CHAPTER 10 - Black Flame

Start from the beginning
                                    

Elza menutup matanya dan menarik nafas panjang. Lalu, dihembuskan. Menenangkan dirinya.

"Aku kena guna Form tu, kalau aku nak menang." Getus hati Elza lagi.

"Dia ni bisu ke?" getus hati Kuroyasha. Hairan. Agak geram Elza tak menjawab soalannya sebenarnya. Sejak mereka berlawan dari tadi, Elza hanya membisu sahaja.

Elza membuka matanya. Dan fokusnya meningkat. Tenaga magisnya juga meningkat tinggi.

Kuroyasha mempunyai wajah serious. "Hm? Something is different about her."

"Sun Drive."

Tiba-tiba, seluruh badan Elza bercahaya emas dan seperti ada aura berapi di tubuhnya juga. Rambutnya terangkat seperi ditiup angin. Mata Elza yang berwarna merah darah bertukar menjadi emas.

Kuroyasha tersengih. "Hoh~? Nampaknya kau dah serious."

Kuroyasha bersiaga. Cara dia berdiri seperti ahli martial arts Taekwondo.

"Sia-sia." Gumam Elza selepas lama berdiam diri.

"Oh~? Boleh rupanya kau bercakap-"

PUNCH!

"GAAHH!!!" Perbicaraan Kuroyasha terbantut, apabila perutnya tiba-tiba dihinggap penumbuk Elza yang muncul di depannya secara tiba-tiba.

Tubuh jejaka itu melayang ke belakang dengan jauh.

Sebelum badannya terjunam ke tanah, Kuroyasha memusingkan badannya di udara dan mendarat di lantai dengan anggun.

"Shit! Aku langsung tak perasan dia muncul kat depan aku tadi! Dia dah jadi Super Saiyan macam Goku ke ape-"

Sekali lagi, perbicaraan Kuroyasha terpotong.

Elza muncul di depan mata Kuroyasha dengan sekelip mata. Dan kaki kanannya sedang menghayun pantas ke arah kepala jejaka tersebut. Kakinya bercahaya dan berapi emas.

"Sun Dragon's Burning Claw!"

"Fuck!" Kuroyasha mengangkat lengan kirinya untuk menahan serangan Elza.

CRASHHH!!!

Hentaman serangan Elza membuatkan Kuroyasha terpelanting ke dinding sebelah kanannya sehingga berlubang.

Dan, tubuh Kuroyasha melayang masuk ke dalam ruang bilik seperti kelas belajar.

Kepulan asap terhasil dari dinding yang berlubang itu.

Wajah Elza mendatar dan kosong. Dia memandang ke arah dalam ruang bilik itu.

Kuroyasha tersandar di dinding, tubuhnya sakit. Pandangannya kabur akibat pening apabila kepalanya terhantuk di dinding.

Kuroyasha tertawa kecil walaupun dia dalam kesakitan.

"Ada orang dah marah nampaknya..." gumam Kuroyasha dengan bersahaja.

Elza melangkah masuk ke dalam ruang bilik yang Kuroyasha terpelanting.

Kepulan asap semakin hilang, dan Kuroyasha boleh melihat bayang kelibat Elza dan mata bercahaya emas yang menajam ke arahnya.

~Scene Changes~

"Huff! Huff! Huff!" bunyi hembusan nafas tercungap-cungap.

Luke berlari di satu koridor yang gelap.

Dua kelibat tidak jauh dari belakang Luke dan sedang mengejarnya dengan pantas.

"Aku kena cepat! Aku dah nak dekat dah kat sumber air tu!" getus hati Luke.

Tubuhnya agak teruk dengan beberapa luka seperti kesan lebam, luka geseran, dan beberapa luka kecil di lengan dan tubuhnya.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now