"Hotel. Kita pernah datang sini dulu Lia? You tak ingat?" suara Naufal. Penuh selamba dengan riak wajah yang kosong.

Naufal pandang sekeliling. Dekorasi yang tak pernah berubah. Masih yang sama seperti bertahun lalu. Sengaja dia bawa Talia ke sini, untuk mencungkil semula memori Talia yang hilang. Dia mahu Talia ingat segala-galanya dan kembali pada dia. Merayu untuk bersamanya seperti 6 tahun lalu. Sebelum mereka berpisah kerana terpaksa.

Ketika dia terpaksa pergi untuk dia melindungi Talia.

Jika ia boleh undurkan masa, dia tidak akan meninggalkan Talia sendirian di Malaysia. Diatidak akan terbang pergi meyambung pelajaran ke luar negara. Tidak akan sama sekali jika ini yang dia perlu hadapi sekarang.

"Saya rasa Encik Naufal salah orang. Saya tak pernah kenal Encik Naufal pun sebelum ni dan saya tak tahu kenapa saya ada disini. Saya... saya nak balik." Langkahnya laju melepasi Naufal. Laju juga Naufal menarik lengan wanita itu.

Antara percaya dan penipuan, Talia mersakan lelaki didepannya itu sedang menipu biarpun mata tajam lelaki itu tepat memandang anak matanya.

"I tak salah orang, Lia. Terutama sekali orang yang I sayang. Kita memang pernah ke sini dulu. Sebagai kekasih. You tak ingat?" beritahunya dengan nada yang serius. Dia mahu Talia ingat semuanya. Dia mahu mulakan semuanya semula. Dia mahu Talia dalam pelukannya kembali. Seperti 6 tahun lalu.

Talia tersentak. Kekasih? Benarkah dia pernah menjadi kekasih lelaki itu. Genggaman di lengannya sangat erat terasa sakit

"I'm sorry. Saya betul-betul rasa Encik Naufal ni dah salah orang. I'm somebody's wife."

Tangan yang dipegang Naufal itu direntap. Rasa pijar pergelangan tangannya tidak hilang dengan sekejap. Dia isteri orang. Isteri Megat Raed Baihaqi. Maruah suaminya perlu dijaga.

Baru saja mahu berlalu, suara Naufal kembali menyapa telinganya.

"Kau rasa kenapa Raed ambil kau sebagai isteri?" Naufal kembali bersuara.

Langkah Talia terhenti.

Naufal kali melihat tubuh Talia yang membelakanginya.

"Kau punya satu sebab untuk jadi milik Raed. Tapi kau punya banyak sebab untuk bahagia dengan aku sebab aku cinta pertama kau."

Talia kembali berpaling melihat Naufal. Tidak faham apa yang lelaki itu cuba katakan.

"Apa yang encik cuba nak beritahu saya? Jujur dengan saya, jangan bermain teka-teki. Saya tak berminat!" tegasnya.

Sudah kepalanya sedang penat berfikir, Naufal pula meninggalkan teka-teki yang tak mampu dia faham permainannya.

"Kita bahagia dulu, Talia. Kau dan aku sangat bahagia. Kita berjanji untuk terus bertahan walaupun cinta kita jarak jauh. 6 tahun aku pergi, kau dah bersama orang lain. Kau tahu kenapa? Sebab kau ada benda yang merantai untuk terus bersama Megat Raed. Rantaian itu bukan sebuah perkahwinan Talia. Tapi sebuah dendam, mungkin... siapa tahu kan." Untuk penyataan ini, Naufal mulai jujur.

Ya, mereka pernah berjanji untuk terus bertahan walaupun berpisah, namun Talia yang memungkiri janji. Talia yang pergi sewaktu dia tidak punya pilihan.

"Apa maksud encik?"

"Find who is Laila Raihana. Jawapan ada pada dia." Naufal melintasi Talia lalu pintu bilik dibuka.

Talia lantas meloloskan diri. Rasa kesal apabila dia masih berada didalam satu bilik dengan lelaki asing. Baru mengorak langkah untuk berlalu, Talia kembali berpusing mengadap Naufal.

