38 - I don't want to... live anymore...

Start from the beginning
                                    

"What happen?" Hampir jarum ditusuk pada lengan pesakit, Megat Raed sudah datang. Nafas yang tercungap-cungap apabila mendengar suara lantang Talia menjerit. Selaju yang boleh dia berlari kerana risau akan isteri.

"Your wife hilang kawalan. She's trying to run away." Terang Dr. Rina.

Rontaan Talia lemah. Suaranya semakin perlahan. Matanya terus menatap wajah riasu Megat Raed, suaminya.

"Abang..." seru Talia perlahan. Serentak itu, air matanya jatuh. Tidak dapat menerima kenyataan. Kenyataan yang terlalu pahit untuk ditelan.

"Tolong Talia, abang..." nada suaranya sayu kedengaran. Nada paling perlahan. Nada yang menahan tangisan.

"Let her go." Arahnya lalu dia dekati tubuh isterinya apabila yang lain mula melepas pegangan mereka. Dipeluk erat tubuh yang mula longlai dan wajah yang basah dengan air mata itu.

Megat Raed mengetap bibir. Tidak sangka Talia akan hilang kawalan.

"Shhh... don't cry, sayang. I'm here, sweetheart. I'm here for you. Always for you." Pujuknya perlahan sambil mengusap belakang tubuh Talia. Isterinya lantas menyebamkan muka didadanya. Bersuara perlahan, tapi masih didengari oleh dirinya.

"I don't want to... live anymore... I hate... myself." Bisik Talia perlahan.

Hati Megat Raed berdarah. Seperti 6 tahun lalu, tu yang Talia sering ungkapkan. Membenci diri sendiri. Menyalahkan diri sendiri. Tidak layak untuk hidup. Pemusnah hidup orang sekeliling.

Pesanan Muiz tadi memang benar. Talia kelihatan aneh sewaktu wanita itu pengsan. Talia seperti sudah mengetahui sesuatu tentang memori dulu.

Dia tidak sanggup untuk katakana ianya benar. Dia tidak sanggup untuk Talia jatuh lagi ditempat yang sama. Dia tidak mahu lagi talia mengalah untuk meneruskan hidup.

Katakan dia tamak. Dia tidak kisah. Kalau mampu diputarkan waktu, dia mahu menarik semula kata-katanya untuk Talia ingat semuanya semula. Kerana pada saat ini, dia memang tidak sanggup untuk kehilangan Talia lagi.

Tubuh isterinya dikemaskan lalu diangkat masuk ke dalam ward semula. Tubuh lemah itu perlahan-lahan diletakkan di atas katil.

Paket alcohol swab dikoyak lalu kapas basah itu dilap pada luka kering itu. Plaster yang selalu ada dalam poket kot putih yang dipakainya dicapai, dibuka dan ditampal lembut pada luka hasil rentapan iv drip.

"I love you, sweetheart. Please don't leave me..." tangan wanita itu dicapai dan dicium perlahan. Tak lama, dia angkat wajah melihat wajah lemah isterinya yang masih kosong dengan air mata.

"Untuk kali ni, sumpah abang tak boleh bayangkan abang tanpa sayang, tanpa isteri kesayangan abang. Abang tak boleh kalau hilang Talia, cinta terakhir abang..." ucap Megat Raed dengan air mata yang tanpa segan jatuh membasahir pipinya.

Panggillah dia lelaki lemah, dia tidak peduli. Kerana itu yang dia rasa.




"SHE'S refused to talk, Raed. Soalan basic pun dia tak mahu untuk jawab. Kau tahu kan, aku tak boleh paksa untuk dia bercerita. I'm sorry bro," beritahu Syed Taufiq. Ya, sebagai seorang psikiatri, dia tidak boleh memaksa pesakit untuk bercerita tentang masalah mereka. Kepercayaan itu tidak akan terbina apabila dipaksa.

Dalam kes ini, mungkin Talia risau dia membocorkan maklumat kepada Megat Raed memandangkan suami Talia itu merupakan sahabatnya. Walaupun memang dilarang doktor untuk mendedahkan maklumat pesakit, tapi Talia tidak percayakannnya. Tapi tak mengapa, dia akan cuba membongkar perlahan-lahan kerana dia sedia maklum personaliti Talia.

