BAB 30 | DENDAM CINTA 2

Start from the beginning
                                    

Shafqi turut sama mengangguk. Bersetuju penuh dengan omongan adiknya. Dia pun tak sangka Harraz seorang jenis yang cemburu buta. Heh, nak percaya macam mana lagi? Dari zaman mereka belajar Harraz dah mempunyai ciri-ciri cemburu tak tentu pasal. Kerana itu juga Shafqi tak berkenan dengan sikap Harraz.

"Habis tu, macam mana dengan rancangan kau nak dapatkan Harraz?" Shafqi pandang Nana sekilas. Tengok dari air wajah, adiknya macam dah tak kesah dengan Harraz. Takkan dah berputus asa kut?

Jongket bahu, kepala Nana tergeleng-geleng. Jujurnya, dia dah malas nak ambil kesah perihal Harraz. Ada sesuatu yang lebih menarik yang membuatkan dia lupa tentang lelaki itu.

"Entah. Malaslah nak ambil tahu pasal dia lagi. Adik dengan dia bukan ada kena mengena pun." Terjuih-juih bibir Nana. Air coklat yang tinggal separuh diteguk habis. Mata terus menghala ke arah televisyen. Tengok tv lagi bagus daripada duk sibuk jaga tepi kain orang lain.

"Lain macam ayat kau ni, dik?" Kening Shafqi ternaik sebelah.

Nana ketawa lepas. Dah agak, pasti Shafqi pelik dengan jawapannya. Bukan apa, Nana dah malas nak berebut seorang lelaki yang takkan membawa apa-apa kepentingan dalam hidupnya. Penat pun ya juga. Duk terhegeh-hegeh macam perempuan takde maruah. Nana mengaku dulu dia bodoh sebab terlalu ikutkan sangat kata hati untuk memiliki Harraz. Tapi sekarang tidak lagi.

"Lain macam apanya? Betullah, adik dengan dia bukan ada kena mengena pun. Buat apa adik nak terhegeh-hegeh kat si duda tu? Ceit, not my taste okay?" selar Nana. Dijeling menyampah ke arah abangnya.

Shafqi menjelir lidah. Nak terjeluak segala isi perutnya setelah mendengar omelan si adik. Acah macam orang baik pula, padahal si Nana nilah ketua segala setan. Kalau tak, takdenya sampai bercerai-berai Marissa dan Harraz.

"Not my taste konon. Dulu, jantan tu juga yang kau impikan untuk dijadikan igauan siang malam. Sekarang ni, dah lain pula? Kau dah nak mampus ke, dik?" Wah, tajam betul ayat Shafqi. Tak berlapik langsung. Takde kona-kona. Straight forward, senang.

"Sedap mengata nampak?" Nana mendengus.

"Mula-mula tu memanglah adik nak sangat dapatkan Harraz. Nak dia sorang aje jadi milik adik. Sampai adik sanggup buat apa saja asalkan Marissa pergi tinggalkan Harraz atau Harraz sendiri yang ceraikan Marissa. Yes, pelan adik berjaya. Mereka berpisah akhirnya. Dan rancangan adik selepas itu adalah untuk singkirkan Natalia pula." Nana hela nafas. Tiba-tiba ada rasa kesal dalam diri. Shafqi di sebelah dijeling sepintas lalu. Tekun abangnya ini mendengar.

"Tapi start Marissa dah pergi dari hidup Harraz, adik mula rasa tak tenang. Rasa bersalah dengan dia. Jujur lah eh, ada juga rasa kesian dekat Marissa tu. Yalah, dia takde buat apa pun kat adik, cuma adik yang berdendam dengan dia sampai sanggup bersekongkol dengan Natalia untuk hancurkan rumah tangga Marissa dan Harraz. Tapi nak tak nak, adik kena teruskan pelan adik untuk singkirkan Natalia pula. And my plan lagi sekali berjaya." Kekura jari-jemarinya dimainkan sendiri. Memang dia rasa bersalah dengan Marissa. Tapi itu tidak bermakna yang dia sukakan wanita itu.

Shafqi kekal senyap. Lebih selesa mendengar daripada menyampuk.

"Adik tahu, Harraz masih tak dapat lupakan Marissa. Even dia dengan Natalia pun, nama Marissa tak pernah lekang dia sebut. Hari-hari Marissa, Marissa, Marissa. Natalia yang cerita semua ni. Bila fikir-fikir balik, usaha adik nak buat Harraz bencikan Marissa macam sia-sia aje. Cinta Harraz terlalu mendalam untuk Marissa. Dan dari situ adik sedar, datanglah seramai mana pun perempuan dalam hidup Harraz, cuma Marissa yang dia mahukan. So, adik dah buat keputusan. Adik malas nak kejar Harraz lagi. Tak mahulah adik hidup dengan lelaki yang takkan pernah cintakan kita. Tengok ajelah nasib Natalia tu macam mana. Last-last kena buang juga." Panjang leteran Nana. Teringat pula dia pada Natalia. Apalah khabar wanita itu agaknya?

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now