•RIYANARA | 76•

Start from the beginning
                                    

"Hi, lama tak jumpa kan? Sihat?" Soal gadis itu menyentakkan Aralyn.

Bukan kerana soalan, tapi kerana suara. Aralyn kenal suara itu. Walaupun tempoh masa mereka berkenalan terlalu singkat. Perlahan-lahan dia menoleh ke kanan.

Aralyn bagaikan terpana tatkala melihat wajah di hadapannya itu. Dia membulat mata memandang gadis itu.

"Hanin?"

"Aku mintak maaf, Husna,"

Aralyn terdiam seketika memandang wajah itu.

"Aku tahu aku banyak buat salah dengan kau. Tapi percayalah aku terpaksa buat semua tu. Aku memang cintakan Qashah, tapi apa yang aku buat dulu, bukanlah apa yang aku rancang dan aku terpaksa. Termasuk lah apa yang akan jadi pada kau harini, aku mintak maaf Husna." Bicara Hanin menimbulkan kerutan di dahi Aralyn.

Sebaik sahaja Hanin menghabiskan ayatnya, mulut Aralyn ditekup membuatkan gadis itu meronta seketika. Perlahan-lahan Aralyn berhenti meronta. Tubuhnya longlai dalam dakapan seseorang.

"Good job Hanin, good job. Such a good girl and a good friend for me. Let's go." Ujar gerangan yang sedang memegang Aralyn. Tidak menunggu lama mereka melangkah keluar dari tandas itu.

JAM di tangannya dipandang sekilas. Pandangan dialihkan memandang sekeliling. Lima belas berlalu, bayang Aralyn maish belum kelihatan. Hatinya gusar kalau terjadi apa-apa pada gadis itu.

Dia bingkas bangun dari kerusi dan melangkah ke tandas. Sampai sahaja dia di pintu tandas, mata Riyyan terbuntang tatkala melihat susuk tubuh pengawal peribadinya yang terbaring lesu di lantai.

"Faiq! Faiq bangun!"

Bahu lelaki bersut hitam itu digoncang. Tanpa menunggu, dia masuk ke dalam tandas itu. Dia menolak satu per satu pintu namun hampa, isterinya tetap tiada.

"Mana Husna?" Soalnya dingin.

"Tuan, saya mintak maaf. Saya tak dapat nak jaga Che puan." Tutur Faiq bernada kesal.

Mata Riyyan semakin membulat. "What?"

Faiq tunduk menekur lantai kerana takut untuk menatap wajah majikannya kini.

"I'll give you twenty-four hours to find her. I don't want to hear any excuse from your mouth and i only want my wife. Understand?" Tegas Riyyan dingin.

"Yes, sir." Sahut Faiq.

Riyyan melangkah meninggalkan tempat itu diikuti dengan Faiq. Telefon di dalam kocek seluar diambil sebelum nombor Ariez didail.

"Hello, Riez. Aku nak mintak tolong kau ni."

"Wo wo wo! Bro, rileks. Asal ni ha?" Soal Ariez di hujung talian tatkala mendengar nada cemas Riyyan.

"Rileks kau lah! Bini aku tak ada ni!"

Ariez di hujung sana berkerut muka. "Lah! Cari lah dalam tandas ke bawah katil ke dalam bilik-bilik lain ke halaman ke? Yang kau call aku ni kenapa?"

Riyyan yang mendengar mengetap bibir menahan bengang. Orang serius dia boleh main-main pulak, aku lah mamat ni.

"Eh, belacan! Bini aku kena culik lah majnun!"

"Wah! Ni mencarut halal version ke macam mana?"

Riyyan menarik nafas panjang berkali-kali. "Tengku Ariez Shakir bin Tengku Daniel Ashraf, boleh tak jangan main-main sekarang ni? Bini aku kena culik kau faham tak setan!" Suaranya naik seoktaf bersama dengan dada yang turun naik menahan amarah.

"Ouh kena cul... Eh! Apa? Kena culik? U... Una kena culik? Kau biar betul Qashah? Habis sekarang dia kat mana?" Soalnya gelabah.

"Kalau aku tahu, tak ada lah aku call kau sekarang ni bangau! Eee! Dah lah! Boleh hilang sabar aku cakap dengan kau ni. Heh!" Riyyan berura-ura untuk mematikan panggilan.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now