"Awak kata, kita pernah datang ke sini. Untuk apa saya datang ke sini bersama awak?"

"Seperti yang aku kata pada kau, Talia... 6 tahun dulu, kita dulu adalah sepasang kekasih." Ulangnya lagi. Hatinya langsung tidak jemu untuk mengulang biarpun seribu kali Talia bertanya. Kerana itu adalah faktanya.

"Jadi?"

"Jadi apa? Apa yang selalu dibuat antara lelaki dan perempuan datang ke hotel, duduk dalam satu bilik? Takkan join kelas agama kot kan..."

Nafas Talia jadi tersekat. Adakah... serentak itu, air matanya jatuh. Dia tidak percaya. Tapi kenapa, dia rasa semuanya bagaikan betul-betul terjadi.

"Kau tahu jawapannya Talia. Sebab tu kau lebih layak untuk aku. Megat Raed Baihaqi, lelaki yang kau sebut sebagai suami itu, menikahi kau bukan seikhlas yang kau sangka."

"Tak mungkin..."

Dia tidak bodoh untuk menangkap apa yang cuba Naufal sampaikan. Tapi sunggu dia tidak percaya itu yang berlaku antara mereka dulu.

"Tubuh kau, pernah jadi milik aku suatu ketika dulu." Bisiknya tepat pada telinga Talia. Dia berlalu dengan senyuman sinis apabila wajah wanita itu mula berubah.

TALIA duduk bersandar di dinding tangga kecemasan. Air matanya jatuh tanpa henti. Separuh hatinya bagai menolak, namun separuh lagi menafikan. Telefon yang berulang kali berdering berterusan 10 minit yang lalu diendahkan.

Otaknya mula memutarkan memori beberapa minggu lalu. Perbualannya antara dia dan Megat Raed.

"Kadang... Talia rasa nak tahu sangat-sangat. Tapi, ada masa Talia terlalu takut untuk hadapi semuanya nanti. Kalau Talia sendiri yang hilangkan memori sendiri, maknanya dulu memang Talia betul-betul mahu lupakan semuanya kan? Untuk apa Talia cuba ingat balik kan?"

Adakah ini yang otaknya cuba sembunyikan? Memori inikah yang cuba dia lupakan 6 tahun lalu hingga membuatkan dia sebagai manusia yang baru lahir. Dibentuk semula sebaik-baiknya oleh ibunya selepas kejadian itu?

"You will be okay, sayang. Talia tak perlu hadap sorang-sorang. Abang kan ada. Abang akan ada bersama Talia tak kiralah betapa teruk pun keadaan pada waktu itu. You're my everything."

Jika Megat Raed tahu, apa tujuan lelaki itu menikahinya? Adakah sebab kasihan atau dendam seperti yang Naufal katakan. Tapi dendam sebab apa?

Dan siapa Laila Rihana?

Telefonnya diambil. Berdering untuk kali ke-21. Terpapar nama Muiz untuk kesemua talian yang tidak bersambut itu. Dia angkat tanpa rasa.

"Where are you, Talia? Aku dah sampai hotel." Tanyanya tanpa salam.

Dia pecut dari TalLiyas' Café setelah Naufal kata Talia sedang tidur disebelah lelaki itu. Dihubungi bekali-kali selepas itu, Naufal tidak menjawab panggilannya. Talia juga begitu.

"Tangga kecemasan. Tingkat 3." Esakkan pecah bila suara bisikan Naufal kembali menerjah fikirannya.

Seminit, Muiz berlari mendaki tangga melihat Talia yang masih dalam tangisan tanpa henti itu.

"Talia... apa Naufa buat pada kau?"

Talia mendiamkan diri. Namun esakkan masih tidak dapat dikawal.

"Jantan itu memang tak guna! Cerita pada aku, apa yang dia dah buat pada kau Talia?"

Nafas Talia kian pendek. Kepalanya berpusing hebat. Tak sempat dia berfikir, yang dia tahu, Muiz memangku tubuhnya dari terus tergolek jatuh. Yang dia dengar, hanya suara Muiz yang menyeru namanya.




070622

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now