𝐁𝐀𝐁 10 𝐃𝐁𝐄

724 39 0
                                    

Jarum jam menunjukkan pukul 8.00 malam.Baju pengantin sudah pun tersarung di badan.Diri pon sudah lelah dengan majlis pada siang tadi tapi digagahkan juga kaki untuk berdiri segak di majlis bertandang bagi pihak lelaki pula.

Ya,memang itu yang telah dirancang oleh keluarga Ershad dan Ershad sendiri.Mahu membuat majlis pada hari yang sama tapi waktu yang berbeza.

Cantik baju yang dipilih oleh Ershad ini.Pandai dia pilih.

Makin cepat masa berdetik makin cepat juga jantung mengepam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Makin cepat masa berdetik makin cepat juga jantung mengepam. Tangan sudah menggeletar risau dia terjatuh semasa berarak nanti dek kerana kasut tumit tinggi 5 inci yang dipakai hanya untuk menyamakan ketinggian Natasha dengan Ershad.

Itupun masih rendah paras bahu Ershad.Inilah kali pertama baginya untuk memakai kasut tinggi yang setingggi gunung Everest.Pagi tadi 3 inci pon dah nak tersembam ke tanah apatah lagi yang 5 inci.Natasha menggelengkan kepala laju agar bayangan itu hilang dari pemikirannya.

"Cherry nak sayang dukung ke?" Tanya Ershad kepada Natasha yang sudah terlihat seperti ayam berak kapur.Natasha hanya menggelengkan kepalanya laju-laju.Memang taklah dia nak didukung.Lebih baik dia tahan malu sebab jatuh tersungkur daripada didukung dan dilihat oleh khalayak ramai.Tanpa menghiraukan jawapan daripada Natasha,Ershad sudah mendukung dirinya gaya bridal style.

Kakinya berjalan ke arah pelamin.Maka dengarlah suara-suara yang meng'awww',comel dan sebagainya.Terasa membahang wajah Natasha.Mukanya kini sudah bertukar menjadi merah kerana malu yang teramat.Ingin sahaja dia sembamkan wajah di dada Ershad tapi disebabkan ada solekan yang tebal di wajahnya terus tak jadi nak sembam.Nanti tak pasal-pasal bercop dekat baju Ershad lagilah malu.

Mata memandang wajah kacak Ershad yang tiada reaksi.

'Kau ni takde perasaan ke?Kenapa selamba naw!!' Bisik hati Natasha.

Tiba-tiba wajah lelaki itu menghadapnya.Alamak dia dengar ke?

Ershad mengukirkan senyuman khas untuk si gadis sebelum menghadap ke hadapan semula.Natsha meneguk air liur.Terselit maksud tersirat dalam senyuman 'macho' pada lelaki itu tadi.Jantung sudah bermacam-macam rentak.Melodi dangdut,balada, sampai rock pon ada.

❦︎❦︎❦︎


Akhirnya tamat juga segala majlis.Dapat juga dia berehat.Kaki mengatur langkah ke bilik hotel yang sudah diberitahu Ershad sebelum jejaka itu hilang entah ke mana.

"Assalamualaikum," ucap Natasha sebelum membuka lampu dan segala kejadah haram.Luas sungguh bilik vvip ni.Natasha mula menggeledah isi bilik itu.Segala pelosok bilik dimasuknya.Setelah puas menggeledah dia mengambil keputusan untuk mandi dan menunaikan solat Isya terlebih dahulu.Lepas dah selesai segala kawajipan barulah tenang nak tidur.

Terus kaki melangkah masuk ke dalam tandas.Pili air dibuka lalu berendam di dalam bathtub.


Hampir sejam dia di dalam tandas.Mana tak sampai sejam dah kalau dia pergi tidur dalam bath tub tu.Baru sahaja kaki melangkah keluar ada sosok tubuh yang sedang menunggu dirinya di hadapan pintu.Natasha menjerit kecil sebelum masuk ke dalam tandas semula.Pintu ditutup rapat.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now