𝐁𝐀𝐁 7 𝐃𝐁𝐄

549 36 0
                                    

Syafiqah berdehem maka terlerai lah pegangan yang tidak disengajakan tadi.

"Ayyan!Lama odoe tak jumpa! Kau kat mana dho?Lama menghilang...makin handsome eh sekarang," sapa Natasha teruja.Hampir terlompat dirinya apabila dapat berjumpa kembali sahabatnya yang sudah hampir 11 tahun menghilang.Kali terakhir berjumpa pon masa mereka berumur 15 tahun.

Zayyan Naufal Harith.Sedap namanya sesuai dengan wajahnya yang kacak dan segak bergaya.

Zayyan tersenyum kecil sebelum mula bersuara kembali."Aku ingat kau dah lupa aku dah budak kerdil...Piqah kau mesti dah lupa aku kan?" Kini Zayyan menyapa Syafiqah yang terlihat seperti sedang mengingat sesuatu.Lama dia memerah otak ingin mengingat kembali jejaka macho di hadapannya ini.

"Wehh cicak!Kau ke?Ya Allah tak sangka boleh jumpa sini," giliran Syafiqah pula yang teruja.Nasib tidak dipeluk jejaka itu.

"Ingat dah lupa.Ni korang buat apa dekat sini?" Tanya Zayyan ramah.Nasiblah mereka sudah bergerak ke tepi sedikit tidaklah menghalang laluan pelanggan lain yang ingin masuk.

"Budak ni lah stress tu yang aku ajak dia jalan-jalan.Eh kau tau tak dia dah nak kahwin?" Perbualan sudah semakin rancak.Zayyan buat muka terkejut tidak percaya.Ditilik Natasha dari atas sehingga bawah.

"Apa kau?Mentang-mentang tinggi aku tak meningkat kau nak kata aku budak-budak pula!" Marah Natasha yang seakan-akan faham dengan jejaka di hadapannya.Terus terhambur tawa Syafiqah dan Zayyan.Memang tidak sah jika dirinya tidak diejek pendek.

Terus bibir Natasha automatik menjadi itik.Itulah dirinya setiap kali merajuk."Okaylah okay aku belanja kau coklat paking mahalll sekali tapi untuk Sha je lah untuk kau Piqah pergi beli sendiri," ujar Zayyan sambil tersenyum senget.

"Eee berkiranya...dah lah lepasni aku malas nak kawan dengan kau.Dah lah kedekut taik hidung busuk!" Syafiqah sambil tangan disilang di dada.
Bibir Zayyan terjuih sedikit. "Yelah yelah aku belanja kau juga.Jom...ladies," Zayyan mempersilakan kedua orang gadis itu berjalan dahulu.

❦︎❦︎❦︎

"Esok korang ada pergi mana-mana ke?" Tanya Zayyan apabila kedua orang gadis yang terpaling dihargainya masuk ke dalam kereta.

"Kitorang ada plan nak pergi pulau esok.Kau nak join tak?" Natasha mempelawa.Laju Zayyan menganggukkan kepalanya.Memang tujuannya ingin meluangkan masa bersama the ladies.Alang-alang dah jumpa kan?

"Pukul 7 kau gerak hotel kitorang.Naik kereta kau yang mahal tu," Syafiqah pula memberi arahan sambil bibir menunjukkan ke arah Porsche milik Zayyan.Dah pemalas tu memang pemalas.

"Kau gile eh?Habes budak kerdil ni kau nak campak mana?" Jangan disangkakan jejaka handsome mulutnya juga turut manis wahai rakan-rakan. "Alah kau kan business man.Mesti lah banyak kereta mahal.Bolehlah Ayyan yang kacak idaman para wanita," rayu Syafiqah sambil membuat muka comelnya.

Zayyan hanya mengangguk pasrah lalu menutup pintu pemandu.Tangan dilambaikan sebelum kereta itu memecut laju meninggalkan dirinya.
"Perangai korang yang nilah buatkan aku faham apa erti persahabatan," bicara Zayyan sendirian sebelum mengukirkan senyuman.








Kelihatan 3 figura yang sedang bersuka-ria di atas bot yang menuju ke Tasik Dayang Bunting.

