cp 253

929 140 10
                                    

"Yang Mulia," panggil seorang bangsawan secara gelabah apabila memasuki bilik tersebut.

Delroy yang duduk tenang di bilik itu hanya memandang lelaki itu sambil tertanya apa yang sudah terjadi.

"Yang Mulia, kita dalam bahaya sekarang," kata lelaki itu.

"Dalam bahaya? Kenapa?" Soal raja itu dengan tenang.

"Ke-kerajaan Croalia telah menghantar tentera untuk serang hedap wilayah selatan kita pada pagi tadi," tergagap lelaki itu berkata.

Delroy yang mendengar semua itu mula terkejut sehingga cawan air yang berada di tangannya terjatuh pecah ke lantai. Matanya terbeliak besar tidak percaya atas apa yang dia dengari.

"Croalia mula menyerang kita!"

"Ya dan sekarang wilayah di selatan sudah dikuasai oleh mereka. Pergerakan mereka yang secara tiba membuat para tentra kita tidak sempat untuk melawan," lapor lelaki itu.

Lidah Delroy terkelu tidak dapat mengatakan apa lagi. Dia memang tidak menjangka bahawa Croalia akan menyerang mereka. Sepatutnya mereka yang menyerang negara itu dahulu tetapi bagaimana negara itu boleh datang menyerang dahulu.

Dia tidak pernah mendapat apa-apa laporan tentang kedatangan tentera itu di mana-mana benteng negara. Kedatangan tentera Croalia yang menyerang itu seakan secara tiba ada tanpa mereka tahu jejak kehadiran tentera itu dari awal.

"Bagaimana mereka boleh tiba? Apa kau pasti semua penjaga benteng dan perbatasan sudah periksa kemasukan orang dari luar?"

"Patik pasti tuanku. Daripada laporan patik dapat, tentara itu datang seakan di telepotasikan sari Croalia terus ke wilayah tersebut. Tidak ada jejak langsung mereka melalui benteng mahupun perbatasan kita."

Bab!

Delroy terus menghentam mejanya kuat. Mendengar jawapan itu membuat dia sedar bahawa ini penyerangan itu bukanlah aslinya dari Croalia sahaja tetapi daripada seseorang yang kita kenal.

Siapa lagi kalau bukan Noir dan Irene. Dia ingat lagi bahawa salah seorang dari mereka mengusai teknik telepotasi dan tidak mustahil mereka punca penyerangan tersebut.

"Nampaknya budak itu sudah mula bergerak," marah Delroy sambil mengetap giginya.

Dia yakin sekarang Noir sedang bekerjasama dengan Croalia untuk menyerang negara ini. Kalau tidak, mana mungkin Croalia boleh tahu rancangan dia mahu mulakan perang terhadap negara itu.

Dan untuk elakkan penyerangan negara itu berlaku, Noir telah merancang bekerjasama dengan Craolia dan membuat Croalia menyerang dahulu. Lelaki itu memang mahu hancurkan segala rancangannya dari awal agar semuanya musnah lalu dia dapat memberontak pemerintah itu.

"Arahkan Duke Kylo untuk menghadap aku sekarang," arahnya.

Lelaki yang berada di hadapannya terus terdiam ketakutan. Dia mengetap bibirnya sambil satu tubuhnya bergetar kerana takut untuk mengatakan hal sebenar.

"Yang Mulia, sebenarnya Duke Kylo telah menghilang beberapa hari lepas bersama keluarga dia," perlahan suaranya mengatakan hal itu.

"Apa!" Sekali lagi Delroy terkejut.

Duke Kylo telah menghilang! Atau lebih tepatnya lelaki itu telah berkhianat pada dia dan menyokong Noir.

Mendengar hal itu membuat raja itu semakin marah. Dia mula membaling semua benda yang ada di atas meja itu untuk melepaskan marahnya.

Selama ini dia menjangka bahawa Kylo akan setia padanya tetapi kenyataan tidak. Pada saat genting ini, orang yang paling dia perlukan sudah berkhianat. Tambah lebih teruk, Kylo adalah penyihir agung menara kesucian.

Kalau dia berkhianat maka satu menara itu akan mengikuti jejaknya. Dia sudah tiada peluang untuk gunakan penyihir dari menara itu lagi kerana semuanya sudah mengikuti Kylo.

