Talia ketawa. Terasa comel melihat Megat Raed begitu.

"Where to?"

"Here, here, here, here!" tunjuknya dari dahi turun ke pipi kanan dan kiri dan berakhir di bibir. Senyumannya melebar. Teruja!

"Banyaknya!" rungutnya. Talia tahan hati dengan muka yang membahang. Dahi dan pipi itu boleh lagi. Tapi yang terakhir tu... 3 kali fikir pun dia masih segan!

"Cepat! Before nurse datang panggil abang. Abang pejam mata." Megat Raed lantas menutup rapat. Senyumannya masih lagi tidak hilang, malah makin melebar apabila terasa wangian Talia dihidu dekat.

Mahu tidak mahu, Talia kuatkan hati. Kedua tangannya mula memeluk sedikit leher Megat Raed supaya separas dengannya. Dalam segan, dia lakukan juga. Dari dahi, pipi kanan dan kiri. Dia pandang bibir Megat Raed yang masih dengan senyuman. Cepat-cepat dia tekapkan disitu.

Belum sempat menarik, Megat Read lebih pantas memaut perlahan kepala Talia dengan sebelah tangan. Sebelah lagi memeluk pinggang si isteri. Seminit, dia melepaskan tautan dengan senyuman yang menampakkan susunan gigi yang teratur. Gembira!

"Abang main kotor!" tuduhnya. Mata naik melihat Megat Raed. bibirnya terjungkit sedikit apabila terpandang kesan itu. Terlekat sisa lipstick YSL yang Aliya belikan untuk dia. Dia keluarkan tisu basah yang selalu ada di dalam begnya.

"Lipstick Talia lekat pada bibir abang." Beritahunya sambil mengoles perlahan tisu di permukaan bibir Megat Raed.

"You too. Dah comot. Meh abang kemaskan." Tisu basah bertukar tangan. Dilap berhati-hati supaya tidak mencacatkan solekan wanita itu. Dia tersenyum apabila berpuas hati dengan hasil kerjanya.

"Abang hantar Talia sampai kereta jom."

Talia menggeleng. Bimbang Megat Raed tiada masa untuk sarapan pagi.

"Talia turun sendiri. Abang jangan lupa pula breakfast before jumpa patient. Jangan main mata dengan doktor perempuan, nurse or even your patient. Or else, tidur luar!" sempat dipesan itu kepada Megat Raed sehingga masing-masing ketawa.

"Bye abang!"

"Bye sweetheart. Hati-hati bawa kereta. Anything, call me."

TALIA perhatikan suasana tidak begitu ramai. Hanya sesetengah meja dipenuhi oleh remaja dan juga beberapa pelajar bersama laptop di meja. Menyiapkan tugasan universiti mungkin kerana nampak seperti sedang berbincang dengan raut masing-masing serius. Kemudian dia kalihkan kepala di laptopnya semula. Menyiapkan penyata untung rugi bagi bulan lepas.

"Hey, you perempuan yang I terlanggar 3 days ago kan?"

Kepala Talia kembali terangkat. Melihat susuk tubuh lelaki yang sedang berdiri memerhatinya dengan rasa tidak percaya. Kening berkerut memilikrakan wajah itu sebelum dia mengangguk.

"Ya. I remember you. You buat apa dekat sini?" tanya dia pula. Sekadar berbahasa. Tidak mahu memberikan perspektif negatif tentang dirinya pada lelaki itu. Imej perniagaan perlu dijaga.

"Oh.. I actually ada kerja dekat-dekat sini. Alang-alang lalu, teringat my mom pesan untuk I buat tempahan kek di sini." Jawab lelaki itu.

Talia hanya angguk kepala. "You boleh pergi di kaunter untuk drop your order. That girl yang tengah jaga kaunter tu, tell her. She will assist you." Beritahu Talia sambil menunjuk kearah Nasuha.

"You macam tahu je perkara macam ni. You kerja sini ke?"

"Nah.. let say I selalu ada di sini. So that I tahu everything." Selalu itu jawapan yang dia berikan kepada pelanggan. Berpura-pura menjadi pelanggan untuk dapatkan feedback bagi tujuan penambah baikan produk dan servis. Kalau pelanggan tetap atau pelanggan yang sering berkunjung, mesti dapat meneka siapa dia.

"Sembang punya sembang, lupa nak perkenalkan diri. I Naufal. Ahmad Naufal. Nice to meet you... Again," ujarnya bersama senyuman. Tangan dihulur. Matanya redupnya terus memandang Talia yang masih dengan senyuman. Sama seperti dulu, senyuman itu langsung tidak pernah lekang dari wajah Talia.

Talia hanya memandang tanpa ada rasa untuk menyambut.

"I'm..."

"Talia!" seruan seseorang membuatkan Talia terpaksa kalihkan kepala memerhati pintu café yang baru tertutup. Senyuman Talia melebar.

Senyuman itu membuatkan Naufal turut memandang arah yang sama. Dari wajah yang ceria, bertukar kosong sebelum membali manis berpaling kearah Talia. Tangannya jatuh kesisi semula

"You nampak busy. I pergi order dulu. Nice meeting you, Talia." Beritahu Naufal sebelum berlalu pergi. Matanya sesekali melihat Talia berbual dengan lelaki yang berada disamping gadis itu dalam gambar yang Naira kongsikan dulu. Suami Talia. Hujung bibirnya mula membentuk senyuman sinis.


150522

Shi

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now