34 - Americano and Latte

Start from the beginning
                                    

"Rumah ni terlalu besar untuk kita berdua. Tapi..."

"Tapi?"

"Cukup besar untuk kita dan bakal anak-anak kita," sambung Megat Raed dengan kekehan tawa yang memecah kesunyian malam.

Mula lah tangan Talia naik mencubit peha Megat Raed. Dia ingat apalah tadi. Suka betul usik dia macam ni. Omelnya. Namun dalam tidak sedar, bibirnya terlukis senyuman segan.

Mereka baru sebulan bersama. Dia belum terfikir lagi tentang anak. Tapi jika itu rezeki yang ditetapkan oleh Allah, dia terima. Dia mungkin masih muda. Tapi Megat Raed sudah nak masuk 35 tahun depan.

"Okay, lets talk about this. Abang nak berapa orang anak?"

Jarinya mengetuk rahang sendiri memikirkan jawapan bagi soalan Talia yang agak tricky itu.

"Abang tak kisah. Anak tu kan rezeki. Yang abang pentingkan, Talia sihat, anak pun sihat. Tentang berapa orang tu, abang serah pada Talia. Tapi Talia dah ready ke?"

"Insya Allah ready kalau itu dah rezeki untuk kita. Tapi, kenapa pula abang serah pada Talia berapa orang anak kita?"

"It's your body, sayang. Sayang yang mengandung, sayang yang akan rasa sakit-sakit badan, sakit alahan, sakit pinggang, bengkak kaki, contraction, melahirkan, berpantang. Semua sayang nak kena hadap."

"Abang kan ada?"

"Abang boleh ada dengan Talia selamanya, sweetheart. Don't worry. But your command is my decision." Americano dicapai dan dihirup perlahan. Segar rasanya.

Talia senyum dengan jawapan Megat Raed. Lelaki itu benar-benar meletakkan dia sebagai wanita yang dia sayangi. Rasa terharu memenuhi ruang hati.

"Abang ingat tak lagi soalan Talia malam Talia bagi jawapan dulu?"

Megat Raed kerut dahi. Mengingati malam yang penuh debaran, soalan yang mana satu?

"Sejak bila abang ada perasaan dekat Talia? Soalan itu yang Talia tanya," beritahunya lalu menatap kembali wajah megat Raed. Tangan pula meminta latte yang telah disediakan oleh Megat Raed.

"Oh ya, that one!" balasnya bersama tawa yang macho.

Secawan latte itu disambut Talia berhati-hati. Talia hirup air itu dengan tenang.

"I think ini masa yang tepat untuk abang beritahu. I don't know actually, tapi perasaan tu semakin membesar hari demi hari. Semakin kuat hari demi hari. Rasa tak boleh nak buat kerja kalau tak dapat tengok muka Talia hari demi hari. Itu yang buat abang sedar yang abang ada perasaan pada sayang."

Pipi terasa membahang. Rasa nak menyorok mukanya dalam poket, tapi pada masa yang sama, dia teruja mendengar jawapan Megat Raed itu. Haruslah lelaki itu merasakan begitu. Megat Raed pada asalnya menganggap dia sebagai seorang sepupu. Dia pula pada mulanya menganggap Megat Raed sebagai orang luar.

"Selepas Muiz muncul, abang rasa tercabar. So I think, better abang make a move dulu before dia masuk jarum." Gelaknya terletus. Masih dia ingat ketika pertama kali nampak Talia dan Muiz. Hampir-hampir dia jadi stalker tak berfaedah.

"How about you, sayang? Abang tahu Talia ada hati pada abang for a long time. Tapi abang nak tahu exact time."

Talia meraup mukanya. Malu nak cerita tapi dia telah benjanji dengan Megat Ared dulu untuk memberikan jawapannya setelah Megat Raed menjawab soalannya.

"Talia dah lama sukakan abang. Sejak pertama kali Talia nampak abang di hospital hari tu. Remember first day Talia nampak abang waktu Talia sedar, lepas kena suntik ubat penenang, you were there, holding my hand, wipe my tears, keep me calm."

Itulah titik pertama dia mula menyukai Megat Raed. Bukan saja wajah yang kacak, pada dia waktu itu, lelaki itu sangat baik sampaikan bila dia bangun untuk kali kedua, Megat Raed masih disitu dalam jubah putihnya.

"I never know abang adalah cousin Talia at that time. I lost my memory and you were there with me. Abang teman buat medical checkup, teman jumpa psychiatrist, teman Talia buat semua benda when ibu was not around. Abang ambil berat, abang sangat concern, abang suka support apa yang Talia nak buat, itu yang buat Talia semakin jatuh hati pada abang."

"Sayang buat abang rasa malu," ujarnya.

Talia kalih memandang Megat Raed. Telinga lelaki itu mula nampak merah. Terus Talia hamburkan tawanya dengan kuat. Terhibur betul dengan suaminya yang nampak begitu malu mendengar luahannya.

"Talia tahu kenapa abang buat coffee malam ni?" Soal Megat Raed cuba mengubah tajuk perbualan mereka. Matanya bertaut apabila Talia kalih melihat dia.

Kening Talia terangkat. Bertanya dalam diam. Lattenya sudah habis beberapa minit yang lalu. Americano suaminya juga.

"Sebab abang rasa nak usaha malam ni bagi Talia baby. Lagipun sayang abang ni dah ready kan nak jadi mummy?"

Muka Talia memerah. Bila nampak Raed bangun dan membongkok disisinya, terus debarnya lebih dari kadar biasa.

"Let's go, sayang. Esok cuti, kita qada tidur ye?" terus tubuh Talia dikendong masuk ke dalam bilik. Diletak sopan diatas katil sebelum dia berlalu menutup pintu gelangsar. Cawan kopi mereka, esoklah dia kemas. Malam ni ada misi penting!




030622

SHI

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now