cp 258

976 138 17
                                    

"Demy."

Musang yang terapung di udara itu menoleh ke arah suara tadi lalu bergerak ke sana.

"Bagaimana?"

"Demy tak ada kesan apa-apa sihir pelik dari bilik itu," balasnya.

Nale mengeluh lalu dia mula berjalan keluar dari tempat itu. Demy yang melihat wajah tuannya yang tidak berapa baik itu, mula mengikutinya.

Sejak beberapa hari lepas, Nale ada arahkan Demy untuk mengemas kesan sihir yang terdapat di bilik rahsia kakaknya itu. Tetapi hasilnya hampa.

Lelaki itu yakin bahawa Irene ada menyorokkan sesuatu daripadanya. Kalau tidak, kenapa sikap kakaknya itu sungguh berubah. Bukan sahaja sikap malah rupa paras juga turun berubah seperti kulit yang semakin pucat dan lesu serta Irene sering terbatuk.

Kalau orang lain lihat Irene begitu, mereka akan ingat Irene hanya sakit biasa tetapi bukan untuk Nale. Lelaki itu sudah lama duduk bersama Irene dan sungguh kenal bagaimana Irene sebenarnya.

Dan disebabkan itu, dia yakin kakaknya ada sorokkan sesuatu. Semakin dekat perang besar akan berlaku semakin itu kakaknya seakan ada berbuat sesuatu di belakangnya.

Kalau terus begitu, dia takut kalau Irene berfikir untuk melakukan rancangan yang akan membahayakan diri sendiri. Irene sekarang sungguh sedih setelah kehilangan Norn dan Lexu, jadi Nale curiga kalah Irene akan lakukan penyerangan sendiri supaya kejadian lalu tidak berulang lagi.

Walaupun itu rancangan yang bagus untuk elakkan perkara sama berlaku tetapi itu sangat bahaya untuk Irene. Itu sangat bahaya untuk membuat penyerangan secara sendiri.

Nale sendiri tidak kisah pun kalau Irene ingin gunakan kekuatan Derainnya tetapi lihat dari situasi Irene sekarang, dia yakin Irene tidak akan lakukanya.

"Apa sudah jadi pada Irene?" Soal Demy.

Nale yang menaiki tangga itu berhenti tepat di sebelah sebuah tingkap yang boleh menampaknya kawasan hutan yang mengelilingi menara tersebut.

"Dia sakit ke?" Soal Demi lagi.

Sakit.

Itulah perkataan yang selalu bermain di fikiran Nale. Dia menjangka Irene sakit tetapi Irene tidak sekali pun berkata apa padanya apabila dia bertanya tentang kesihatan kakaknya itu.

"Mungkin juga," balas Nale.

"Sakit!" Demy terkejut.

"Kalau Irene sakit, kita mesti sembuhkan dia. Demy tak nak lihat dia sakit," musang itu mula bersedih.

Nale juga berasa begitu tetapi apakah daya, dia tidak tahu apa yang tidak kena dengan kakaknya itu. Kalau dia tahu apa yang sudah terjadi pada Irene, sudah pasti dia akan cuba tolong.

"Kita akan sembuhkan dia, tetapi sebelum itu kau jangan kata hal ini pada dia. Ini adalah rahsia kita sahaja," Nale mengusap lembut kepala Demy.

Demy yang bersedih itu mengangguk kepala lalu dia duduk di bahu Nale yang mula melangkah menaiki tangga menara itu kembali.

.
.
.
.
.

Tok! Tok!

"Masuk," kedengaran suara Kayden di bilik tersebut.

Pintu tadi terbuka lalu muncul seorang lelaki sambil membawa segulung kertas. Dia melangkah mendekati  Kayden yang duduk menatap peta di tengah bilik tersebut.

"Ada apa-apa laporan?" Soal Kayden.

"Patik baru mendapat laporan bahawa tentera kita sudah boleh memasuki wilayah seterusnya. Semua tentera berada dalam keadaan baik dan hanya tunggu arahan tuanku untuk teruskan perjalanan mereka," lapor lelaki tadi.

Irene: The Lost Witch 2 [✔️] Where stories live. Discover now