"Tak guna! Arahkan semua tentera bersedia untuk berperang pergi ke wilayah penyerang tadi. Dan hantar surat kepada bangsawan yang menjaga wilayah lain supaya tidak menyerahkan wilayah mereka kepada tentara Croalia. Kalau mereka serah, itu bermakna mereka adalah pengkhianat dan wajib dihukum mati serta-merta."

"Pa-patik menurut perintah, Yang Mulia!" Sahut lelaki itu sebelum berlari keluar dari bilik tersebut.

Delroy yang serabut memikirkan hal itu terduduk kembali di kerusinya. Matanya kini memang penuh dengan kemarahan kepada Noir. Sepatutnya dia bunuh Noir itu lebih awal sebelum semua ini terjadi.

Kalau sahaja Noir mati dari dulu maka dia tidak akan ada penghalang dan Irene mesti akan jatuh ke tangannya. Tetapi disebabkan lelaki itu, dia mesti menghadapi semua ini. Rancangan perangnya semua hancur begitu sahaja.

Nampaknya dia memang harus mulakan perang sekarang juga atau negara dan pemerintahan dia akan hancur.

"Nila, mana kau?" Dia memanggil iblis perempuan itu.

Kini dia memang mesti bersiap sedia untuk apa sahaja yang akan berlaku. Jadi sebab itu dia mesti minta pertolongan Nila atau lebih tepatnya dia mahukan kekuatan Nila .

Nila yang ada sepanjang masa di bilik itu mula memunculkan dirinya. Dia sebenarnya mahu mendengar perbualan Delroy untuk memastikan sesuatu tetapi dia tidak mahu diketahui oleh lelaki itu.

Iblis wanita memandang Delroy yang kelihatan sungguh marah tersebut. Mukanya memang merah mengenangkan apa yang sudah terjadi sekarang.

Walaupun dia tahu apa sebabnya tetapi dia tidak kisahkan hal itu kerana bukan masalah dia melainkan masalah lelaki itu sendiri yang tidak pandai berfikir seperti mana Noir lakukan.

"Bagaimana dengan budak tu?" Delroy menyoal tentang Vivian.

Nila terdiam sejenak sambil memikirkan jawapan apa yang patut dia berikan. Dia bukannya baik sangat untuk beritahu perkara sebenar. Dia juga ada rancangan lain untuk negara itu selain rancangan raja tersebut.

Kalau dia jujur sangat, raja itu akan ambil kesempatan ingin menjadi lebih tamak dan sudah semestinya dia tidak mahu semua itu berlaku.

"Baik," balas pendek Nila.

Delroy mengeluh pasrah lalu tatapan tajamnya ditujukan ke arah Nila. Dia mahu pastikan kepercayaan dia terhadap iblis itu

"Aku mahu kita mulakan perang sekarang juga. Aku tidak kisah bagaimana dia tetapi aku mahu dia ada dalam perang kali ini termasuklah kau."

Nila yang mendengar hal itu mula terdiam. Dia tahu perang akan datang tetapi dia tidak sangka akan secepat ini. Kalau perang itu sudah bermula, itu bermakna rancangan dia juga akan bermula.

Perang tersebut merupakan kunci utama kejayaan dia untuk membalas dendam ke atas negara ini. Tetapi sebelum itu dia mesti pastikan sesuatu dahulu.

"Kalau kau sudah kata begitu, maka aku tidak dapat membantah lagi. Tetapi ingat, sekali kau sudah mulakan maka pengakhirannya kau akan hadapi sendiri," balas Nila sambil tersenyum sinis.

"Aku tahu dan aku arahkan kau untuk bersedia melawan penyihir itu."

Setelah mendengar itu, sosok Nila terus menghilang dari pandangannya. Berurusan dengan iblis adalah pilihan yang betul bagi Delroy. Sekarang kekuatan iblis ada di pihak dia walaupun dia sebenarnya tidak tahu isi hati Nila yang penuh dendam terhadap negara itu.

Dan tanpa dia tahu juga semua yang dirancang olehnya adalah rancangan Nila dari awal untuk dapatkan apa yang iblis itu mahu.

Next aku akan dedahkan masa silam Nila sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Next aku akan dedahkan masa silam Nila sedikit.

Irene: The Lost Witch 2 [✔️] Where stories live. Discover now