BAB 35 | DENDAM CINTA 2

Start from the beginning
                                    

"Don't worry. Saya akan rawat awak. Penyakit awak boleh sembuh. Itu janji saya."

Itulah yang Adam katakan padanya sehari sebelum dia dimasukkan ke dalam wad. Dua hari bermalam di hospital, Adamlah yang sering melawatnya. Masa senggang lelaki itu banyak dihabiskan bersama Marissa jika tiada pembedahan atau kecemasan yang berlaku.

"Ketulan tu dah berjaya dibuang. Walaupun ianya dah dibuang, but awak tetap kena teruskan dengan rawatan susulan."

Mata dikerdipkan laju. Kolam mata terasa panas mengumpul cecair hangat. Satu kerdipan, berantai-rantai air mata yang jatuh. Tak mampu ucap betapa bahagianya Marissa kala itu.

"Syukur Alhamdulillah. Thank you, Adam." Air mata kegembiraan masih menhujani pipi. Tak tergambar rasa bahagia, tak terungkap rasa syukurnya.

Adam cuma senyum. Reaksi yang sering ditonton daripada setiap pesakitnya apabila diberitahu bahawa mereka sudah kembali sihat sepenuhnya. Gembira.

"Saya happy sangat-sangat."

Adam senang melihat senyuman yang jelas bahagia di wajah Marissa.

"Making you happy is already my responsibility."

Kata-kata Adam buat Marissa sedikit kejur. Sontak, mata mereka bertembung. Tautan mata yang mampu menggetarkan nurani si pemilik hati. Tidak sesaat pun mata mereka teralih.

Tak mahu tenggelam dalam perasaan, Marissa berdehem kecil. Kulit muka memanas secara tiba-tiba. Kenapa celik saja mata, dia perlu disajikan dengan ayat manis Adam? Pula tu, hati tidak menolak malah ada satu rasa lain yang mula menyelinap masuk. Dia... rasa bahagia.

"Eat." Ditolak semangkuk bubur yang tersedia di atas meja memandangkan Marissa belum menjamah apa-apa selepas dia sedar.

Angguk seraya senyuman kecil menghiasi bibir. Memang dia tengah lapar pun. Mujurlah ada makanan. Kalau tak, menggagau juga dia nak cari makan lepas Adam keluar nanti. Nak minta bantuan lelaki itu, malulah pula. Isy Marissa, sejak bila kau pandai malu-malu ni?

"I almost lost you, Jasmine."

Zap! Bila Marissa angkat kepala, tepat renungan Adam ke arahnya. Suapan bubur terhenti serta merta.

"You made me feel scared."

Terasa kesat kerongkong hendak menelan liur. Bibir Marissa terbuka sedikit. Mata terkejip ke arah Adam.

"It terrified me so bad."

Berulang kali Adam menzahirkan ketakutannya. Juring mata lelaki itu kelihatan basah. Ada embun yang bergenang dalam kolam mata Adam. Is he crying?

"Please, jangan buat saya macam tu lagi." Tunduk, Adam biarkan air matanya jatuh. Entah kenapa, sang hati dipagut pilu.

Mengingatkan kejadian di bilik bedah semalam, jantung berdenyut tak tenteram. Buat pertama kali, sepanjang dia bergelar pakar bedah am, Adam merasakan ketakutan yang sebegitu. Belum pernah lagi dia menangis kerana hampir gagal menyelamatkan pesakit.

"Awak buat saya tak tentu arah, Jasmine." Berdesir bibir melepaskan tawa kecil. Tanpa segan, Adam tunjuk muka merahnya dek menangis.

Marissa terngadah. Adam benar-benar risaukan diakah? Sebelum ini, dia tak pernah lihat Adam menangis. Namun ketika ini...

"Awak risaukan saya?" Oh, Marissa! Soalan kurang cerdik apa yang kau tanya ni? Sudah terang lagi bersuluh Adam menangis kerana takut kehilangan kau.

Tak perlu zahirkan jawapan, cukup air mata dan anggukkan Adam sebagai bukti yang lelaki itu benar-benar risau terhadapnya. Saat itu, Marissa pegang dada. Tipu kalau dia menafikan dan menidakkan yang hatinya mula tersentuh.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now