Vivre yang mendengar ucapan tadi mengukirkan senyuman. Kadang kala aku tidak mahu berterima kasih dengannya tetapi aku tidak boleh menafikan bahawa kali ini dia banyak menolong aku. Jadi dengan perasan yang agak menyampah aku harus berterima kasih juga.

"Irene, keputusan yang kau buat adalah antara hidup dan mati kau. Jadi aku harap kau berjaya dalam keadaan kau selamat," Sariel berkata dengan wajah dinginnya.

Aku menatap muka tidak berperasaan itu. Walaupun hanya datar tetapi aku dapat lihat bahawa dia juga risaukan aku.

"Ya, kau mesti selamat. Aku masih mahu bermain dengan kau," Vivre pula berkata.

"Kau ingat aku ni budak-budak ke, nak ajak main-main ni?" Aku sedikit tertawa.

"Tidak salah jadi budak-budak untuk seketika. Budak-budak yang tak perlu tanggung beban hidup dan hanya berfikir untuk bersuka ria dengan rakan-rakannya."

Aku terdiam mendengar kata Vivre itu. Apa yang dia katakan sungguh berbeza dengan masa aku menjadi kanak-kanak dahulu. Aku tidak pernah aku kawan, jadi aku selalu kesunyian. Malah diumur yang baru mengenal dunia, aku sudah menanggung banyak beban dalam hidup aku.

"Kau mesti nak kehidupan begitu, bukan? Jadi aku harap kau selamat dan masih boleh bermain sama kami," Sariel tiba menyambung.

Mendengar itu membuat hati aku semakin hangat. Mulut aku mula mengukirkan senyuman. Kalau sahaja dulu, kami bertiga berjumpa lebih awal mungkin kami bertiga sudah menjadi kawan.

Kawan yang sentiasa menolong satu sama lain. Aku sangat ingin merasakan perasaan bagaimana memiliki seseorang yang kita boleh gelar sebagai sahabat sejati itu.

"Aku akan cuba tetapi tidak boleh janji aku akan selamat. Jadi selama ini aku akan berharap agar korang masih menunggu aku. Aku juga masih mahu bermain sama korang," balas aku sambil tersenyum.

Tidak salah rasanya untuk aku mula merasakan bagaimana memiliki sahabat. Mereka mungkin bukan manusia tetapi aku dapat rasakan bahawa hubungan aku bersama mereka boleh berubah daripada orang asing kepada sahabat.

Aku memang sangat berharap itu terjadi dan untuk menjayakannya aku akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin.

"Kami akan tunggu."

"Dan kami harap kau berjaya," ucap dua orang itu lalu terus menghilang di balik cahaya.

Aku hanya boleh tersenyum melihat kepergian dua dewa itu yang meninggalkan aku seorang diri di sini. Hilang sahaja sosok mereka berdua, tempat ini mula menjadi sunyi semula. Tidak ada lagi suara yang bergema.

Mata aku menatap air tasik yang berada di hadapan aku. Airnya kehilangan agak teruk kerana keadaan sihir di hutan ini tidak menentu. Sudah semestinya ini diakibatkan penyerangan kawalan menara sihir dahulu.

Sekarang hutan kegelapan ini mula menjadi seperti hutan kegelapan yang dulu. Pokok-pokok layu dan air tasik yang dulunya jernih menjadi sedikit hitam kekotoran.

Dalam aku menatap air tasik itu, aku melihat bayangan mata kiri aku yang tertutup oleh rambut ini. Dikeranakan aku tidak mahu ada orang tahu mata baru ini, aku menutupnya dengannya rambut aku seperti aku lakukan salama ini.

Sejujurnya aku sangat menyukai mata ini. Warna kuning emas dan memiliki anak mata panjang seakan mata kucing.

Dan bercakap tentang emas, aku baru teringat akan sesuatu. Tangan aku menyelok poket baju ini lalu mengeluarkan satu jam poket yang berwarna emas kehitaman. Jam ini adalah jam yang sangat berharga dan aku ingin berikan kepada seseorang sebelum aku pergi ke medan perang.

 Jam ini adalah jam yang sangat berharga dan aku ingin berikan kepada seseorang sebelum aku pergi ke medan perang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jari aku menekan satu pincu di atas penutup jam ini lalu ianya terbuka. Dapat aku lihat bahawa jarum jam ini berhenti tepat di angka 12.

Jam ini bukan rosak tetapi ianya hanya akan bergerak hanya ketika aku memberikan jam ini kepada orang itu dan hanya akan berhenti tepat ketika waktunya sudah tiba.

Ini mungkin bukan hadiah yang mahal tetapi ini boleh menjadi hadiah yang berharga buatnya. Hanya untuk dirinya buat selamanya.

"Harap dia menerima jam ini," ucap aku perlahan.

Seketika mata aku menatap jam tersebut, tiba mata aku menangkap satu abu putih turun mengena tangan ini. Kepala aku diangkat melihat ke langit dan lebih banyak abu putih yang turun.

Mulut aku mengukirkan senyuman melihat abu putih atau lebih tepatnya salji itu. Musim salji kali ini akan bermula dengan lebih cepat dan mungkin lebih sejuk daripada sebelum ini.

Nampaknya, salji pertama ini adalah bukti aku terhadap keputusan yang aku buat. Aku berharap agar musim salji ini, aku dapat melihat permandangan yang terindah sepanjang hidup aku. Hanya untuk kali ini bersama orang yang aku sayang.

Sejujurnya aku nak buat Sariel, Vivre dan Irene ni BFF sbb aku dapat lihat macam mana hubungan mereka tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejujurnya aku nak buat Sariel, Vivre dan Irene ni BFF sbb aku dapat lihat macam mana hubungan mereka tu. Aku tak pernah pun tgk Vivre ni sbg second male lead. Aku hanya tgk dia sbg seorang kawan yang gila kepada Irene.

Hubungan mereka lebih sesuai sbg kawan. Dan Sariel pula, disebabkan watak dia yang tsundere tu dan serius 24 jam tu, aku lihat dia sesuai kwn dengan Irene yang type jenis terus terang ni dan Vivre jenis yg tak pernah serius.

Bagi aku 3 orang ni memang sangat berpontesi untuk jadi kawan kalau mereka ada peluang. Apa pula pendapat korang?

Irene: The Lost Witch 2 [✔️] Where stories live. Discover now