17

19 4 8
                                    

Jungmo menolak aku ke arah bangku yang berada di taman ini. Dia menghentikan pergerakannya lalu perlahan lahan membantu aku untuk duduk di atas bangku. Lantas dia duduk di sebelah.

"Thanks, Mogu."

Dia tersengih, "Tak ada apalah."

"Kau okey?" soalnya tiba tiba.

"Okey je." aku mengangguk lalu memandang langit biru yang indah.

"Bukan tu maksud aku. Kau okey ke? Selepas semua benda ni jadi?"

Aku terkilan lalu memandangnya. "Aku okey je lah. Tak perlu risaukan. Dah biasa hidup susah."

Jungmo berdecit.

"Tapi kau boleh ke teruskan semua benda ini kalau aku menjauh?"

Aku langsung menolak bahunya. Apa dia merepek ni.

"Apa kau ni? Jangan pelik pelik lah! Jangan nak macam macam, aku cubit lengan kau kang!"

"Heheh, tak adalah. Aku gurau je. Nak tengok reaksi kau macam mana."

Aku menggeleng sambil tersenyum. Ada ada sahaja lah dia ni. Kalau sehari tak buat benda pelik tak sah agaknya.

"Jungmo..."

"Hm?" dia memandang aku dengan pandangan manja. Anak matanya menatap wajah aku.

"Terima kasih tau..."

"Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih buat aku kuat sehingga tahap ini. Terima kasih buat aku percaya akan diri aku. Terima kasih ambil berat fasal aku. Terima kasih buat aku rasa kasih sayang yang sepatutnya aku dapat rasai."

"Terima kasih banyak banyak! Kalau kau tak ada mungkin aku tak sampai tahap ni, atau mungkin aku sudah tiada dalam dunia ni. Terima kasih buat aku bahagia, bahagia sebahagia nya."

"Bertuah aku sebab kenal kau. Kau tahu? Kau yang paling berharga dalam hidup aku. Sebab apa? Sebab kau bagi apa yang aku sendiri pun tak sangka. Dengan kata kata kau yang selalu kau beri pada aku, buat aku rasa tenang. Tenang gila!"

"Walaupun kau tak tahu apa yang diri aku lalui, tapi kau tetap cuba semangatkan diri aku untuk terus hidup. Aku sayang kau. Sayang gila."

"Aku pun sayang kau, lebih dari segalanya." dia mengelap air mata yang membasahi pipi aku.

"I love you more than universe, Jang Nareum."

Tangannya lantas meraih tangan kanan aku lalu mengenggam nya penuh erat.

"Aku harap kita takkan berpisah sampai bila bila."

"Aku pun..."

Wajah manis nya aku pandang,

"Thank you, my savior."

————

"Yah, Koo Jungmo! Kau buat apa ni?" aku menolak badannya menjauh dari katil.

"Ish, apa kau ni. Rumah aku, so ni pun bilik aku. Salah ke aku duduk?"

"Salah salah. Bila masa kau masuk? Tak ketuk pintu pun. Tiba tiba kat sini. Aku report kat eomma kau kan baru tahu."

Jungmo menjelir lidah.

"Kau buat apa je."

"Tak nampak ke aku tengah kayuh basikal ni? Ada mata tengok betul betul sayang, aku tengah baca novel kan."

Jungmo tergelak kecil lalu duduk di sebelah aku.

"Kau panggil aku apa tadi?"

"Apa?"

Dia ketawa.

"Kau panggil aku sayang?"

Eh. Bangang.

Buat malu aku je.

Terlepas...

"Hm, sayang~"

Gila budak ni.

"Sayang~ jom keluar, sayang~"

Aku lantas mencubit peha kirinya.

"Maaa, tengok Jungmo ni. Dia kacau Nareum!"

"Ish, kuat mengadu betul."

❝  So I am letting you go now and baby one day , when you finally found what you want ,and you're ready to open your heart to anyone

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


❝  So I am letting you go now and baby one day , when you finally found what you want ,and you're ready to open your heart to anyone ... ❞

bestfriend | k.jungmoDonde viven las historias. Descúbrelo ahora