareum bacalah, mama pun tak tahu apa tu. Okey lah, mama nak pergi dulu..."

"Tak nak masuk dulu ke? Nareum ambilkan air?"

Dia menggeleng.

"Mama kena cepat. Tiada siapa yang uruskan restoran nanti, lagipun tak ada orang sangat harini. Okey lah, mama pergi dulu. Hati hati, jaga diri ya Nareum."

Aku mengangguk.

Lantas mata aku memandang surat yang diberi eomma Jungmo tadi. Dahi aku terkerut apabila melihat muka sampul surat ini.

"I'm sorry. Nareum."

❝ and when you go awayI still see you ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

and when you go away
I still see you ❞


#—maybe i don't deserve anything in this world .

bestfriend | k.jungmoWhere stories live. Discover now