Megat Raed mengeluh kuat. Mati akal untuk berfikir.

"Apa yang perlu aku buat Fiq? Aku tak boleh tengok dia macam tu saja. Termenung. Menangis. Tak mahu makan. Semalaman dia macam itu. Aku rasa macam tengok semula ulang tayang benda 6 tahun lalu tahu tak!" rambutnya diraup kasar. Emosinya berkecamuk disalurkan pada Syed Taufiq yang langsung tidak bersalah.

"Tenang, Raed. Kita tak boleh memaksa dia. Pada pendapat aku, kau duduklah dengan dia. Bagi semangat pada dia. Pujuk dia. Sound cliché, tapi sedikit sebanyak ini bantu untuk dia bina kepercayaan pada kita. Sabar." Nasihatnya sebagai seorang kawan, bukan sebagai pegawai psikiatri.

Megat Raed mengangguk. Selepas mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya, dia kembali masuk ke dalam kamar yang menempat Talia. Wad perseorangan untuk memberi masa kepada Talia menenangkan diri.

Tubuh yang membelakanginya, yang sedang duduk sambil memandang ke luar tingkap itu didekati Megat Raed. Dia kemudiannya melabuhkan duduk disebelah Talia. Wajah isterinya ditatap. Mata bengkak dan ada lingkaran hitam, wajah sembap dan tubuh yang tidak bermaya itu dilihat tanpa jemu.

Tangan kanan isterinya dicapai dan dikucup perlahan. Aroma yang masih sama. Baru semalam Talia dimasukkan ke dalam wad, sudah begini impak yang dia dapat lihat.

Hati suami mana yang tidak luluh melihat keadaan isteri seperti ini. Mujurlah semalam Muiz menghubunginya mengatakan Talia sedang dirawat di kecemasan.

Muiz juga menceritakan tentang Naufal yang membawa Talia ke hotel. Entah apa cerita yang Naufal rekakan, dia tidak tahu. Muiz juga tidak tahu. Selepas melihat Talia ditempatkan di wad dan meninggalkan pesanan, kawan baik Talia itu terus meluru keluar dengan wajah yang serius. Tanpa bicara.

"Sayang nak makan..."

"Kenapa abang kahwin dengan Talia?" potong Talia apabila Megat Raed memulakan bicara. Fikirannya yang bercelaru mula menghubungkan satu demi satu kejadian yang pernah terjadi. Yang dia lupakan.

"Because I love you, sayang. I love you so much. Abang tak boleh bayangkan abang tanpa Talia." Jawab Megat Raed ikhlas dari sudut hatinya yang paling dalam.

Talia yang mendengar mula merasakan air matanya bertakung ditubir mata. Bagai meminta izin untuk jatuh ke pipinya. Jawapan itu kedengaran ikhlas. Tapi kenapa hatinya bagai menafikan keikhlasan itu.

"Talia sayang abang juga. Terlalu sayang sampaikan kalau abang bahagia tanpa Talia pun, Talia sanggup pergi," ujarnya dengan deraian air mata.

Laila Raihana. Entah bagaimana ingatan itu menjelma, yang dia tahu, Laila Raihana itu adalah kekasih Megat Raed.

"Kenapa cakap macam itu, sayang? Kan sayang dah janji tak mahu cakap macam ni lagi hari tu... Abang tak nak Talia pergi mana-mana. Stay dengan abang je. Abang selalu ada dengan Talia."

Tangannya memaut tubuh isteri. Disembamkan wajah isteri yang sudah basah dengan air mata itu ke dada bidangnya. Demi Tuhan, dadanya ini tercipta untuk isterinya meluahkan rasa hatinya. Sedih, kecewa, bahagia, gembira. Semuanya.

"Talia sayangkan abang. Dan Talia minta maaf sebab Talia tak sempurna, tak semulia untuk abang yang terlalu sempuna dan mulia." Tangisannya kian panjang. Dibawa tangannya untuk memeluk tubuh suaminya. Entah sampai bila dia mampu berada disini.

Dan pada pandangan Megat Raed, dia langsung tidak faham apa yang Talia katakan. Berbahasa melayu, tapi mengapa dia rasakan hala tuju mereka sangat berbeza.




090622

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now