" ASSALAMUALAIKUM GENG! "

Bam!

Pintu bilik muzik Straw Highschool di tendang kuat dari luar. Terpancul wajah kurang tampan milik Tengku Iqbal Aieman di balik pintu muzik itu.

Tak handsome konon. Kalau aku tak handsome takdenya budak-budak kat sekolah ni mintak nombor aku — Iqbal.

Peghasan.

" Uyowww abe Iqbal kita pun ponteng kelas lah! " Aqil dan Danish menutup mulutnya ala-ala terkejut dengan kedatangan sahabat mereka yang bangang lagikan buruk itu.

" Bawak bertendang sebelum saya tendang kamu semua." Ujar Iqbal sebelum melangkah masuk ke dalam bilik muzik dengan lagak yang penuh angkuh.

" Elemek jantan ni kang."

" Acah je."

Tanpa menghiraukan hinaan dari rakan-rakannya, tempat duduk di sebelah Harris diambil Iqbal. Tangannya di sangkut kan ke bahu Harris.

"Apahal kau pandang aku macam tu? " Soal Iqbal hairan. Pandangan tajam si pemilik mata kelabu itu di balas penuh berani.

Tak berani pun sebenarnya tapi acah je lebih.

Aqil dan Danish yang dari tadi menjadi pemerhati hanya menggeleng perlahan. Jantan tu lupa agaknya apa yang dah jadi.

" Kalau bodoh aku jumpa bodoh dia kan, mesti bodoh aku tu jealous." kerut kening Aqil di buatnya apabila mendengar bisikan Danish.

Buat apa bodoh dia nak jealous dengan bodoh kau kalau bodoh korang nak dekat sama je?

" Kau..."

Spontan pandangan mereka teralih pada Harris yang sedang menatap Iqbal dengan tajam.

Ah sudah.

" Kau apahal doe? Aku ada buat salah dengan... Ouh dah ingat." dengan pantas Iqbal bangun dari duduknya. Tanpa memandang ke arah Harris, laju saja tempat duduk di antara Aqil dan Danish di ambil.

Harris hanya memandang kelakuan Iqbal. Mata dinaik kan ke atas. Malas mahu melayan perangai rakan-rakannya.

Wajah tampannya di raup kasar. Sudah lah kepalanya pening memikirkan apa yang dia alamai sekarang ini.

" Nish, kau kan boleh di kategori kan sebagai playboy yang berjaya dekat sekolah ni. Cuba kau bagi Harris ni tips memujuk perempuan."

Cadangan dari Aqil membuatkan Danish menjadi tumpuan Harris. Anak mata hitam pekat itu di tatap tajam oleh Harris. Dia hanya diam menanti jawapan rakannya dengan penuh sabar.

Sabar lah konon. Dalam hati dah rasa nak sepak Danish kalau jejaka itu lambat beri dia jawapan.

" Erk... Hmmm cuba bagi dia bunga."

" Dah."

" Lepastu apa jadi?"

Harris hela nafas berat. Kepalanya yang berdenyut sakit itu di picit perlahan. " Dia ambil tapi still tak nak bercakap dengan aku."

" Coklat?" Sampuk Aqil pula.

" Benda yang sama berlaku."

" Dah tu tak payah lah bagi apa-apa." Iqbal tertawa suka. Entah lah, dia terhibur dengan kata-katanya sendiri.

Krik.

Krik.

Tiber lah mamat ni.

Mati tawa Iqbal apabila sedar dirinya direnung tajam oleh pemilik-pemilik mata di situ.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now