"Daddy is sorry, okay? Maafkan lah daddy. Nanti mommy marah". Mata hijaunya merenung lembut kedua iris cantik milik Mecca itu.

"Hm, Mecca?". Caden cuba untuk memujuk anaknya itu lagi.

"Kalau Mecca maafkan daddy, nanti daddy bawa Mecca pergi ziarah kubur mommy. Nak tak?". Dia cuba untuk 'menyogok' anaknya itu pula.

Sebenarnya dah beberapa kali Mecca mengajaknya untuk melawat kubur arwah Jasmine. Tapi, oleh kerana terlalu sibuk dan tidak mahu terlihat lemah di hadapan anaknya sendiri, Caden selalu sahaja menolak. Dia tahu yang dia tak akan cukup kuat untuk menahan tangisnya.

"Betul ni? Daddy isn't lying?".

"No. Kalini betul. Kita pergu esok, okay? Dengan syarat, Mecca jangan lah marahkan daddy lagi. Please?".

"Hm... Okay! Maafkan Mecca juga. Mecca degil. Mesti mommy marahkan Mecca kan?". Dia tertunduk apabila teringatkan ketika mana dia memarahi ayahnya sebentar tadi.

"No, Mecca. Mommy will never be mad at you. She loves you more than anything. Trust me". Kepala anak itu yang berambut agak gebu, diusap. Sungguh dia sayang akan permata berharganya ini.

"Hehe, Mecca tahu! Mecca sayang mommy!".

"Daddy? Mecca tak sayang daddy ke?". Caden buat-buat muka sedih seposennya yang tak berapa nak menjadi tu untuk meraih simpati si kecil.

"Sayang la!". Terus kedua tangannya memeluk kemas si ayah.

"Daddy pun sayangkan Mecca".

🦋

"YOW MECCA! Lama betul tak jumpa kau". Lee menyiku-nyiku lembut bahu anak kecil yang sedang fokus membaca sebuah buku itu.

"Lee, cuba behave sikit. Dah tua, masih tak reti-reti lagi?". Ha kan dah kena sound setepek dengan Melvin tu. Siapa suruh perangai macam budak-budak lagi? Padahal umur dah 32 tahun.

"Entahnya Lee. Mecca tu masih budak". Tegur Alisa yang berada di samping Melvin pula. Makin fasih dan lancar Bahasa Melayu Alisa, ya? Bagus bagus. Ini yang kita mahukan.

By the way, Melvin dan Alisa sudah melangsungkan majlis perkahwinan mereka 3 tahun yang lepas. Jadi, kiranya dan 3 tahun mereka berdua berkahwin. Allhamdulillah, bahagia.

Soal cahaya mata?

Masih lagi tiada rezeki. Nanti ada la tu. Dah! Jangan nak jadi makcik bawang hal orang lain. Behave! Jangan jadi macam Lee.

Asyik-asyik Lee yang kena kecam. Kesian...

"Yela-yela. Mecca, uncle minta maaf tau. Tengok la aku ni. Aku ni dah la rindu giler dekat kau. Letak lah dulu buku kau tu". Lee merengek-rengek di samping Mecca yang sibuk membaca itu. Dah macam tertukar perwatakan pula lagaknya. Siapa budak 5 tahun sekarang ni?

"Another 5 minutes and I'll be done. Nanti daddy marah, Mecca tak habis baca". Memang itu rutin sehari-hari Mecca. Membaca sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Bukan dia dipaksa tau, tapi Mecca ni memang suka membaca. Jangan salah faham pula!

"Amboi kau! Dengan aku pun speaking?". Lee yang tadinya berbaring tergolek di hadapan Mecca, kini duduk tegak sambil bercekak pinggangnya.

"Mecca memang cakap macam tu dengan semua orang. Takde apa yang pelik pun". Mecca melihat wajah Lee sekali, menggunakan ekor matanya.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now