𝐁𝐀𝐁 26 𝐃𝐁𝐄

273 25 1
                                    

Wajahnya yang sudah banjir dengan cecair jernih itu dilihat dari pantulan cermin. Sudah hampir 30 minit dia bertapa di dalam tandas. Menangis semahu-mahunya. Entah kenapa luka lama yang baru sahaja ingin menjadi parut kini kembali berdarah. Apabila dia sudah mula berasa tenang, tangannya mengambil beberapa helaian tisu lalu dilap di atas wajah yang sudah lencun dengan air mata.

Gas oksigen disedut sedalamnya. Mengumpul kekuatan yang sudah melayang meninggalkannya. Walau apa jua yang terjadi dia hendaklah menjadi seorang wanita yang tabah kerana dia sudah berjanji kepada dirinya sendiri untuk tidak menjadi wanita yang terus koma apabila dijentik. Sudah 25 tahun dia hidup bersama linangan air mata. Kini, dia sudah berazam ingin merubah diri dan perwatakannya supaya dia boleh menjadi seorang hamba yang tetap gagah walau perlu memikul beban ujian yang berat.

Kaki diangkat mengatur langkah keluar dari tandas. Keluar sahaja, dia terus terpaku di hadapan pintu apabila sosok jejaka yang boleh dikatakan rapat dengannya sedang menanti kehadirannya. Matanya yang tadi sudahpun mereda terasa ingin mengeluarkan cecair jernih semula. Namun pantas ditahan. Dia sudah berjanji pada diri sendiri.

Rasa simpati mula bertandang dalam diri Lysander. Mengapalah Ershad sanggup menyeksa gadis yang tidak berkudrat ini sebigini rupa. Jika ummi Natasha lah yang menjadi punca sekali pun, perlukah dia menyeksa gadis yang tidak bersalah ini? Sanggup dia mempermainkan hati dan perasaan gadis ini. Di manakah sifat kemanusiaan Ershad selama ini? Terus dicampak ke dalam loji kah? Hanya disebabkan kesumat yang menghuni di dalam jiwa.

"Follow me. Please," tutur Lysander. Lebih kepada berharap sebenarnya. Apabila Natasha seperti memberi lampu hijau untuk mengikutinya terus senyuman mekar di bibir.

Mereka berjalan bersebelahan. Ke mana arah Lysander melangkah di situ juga Natasha mengekori. Sehinggalah mereka sampai di tempat parkir VVIP. Pintu kereta sebelah penumpang dibuka Lysander. Mengalukan Natasha untuk masuk ke dalam kereta sebelum pintu ditutup. Kemudian, dia berjalan ke pintu di mana tempat duduk pemandu ditempatkan. Terus pintu dibuka lalu masuk ke dalam perut kereta.

Enjin kereta dihidupkan. Kemudian, pedal minyak ditekan sebelum kereta itu meluncur di atas jalan raya. Mereka hanya senyap ingin menyesuaikan suasana. Setelah lama mereka menyepi, Lysander berdehem bagi memulakan mukadimahnya.

"Are you okay? I'm sorry bagi pihak Ershad. I know you must be suffer living with him. Again I'm sorry.". Walaupun riak wajah Lysander langsung tidak dipandangnya tetapi dari segi intonasi yang keluar dari mulut jejaka itu sudah dapat meyakinkan dia bahawa lelaki itu tulus meminta maaf kepadanya. Matanya sudah mula terasa panas. Nafas ditarik sedalamnya. Kemudian ditahan untuk beberapa saat badulah dia menghembuskan nafas.

" What are you guys doing here?" Soalan Lysander dibiarkan tidak terjawab malah dia pula yang kembali mengajukan soalan. Wajah Lysander dipandang. Dapat dilihat raut wajah jejaka itu mula bersalah.

"It's okay.. Just be honest with me," Natasha tidak mahu lelaki ini menciptakan satu penipuan manis demi majaga hatinya. Kerana bagi diri dia yang sekarang, satu penipuan yang pada awalnya terlihat manis itu lebih memeritkan apabila sudah pecah tembelang jika mahu dibandingkan dengan rasa sakit yang ditangguh dengan sebuah kejujuran.

"Ershad just quit his job. Now he is back to focus on his old career. To answer your question, we came here because of his work," jawab Lysander jujur. Langsung tidak berselindung. Natasha hanya memamerkan wajah tidak berperasaan walaupun saat ini hatinya seperti docarik-carik menggunakan garpu. Entah kenapa dia masih berharap alasan Ershad datang ke mari adalah untuk mencari dia. Natasha mengukirkan senyuman kelat.

"Mesti dia bahagia, kan? Saya dah pergi dari hidup dia. Saya dah terseksa sepertimana yang dia mahukan. Dan, mesti dendam dia yang selama ni membara sudahpun terpadam." Luah Natasha. Ya, meski dia tidak boleh menangis tetapi dia tidak mampu untuk memendam apa yang terbuku dalam hatinya seorang diri. Dia harus meluahkan agar beban di hati terasa ringan untuk dipikul.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now