cp 291

884 142 17
                                    

Seorang lelaki menangis terduduk di hadapan sebuah batu yang sederhana besar di hadapan matanya kini. Hatinya sedih dan sakit seakan dipukul oleh sembilu yang besar apabila mengenangkan kepergian adiknya, Cloe.

Gadis malang itu telah pergi meninggalkan dia dengan cara yang sungguh tragis. Dan yang menambahkan lagi luka di hatinya ialah mereka berdua tidak pernah berjumpa pun sebelum kematian Cloe menjemput.

Dia telah terjanji akan menjadikan Cloe sebagai puteri sah tetapi belum sempat semua itu terjadi, Cloe telah meninggalkan dirinya dahulu.

Hati yang pedih itu memang tidak dapat di tahan lagi. Kalau luka di hatinya dapat dilihat mungkin sudah kelihatan kehancuran hati itu sekarang. Darah yang menjaga hati mungkin sudah kering digantikan dengan air mata yang tidak henti keluar.

"Cloe, maafkan aku. Maafkan aku kerana terlambat..." ucap hati duka itu.

Kalau sahaja perang itu tidak berlanjutan dalam masa yang panjang mesti dia sempat selamatkan Cloe dan hentikan pengorbanan itu daripada berlaku. Tetapi apa yang terjadi adalah berbeza!

Walaupun perang sudah selesai tetapi dia telah lambat. Tiada lagi jiwa gadis itu di dunia ini. Dan apa yang dia janjikan tidak dapat dikotakan langsung.

Perasaannya yang tersirat di hati sungguh terasa. Dia bagaikan orang gila mengenang perasaan sedih, marah dan kecewa pada diri sendiri itu. Orang lain melihat dia sebagai seorang yang kuat dan bijaksana kerana berjaya menjadi raja selepas perang itu selesai tetapi apabila dia melihat diri sendiri, dia hanya merasakan perasaan kecewa.

Setiap kali dia melihat cermin, dia hanya boleh melihat muka seorang lelaki yang gagal menjaga satu-satunya keluarga yang dia sayang di dunia ini. Apa guna menjadi raja yang kuat tetapi gagal menjaga satu-satunya keluarga yang disayangi. Itu tidak ada beza dengan seorang pecundang dari medan perang.

Ya, itu benar. Dia hanya seorang pencundang dan lemah. Lelaki itu tiada kekuatan menjaga apa yang dia sayang sehingga perkara itu terlepas dari genggaman tangannya.

Mata yang mengalirkan permata basah tadi diangkat melihat batu yang terukir satu tulisan di atasnya. Tulisan itu adalah tulisan yang dia dan Cloe pernah diukir satu ketika dahulu atau lebih tepatnya ketika mereka masih kecil lagi.

Disebabkan mereka mempunyai hubungan yang sungguh rapat berbanding dengan ahli keluarga lain, mereka sering meluangkan waktu bersama dan dari situ munculkan batu bertulis ini.

Tempat ini mempunyai banyak memori bersama dan buktinya ialah batu ini yang tertulis impian mereka ketika masih kecil.

Tangan lelaki tadi mengusap permukaan kasar batu itu sambil membaca tulisan yang terukir itu. Tulisan itu menceritakan tentang janji mereka ketika kecil dahulu, dimana mereka tidak akan terpisah buat selamanya.

Untuk orang dewasa itu mungkin hanya janji manis sahaja tetapi baginya, itu adalah janji yang harus dua bawa sehingga kematian menjemput. Dan begitulah yang terjadi pada Cloe.

Dia dan Cloe sentiasa bersama tetapi apabila kematian menjemput Cloe, mereka berdua telah terpisah buat selamanya.

Mengenangkan janji itu, menambahkan lagi pilu di hatinya. Semakin besar parut luka yang tergores di hati yang kecil itu.

"Kenapa kau lakukan semua ini Cloe? Apa kau lakukan untuk selamatkan dunia? Kalau iya, kenapa kau harus korbankan diri? Bukankah kau sudah berjanji akan hidup bahagia sebelum pergi meninggalkan dunia ini, tetapi kenapa kau pergi dengan sungguh terseksa? Mana kebahagiaan yang kau mahukan?" Banyak persoalan diluahkan oleu lelaki itu.

Perasaan keseorangan itu membuat dia semakin menggila. Dia sudah mula bercakap sendiri dan kadang kala mula menyalahkan diri sendiri untuk sesuatu yang tidak pernah dia lakukan.

Irene: The Lost Witch 2 [✔️] Where stories live. Discover now