19

20 4 4
                                    

Perlahan lahan aku membuka sampul surat lalu membuka satu helaian surat di dalamnya.

Aku terkedu lantas membaca isinya.

Teruntuk Jang Nareum yang aku cintai ,

Maafkan aku. Mungkin apabila kau sedang baca surat ini aku sudah tiada. Tiada di sisi kau. Tiada untuk menjaga kau. Maafkan aku, sayang. Aku tak boleh nak beritahu kau, yang aku akan berpindah ke Jepun. Kini, aku telah berada di Jepun. Aku dah tinggalkan kau. Mungkin buat seketika atau selamanya ?

Maafkan aku. Aku tak patut buat kau macam ni, tapi aku perlu buat juga. Sorry ya sayang.

Pertama sekali, aku mahu ucapkan terima kasih pada kau. Terima kasih, Jang Nareum.
Sebab kau , aku erti pentingnya tidak berputus asa. Ingat, ketika dahulu ? Aku cuma seorang budak lelaki nakal dan suka berputus asa dalam semua hal. Termasuk untuk mencintai kau, Jang Nareum.

Jujur. Aku sukakan kau. Aku cintakan kau, Nareum. Tapi, bila sahaja aku dapat tahu kau sudah bersama Wonjin dulu. Aku sakit hati. Tahu?

Aku gagal move on dari kau, walau apa cara sudah aku buat. Tapi tetap gagal untuk lupakan kau. Dan kini, aku terpaksa jauhkan diri dari kau. Untuk ketenangan, untuk diri aku dan kau.

Kau tahu? Aku cinta kan kau sejak pertama kali kita bertemu. Ingat, ketika kita selalu bergaduh dulu? Aku suka kacau kau, hilangkan kau punya barang . Sebab, aku suka tengok kau merajuk. Comel, tahu? Bila kau nangis, aku yang pujuk kan? Hahah.

Tidak sangka friendship kita akan kekal lama sehingga kini. Hahah gila betul!

Kau ingat tak? Dulu kau pernah nangis sebab aku nak pindah? Hahah comel lah! Tapi dengan kuasa Tuhan, kita akhirnya bertemu kembali. Aku pun harap ia akan menjadi hal yang sama ketika ini.

Aku harap kita akan bertemu kembali. Aku taknak kehilangan kau. Dan kau pun taknak kehilangan aku kan ?

Aku tak mahu hubungan kita berhenti sampai sini sahaja. Aku nak kita kekal sampai bila bila.

Andai kau tahu betapa aku mencintai kau sepenuh hati aku.

Hahah, lupakan jelah. Pelik lah aku ni.

Satu saja kau kau perlu tahu, aku tak akan pernah lupakan kau, tentang kita, semua yang kita telah kecapi bersama. Aku sayang kau sangat sangat...

Ish, tengok! Air mata aku dah jatuh. Malulah lelaki nangis.

Janji dengan aku ya , sayang. Jangan pernah berputus asa dalam hidup. Kau perlu jadi gadis yang paling hebat dalam dunia ini. Tapi, kau memang dah jadi gadis hebat kan?

Kau dah lalui semua benda yang kau sendiri tidak agak yang kau akan berjaya laluinya. Aku kagum. Aku bangga. Aku bangga dengan kau, sayang.

Mungkin ini saja coretan aku buat kali ini. Sampai kita berjumpa lagi ya sayang.

Jang Nareum,
Aku sayang kau <3
I love you in every univere, my love.

Remember that,
there is no wrong when you need someone,
you deserve all the love in this world.

Sincerely,
Koo Jungmo
Your dearest bestfriend.

Gila. Gila. Gila.

Selama ini, Jungmo sukakan aku?

Kenapa... Kenapa aku tetap tak perasan tentang hal itu?

Air mata yang mengalir aku lap. Surat ditangan aku peluknya erat.

Jungmo... Kenapa..

Kenapa kau perlu tingalkan aku seperti yang lain ? Kenapa ?

Aku masih menyayangi kau, Koo Jungmo..

Dan kau mahu tahu sesuatu yang gila, Jungmo ?

Aku pun...dah jatuh hati dengan kau...sejak hari itu...

Entah kenapa dan bila perasaan ini muncul menghantui pikiran aku.

Aku pun cintakan kau, Jungmo.

Adakah ia satu kerja gila ?

Aku mencapai telefon ku lalu membuat panggilan. Panggilan ke atas dia.

Beberapa kali aku cuba, namun tidak dapat.

Lantas aku menghantar mesej kepadanya.

Jungmo ya...

Aku sayang kau :)

aku taknak kehilangan kau..

tapi kenapa ?

❝ i'll be losing you,and you'll losing me ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ i'll be losing you,
and you'll losing me ❞

bestfriend | k.jungmoWhere stories live. Discover now