Bergurau senda serta gelak tawa yang menampakkan suasana begitu meriah.

"Ayyan kau tak nak try minah saleh tu?Caiyok tuu," keluar sudah idea nakal Natasha.Nasib jari tidak menunding ke arah minah saleh di hadapan mereka.Hanya mata sahaja memberi isyarat.
Syafiqah di sebelah sudah mengekek ketawa.Hampir sahaja dia tergolek masuk ke dalam tasik.

"Tak nak aku minah saleh.Taste aku elok-elok belaka menutupi aurat MashaAllah," Zayyan tersenyum bangga.Terus kedua ekor monyet itu meng'uuuu'kan jejaka tersebut.

Pilihan bukan main.Tapi tidak pelik pon kerana Zayyan sendiri datang dari keluarga yang kuat ilmu agamanya.

"Now we are here.So you are given an hour to tour and what so on here," ujar pemandu pelancong itu.Terus ketiga- tiga orang gila turun dari bot seperti orang mabuk.Padahal bukannya ada mabuk laut pon.Sengaja.

Kaki diaturkan menaik setiap tangga.Mereka mengambil keputusan untuk bermain paddle boat berbanding yang lain.Macam tak kenal kalau dah jenis selalu jalan memang semua benda sudah diterokanya.

Yang menjadi tukang kayuh sudah semestinya jejaka idaman malaya bersama gadis melayu terakhir.Siapa lagi kalau bukan Zayyan dan Syafiqah.Akibat kalah osom dengan Natasha habis terpaksa jadi tukang mengayuh.Natasha sudah bersenang lenang gaya datin sri sedang bercuti sambil merekod setiap detik mereka bersama.

"Laju lah sikit kayuhnya macam keru-keru jelah korang ni," saja Natasha menempah tiket untuk dicampak masuk ke dalam tasik.Makin perlahan kayuhan yang dilakukan.

Setelah puas main kayuh-kayuh mereka terus balik ke bot mereka semula.Walaupun masa masih banyak lagi terluang.

"Weh Ayyan kau datang kan kenduri aku?Kau tak datang sumpah aku cakap aku buang kau dari rada dunia," terselit ugutan di hujung katanya.

"Ya Sha aku datang..siap bawa hadiah ferari lagi.Tapi jangan berharap sangatlah yang ferari tu," gelabah Zayyan membetulkan ayatnya.Natasha ni jangan janji dengan dia.Memang sah dia tuntut.Natasha mencebik.

"Sha aku tak dapat datang tau majlis kau.Sorry dho tiba-tiba aku kena hantar pergi Sabah," kata Syafiqah yang dari tadi mendiamkan diri.Nampak raut wajahnya yang sedih tidak dapat melihat sahabatnya naik pelamin.Natasha hanya mengangguk faham walaupun dia agak kecewa.Tapi nak buat macam mana kalau dah berkawan dengan doktor pakar kan.

"Sorry tau Sha.Nanti aku belikan kau hadiah.Sehari sebelum akad nikah aku bagi," Syafiqah ingin memujuk kembali hati sahabatnya yang sedang kecewa itu.Terus meluas senyuman Natasha.Pantang dengar hadiah mesti terus berubah mood dia 180 darjah.

"Tapi siapa kau punya tunang?" Tanya Zayyan selepas drama pukul tujuh tamat sebentar tadi. "Haah lah weh siapa dho tunang kau?Aku tengok dia hari-hari juga bagi hadiah call apa semua," Tanya Syafiqah yang sudah lama tertanya-tanya siapakah jodoh sebenar Natasha ni.
Jawapan yang tersangatlah ringkas oleh Natasha.Angkat bahu.

"Seriously tak tau?Macam mana kau nak kahwin kalau tak tahu kau kahwin dengan siapa." Serentak Syafiqah dan Zayyan.Otak tiba-tiba berhubung.
"Macam tulah.Tapi Mak Ngah kata dia handsome lepastu baik," ujar Natasha walaupun dia juga tertanya-tanya.

"Haihlah jodoh..You always make me crazy to think who you are," kata hati Natasha.




















𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now