05

16 7 0
                                    

Aku memandang Jungmo. Patutkah aku cerita apa yang terjadi tadi padanya?

"Jungmo..."

"Hm?"

Sekarang kami berdua berada di atas bukit sambil melihat bintang di waktu malam begini. Jungmo memandang ke arah mata aku, dia berdecit lalu duduk semakin rapat dengan aku.

"Ceritalah Nareum sayang. Takkan lah kau nak pendam, sampai bila?"

Aku mengeluh lalu menceritakan segala apa yang sudah berlaku. Secara tak sengaja air mata mula mengalir membasahi pipi.

"Aku...aku dah tak ada sesiapa."

"Apa kau cakap ni."

Jari ibunya mengelap titisan air mata yang jatuh. Dia tersenyum kecil memandang aku.

"Aku kan ada. Dah jangan nangis lagi. Aku tak boleh lah tengok kau sedih macam ni."

Tangan kirinya memeluk bahu aku sambil mengusap perlahan.

"Sudah lah Nareum. Tak payah fikir lagi fasal dia. Buang dia jauh jauh dari hidup kau."

Aku mengelap air mata,

"Tapi susah. Aku masih sayangkan dia."

"Dan aku taknak kehilangan dia."

"Mogu, kau boleh tolong aku kan...tolong pujuk Wonjin balik..please..."

Aku memandang ke arah Jungmo penuh makna. Dia mengangguk perlahan lalu berkata,

"Aku akan cuba."

"Okeylah Nareum, aku balik dulu. Goodnight." Jungmo senyum lalu melambaikan tangan ke arah aku.

Aku membalasnya , "Goodnight."

Setelah tiada bayang bayang dia dari pandangan, aku pun mula memasuki rumah lalu menutup pintu perlahan.

"Baru balik?"

Aku menoleh kearah sang punya suara , itu appa. Aku mengangguk.

"Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?"

Aku melihat jam tangan yang aku pakai. Uh, 10:33 malam.

"Em appa..."

Appa memandang aku tajam. Dia bangun lalu mendekati aku. Satu ayat yang aku benci keluar dari mulut dia.

"Kau keluar dengan jantan kan?"

Haih.

"Dia kawan Nareum." aku membalas dingin. Malaslah nak bertengkar dengan dia.

"Kawan kawan heh, kau ingat aku tak tahu ke yang kau keluar setiap pagi petang malam dengan dia. Aku perhati je selama ni. Makin lama makin menjadi eh. Dasar anak murahan."

"Apa appa ni, dia tu kawan Nareum jelah tak lebih dari yang appa sangkakan."

"Pandai menjawab eh kau sekarang!"

Tiba tiba appa menaikkan tangan nya lalu memukul kepala aku kuat. Angin dia datang dah.

"Sakitlah, apa appa ni?!" aku menjauhkan diri darinya.

"Kau memang anak tak berguna. Kerjanya tahu malukan aku saja kan?"

Kali ini dia mencapai botol arak lalu mengarahkannya kearah aku. Lantas aku menutup muka.

"SANGHOON!"

Kelakuan appa terhenti. Dia menoleh ke arah eomma lalu berdecit. Dia meletakkan botol arak tadi ke tepi.

"Kau tak payah nak sibuk boleh tak?"

" Nareum naik atas." arah eomma.

Aku dengan secepatnya melangkah kaki pergi dari ruang ini.

"Boleh tak jangan nak menangkan dia sahaja? Kau pun lebih kurang sama je macam dia, menyusahkan."

Kedengaran makian appa, aku menghela nafas berat lalu menutup pintu bilik. Kepala aku masih berdenyut, rasa sakit yang teramat.

Aku benci appa.

❝  mereka bilang "syukurilah saja", padahal rela tak semudah kata ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝  mereka bilang "syukurilah saja", padahal rela tak semudah kata ❞

bestfriend | k.jungmoWhere stories live. Discover now