•RIYANARA | 78•

Start from the beginning
                                    

"Aya, bangun darl. Semua orang tunggu Aya. Yan pun tak sabar nak jaga anak kita sama-sama," bicaranya perlahan.

Tidak lama kemudian, kelopak mata gadis itu perlahan-lahan terbuka. Segaris senyuman terlakar di bibir.

"Little baby." Gumam Riyyan sedikit gembira.

Aralyn memejamkan beberapa kali dek kerana silau dari cahaya lampu. Dia memandang suaminya yang berada di sebelah.

"A... Air." Gumam Aralyn perlahan.

Riyyan pantas mencapai jag air dan air tersebut dituang ke dalam cawan. Straw digunakan untuk menyuap Aralyn.

"Lagi?" Soalnya sebaik sahaja air itu habis. Aralyn membalas dengan gelengan.

"Yan tak kerja?" Soal gadis itu lemah.

"Macam mana Yan nak kerja kalau Aya tak sedar? Hati Yan tak tenang tau." Jawab lelaki itu.

Aralyn tersenyum nipis melihat suaminya cebik bibir.

"Baby kita selamat?"

Riyyan senyum manis seraya mengangguk. Telapak tangan Aralyn digenggam erat.

"Kita dapat baby boy. Comel sangat. Mummy cakap muka dia macam muka Yan kecik dulu. Tapi kening dengan bibir ikut mama dia." Maklum Riyyan teruja.

"Nak tengok." Ujar Aralyn.

Riyyan membantu gadis itu duduk bersandar di kepala katil terlebih dahulu. Dia melangkah ke arah bekas bayi yang terletak di sebelah kiri Aralyn. Bayi mereka diangkat perlahan-lahan dan dibawa ke katil.

"Mama." Panggil Riyyan.

Aralyn menyambut huluran lelaki itu. Dia menampung bayinya penuh berhati-hati. Wajah itu ditatap lama.

"Assalamualaikum anak mama. Siapa nama?" Soal Aralyn memandang Riyyan.

"Yan tak bagi lagi, tunggu Aya. Kita kan janji nak letak nama sama-sama." Senyuman terlakar di bibir.

"Yan fikir nama depan, Aya fikir nama belakang."

Riyyan melabuhkan punggung di sebelah Aralyn atas katil. Tangan kirinya diletakkan di pinggang Aralyn. Pipi bayi mereka diusap lembut.

"Macam mana kalau nama Rifqi?" Cadang Riyyan memandang Aralyn.

"Cantik. Hmm... Nama belakang nak letak apa eh?"

Bayi itu hanya memandang mama dan papanya silih berganti.

"Afif?"

Riyyan senyum manis. Dagu diletakkan di atas bahu Aralyn. "Tengku Rifqi Afif bin Tengku Riyyan Aqashah," sebutnya.

Aralyn mengangguk bersama senyuman. Dia mencuit pipi bayi itu. Riyyan merenung wajah gadis itu penuh kasih. Tubuh itu dipeluk dari tepi.

Niat Riyyan untuk mengatakan sesuatu terbantut apabila pintu wad itu diketuk dari luar. Kelihatan semua sahabat dan ahli keluarga mereka masuk ke dalam wad Aralyn.

"Kakak! Rindunya adik kat kakak!" Rhea memeluk kakak iparnya begitu erat.

Aralyn ketawa perlahan dengan reaksi gadis itu. Dia membalas pelukan Rhea sebaik sahaja Riyyan mengambil Rifqi darinya.

"Macam lah lama sangat akak tak sedar." Usik Aralyn.

Rhea mencebik bibir. Pelukan itu dieratkan lagi.

"Lama tak lama lah, sempat jugak suami adik tu jadi tak terurus. Padahal tiga hari je heh."

Riyyan membulat mata memandang Hayder.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now