𝐁𝐀𝐁 19 𝐃𝐁𝐄

779 45 0
                                    

Masing-masing lebih selesa mendiamkan diri.Radio juga tidak dipasang.Sekali-sekala Zayyan menoleh memandang adiknya yang terlihat mogok.Disebabkan suasana yang terlalu sunyi,Zayyan mengambil langkah untuk mulakan topik bualan.

"Are you mad at me?" Hati yang gelisah membuatkan panahan matanya langsung tidak tertumpu pada jalan raya.Hanya setia memandang wajah bersih Natasha menanti jawapan.Degupan jantung yang berdetak kian laju mengepam darah.Bagaikan baru dikejar anjing jalanan.

"Since when do you know,ABANG AYYAN?" Sengaja panggilan 'Abang Ayyan' itu ditekan.Saja buatkan jiwa jejaka itu semakin meronta-ronta.Zayyan yang mula tidak senang duduk terus memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Tangan gadis itu dicapai lalu dikucup lembut.Terus Natasha menarik tangannya kerana terkejut dengan tindakan tidak semena-mena yang dilakukan oleh Zayyan.Dahi berkerut seribu.Tempat bekas ciuman tadi disapu di seat kereta.

"We are siblings so I can touch you," Zayyan mengingatkan semula status mereka.Terus panjang muncung Natasha.Siap pakej jelingan lagi.Tangan disilang didada.Merenung ke luar tingkap.

"Tell the whole story," pinta Natasha.

"Aku akan cerita tapi bila kita sampai rumah.Okay?".Natasha malas ingin memanjangkan kes.Dia hanya menurut sahaja walaupun hati sudah tidak sabar-sabar ingin menahu.

Terhias senyuman tipis di bibir delima Zayyan.Terus dia memecut pedal minyak.Laju.

❦︎❦︎❦︎


11 Tahun yang lepas.



Pertengkaran di antara Puan Raihanah dan Encik Faisal telah didengari oleh anak terunanya,Zayyan.Sungguh dia tidak sangka apa yang dapat ditangkap oleh telinganya.Sungguh dia berharap itu semua hanyalah satu mainan mimpi.Suara tangisan ditahan agar kehadirannya tidak disedari oleh kedua orang tuanya.

"Sampai hati kau curang dengan aku kan bang!Aku punyalah pekakkan telinga selama ni hanya untuk percaya pada kau.Tapi apa kau bagi aku?!Hanya taik yang kau hadiahkan.Kau memang kejam bang!Kejam!" Sakitnya hati pada waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu.Siapa sangka sahabat yang sudah dianggap keluarga sendiri rupanya gunting dalam lipatan.

Puan Raihanah mendekati ke tubuh Puan Hajah Rozaina.Satu tamparan cantik melekat di pipi putih wanita itu.Puan Hajah Rozaina mengusap-usap pipinya yang sudah memerah akibat tamparan yang dilakukan.Buat pertama kali dia takut untuk bertentang mata dengan wanita di hadapannya.

"Raihanah!Jangan melebih!Dia isteri aku yang sah!" Jerkah Encik Faisal.Bergema suaranya di seluruh ruang.Makin laju juraian air mata yang keluar dari tubir mata Puan Raihanah.Tidak pernah sekali pun lelaki itu meninggikan suara sepanjang tempoh perkahwinan mereka.Tapi tidak lagi kini.

Tubuh Encik Faisal seperti diambil alih oleh sesuatu 'benda'.Tubuh Puan Raihanah ditolak ke tepi bagi mendapatkan isteri yang satu lagi.Pipi Puan Hajah Rozaina diusap lembut.

Zayyan yang menjadi pendengar serta menjadi pemerhati keseluruhan cerita mula berpanas hati dengan tindakan bodoh bapanya.

"Kenapa daddy benci sangat dengan mommy!Apa yang istimewa sangat dengan perempuan tu?!" Hilang sudah rasa hormatnya pada orang tua itu.Biarlah kali ini dia melindungi mommy yang sudah menjaga dari dia hanyalah sebesar tapak tangan sehingga sekarang besar anak gajah.Tanda berbalas budi walaupun dia tahu itu masih lagi tidak mampu untuk tandingi segala penat lelah wanita yang bergelar ibu itu.

"Kau jangan biadap dengan aku Ayyan!Aku ni bapak kau!Dan perempuan ni ibu kandung kau!" Bidas Encik Faisal garang.Jari telunjuk ditundingkan pada Puan Hajah Rozaina.Terkedu Zayyan dibuatnya.Wajah Puan Raihanah dipandang sayu begitu juga Puan Raihanah memandangnya.Berat hati untuk memberitahu hal sebenar kepada anak teruna yang sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri tetapi hal ini sudah tidak dapat diselindung lagi.Zayyan berhak tahu segalanya.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)On viuen les histories. Descobreix ara