𝐁𝐀𝐁 8 𝐃𝐁𝐄

541 34 0
                                    

Setelah berhari-hari di Langkawi akhirnya mereka sampai juga di tempat asal mereka.

"Assalamualaikum Mak Ngah..Assalamualaikum Mak Ngahh.." ucap Natasha lalu pintu utama dibuka.Sunyi sepi. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

"Mak Ngah?Pak Ngah?Sha dah balik.." laung Sha lagi.Pelik juga bukannya dia tidak beritahu yang dia dah gerak balik.Kaki diaturkan ke dapur pula.

"Mak Ngah ohhh Mak Ngah!Mak Ngah dekat mana?" Laung Natasha sebaik sahaja berada di dapur.

"ADOIII"

Satu suara yang sangat familiar menjerit kesakitan di belakang rumah.Dengan gelabah Natasha berlari mengikut suara yang didengari.

"Ya Allah Mak Ngah!Okay tak?" Jerit Natasha kecil.Tubuh tua itu dipapah oleh Natasha.Nasib ada kerusi di luar terus Natasha membantu Puan Faiza duduk.

"Mak Ngah macam mana boleh terbaring dekat sana?" Tanya Natasha cemas.Nombor Syafiqah terus didail.Tidak lama panggilan itu pun terjawab.

"Wah kau!Punya lah pemalas.Bukannya aku dah gerak balik pon ada kat luar rumah lagi ni ha," sempat Syafiqah membebel.

"Tu tak penting sekarang ni pergi belakang rumah.Mak Ngah jatuh ni.Cepat cepat!" arah Natasha lalu panggilan dimatikan.Syafiqah terus berlari ke belakang rumah.

Termengah-mengah dia menghirup oksigen. "Kenapa ni Sha?" tanya Syafiqah setelah dapat bernafas secara normal semula.

"Mak Ngah tengah tanam pokok tu ha.Lepastu dengarlah Sha panggil Mak Ngah.Baru je bangun tersadung dengan batu.Tu yang terbaring tu," bukan Natasha yang menerangkan malah tuan badan sendiri.

"Ya ampun Mak Ngah.Bagi Piqah tengoklah mana tau ada benda serious ke..nanti susah pulak," Kata Syafiqah lalu melihat sekiranya ada sebarang luka pada tubuh tua itu.

"Kepala Mak Ngah tak terhantuk kan?" Tanya Syafiqah setelah melihat tiada luka yang serious.Puan Faiza hanya menggelengkan kepalanya sebab masa dia jatuh tadi pon tangannya sudah melindungi kepala dari terhentak.

Natasha dan Syafiqah menghelah nafas lega.

"Mak Ngah jangan macam tu lagi tau.Dah lah pintu depan tak berkunci.Bahaya tau tak?Lain kali kunci pintu kalau ada dekat belakang ke dekat dalam bilik ke...kalau boleh dekat ruang tamu pon kunci juga.Sekarang ni banyak tau kes samun rompak semua tu," marah Natasha risau kalau ada apa-apa perkara buruk terjadi.Mengalahkan ibu-ibu Natasha nasihat.

Puan Faiza tersenyum nipis. "Iyelah nanti Mak Ngah buat ya?Nak makan tak?Mak Ngah dah masak sup ketam,".

"Uish takkan lah tak nak.Piqah boleh makan sekali kan?" Dengan muka tidak tahu malu Syafiqah bertanya. "Boleh sayang.Jom makan," ajak Puan Faiza lalu masuk ke dalam rumah.Dua ekor monyet hanya membuntuti sahaja langkah Puan Faiza.

Cara mereka makan seperti tidak makan setahun. Tiba-tiba ada satu suara yang menyapa.

"Eh dah balik dah?" Siapa lagi kalau bukan Encik Azezzuddin kita. "Pak.Ngah." Natasha dan Syafiqah serentak.Mereka mengucup lembut tangan tua itu.Makin meriahlah jadinya.Semua benda diceritanya kecuali pasal Ershad sahaja yang Natasha tidak ceritakan.

Seusai makan tengah hari Syafiqah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. "Piqah balik dulu ya Mak Ngah..Pak Ngah," pamit Syafiqah lalu mengucup ke dua orang tua yang sudah dianggap seperti ibu bapa kandungnya sendiri.
"Bawa kereta elok-elok nanti kalau ada masa free datanglah rumah," sempat Puan Faiza menitipkan pesanan. "InshaAllah Mak Ngah.Bye Assalamualaikum," Syafiqah lalu melambaikan tangannya.

Akhirnya kereta itu menghilang dari pandangan mata.

❦︎❦︎❦︎

"Sha dah pack barang belum?Kita nak pergi New Zealand esok. Flight pukul 6.00 pag," jelas Puan Faiza kepada anak gadisnya. Natasha hanya menganggukkan kepala berkali-kali.Walaupun ini adalah kali yang entah ke berapa dirinya melancong ke luar negara tapi masih sahaja teruja seperti tidak pernah pergi.Dia pergi ke luar negara sebelum ini pon kerana mak ngah dan pak ngah dia yang ajak ikut.Kalau tidak memang tidaklah dia dapat pergi.Itupun dia pergi secara seludup jika tidak ingin ditetak oleh umminya.

𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now