BAB 36 | DENDAM CINTA 2

Start from the beginning
                                    

"Sebenarnya saya dah kahwin, Cik Ris. Buah hati tu suami sayalah." Diana tersipu-sipu. Joran sudah ada, tinggal untuk memasang umpan saja.

Mati selera. Nasi dalam mulut rasa macam pasir yang melalui tenggorok. Panggung kepala, Adam pandang Diana. Tajam membunuh renungannya.

"Oh my God!" Tekup mulut, Marissa pandang Diana dengan rasa tak percaya. Baru hari nilah dia tahu yang gadis itu sudah berumah tangga.

"Bila?" Tak berkejip mata Marissa. Rasa terkejutnya masih tersisa. Patutlah selama ini Diana sering menolak jejaka-jejaka yang ingin mendekatinya. Alasan, katanya masih muda.

"Nak dekat setahun dah, Cik Ris. Saya minta maaf sebab tak jemput Cik Ris. Bukan apa, majlis tu buat kecil-kecilan je."

Adam mengawal diri agar tidak melenting. Hanya diam, telinga dipasang mahu mendengar apa lagi yang Diana ingin bualkan, pendustaan apa lagi yang mahu direkakan.

"Lagipun, saya memang nak kenalkan dia dengan Cik Ris. Tapi nampak gayanya, Cik Ris dah kenal kut." Menokok tambah, Diana jeling-jeling Adam yang duduk bertentangan dengannya. Terang, telinga Adam kelihatan merah menyala.

Muka Diana dipandang penuh minat. Agaknya, siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Diana itu?

"He's a doctor, living in Ireland before this." Senada.

Sejurus itu, Adam terbatuk-terbatuk.

"Hah?" Buntang mata, Marissa terus kalih ke arah Adam. Cuma Adam saja satu-satunya doktor yang dia kenal semasa di Ireland dulu. Takkanlah suami Diana ialah Adam?

Damn it, Diana! Hati Adam berbisik keras. Berbahang sungguh dirasakan kala ini. Hanya menunggu masa untuk meletup saja.

Senyuman sinisnya enggan disorok. Merah padam wajah Marissa dan Adam. Yang pasti, umpan Diana hampir mengena. Itupun sudah cukup puas buatnya.

"Si... siapa namanya?"

Melirik sekejap ke arah Adam. Inilah masa yang dia nantikan.

"Doktor Adam." Tak teragak-agak, itulah jawapan Diana. Sekali gus, menaikkan darah Adam hingga ke kepala. Wajah Diana yang tak terbias langsung rasa bersalah direnung lama. Lidah bagai hilang kosa kata. Semerta, tangan mengepal kemas.

Kini, empat mata sedang merenung Adam. Marissa dengan pandangan penuh tanda tanyanya. Entah kenapa, hati terasa diramas-ramas. Adam tipu diakah selama ini?

"Betul tak, Doktor Adam?" Seperti menyimbah minyak ke dalam bara api, itulah perasaan Adam ketika ini. Keruh pada air muka Marissa buatkan hatinya tak tenteram. Pun begitu, Adam tetap diam tidak membalas.

Tak lama, Diana ketawa kecil. Bahunya terhinggut-hinggut mengawal gelak. Tangan mencelah masuk ke dalam beg tangan, mengeluarkan gajet mahalnya.

"It's not what you think, Cik Ris."

Marissa kebingungan. Berkerut-kerut dahinya.

"Doktor Adam yang saya maksudkan ialah lelaki ni. He's my husband. Bukan Doktor Adam yang kat depan saya ni." Telefon pintarnya dihulurkan kepada Marissa. Jelas terpampang gambar Diana bersama seorang lelaki yang sedang tersenyum manis memandang lensa kamera.

Seketika, Diana bertemu mata dengan Adam. Keningnya sengaja dijungkitkan tinggi. Berjaya memarakkan hati lelaki itu, Diana membuat gaya seperti menzip bibir.

"Fuh!" Tak sengaja, Marissa melepaskan helaan lega. Mati-matian dia ingatkan Adam ialah suami Diana. Tak dinafikan, hatinya merasa lapang selepas melihat gambar yang ditunjukkan Diana tadi. Mujurlah bukan Adam orangnya.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now