69- The Very Last Kiss (finale)

Börja om från början
                                    

"Alisa lost her one and only girl bestfriend". Ujar Melvin.

"Alisa dah tahu ke?". Tanya mereka berdua.

"Belum. Aku tak nak bagitahu lagi sebab nanti dia akan datang terus ke Malaysia. Dia tengah demam sekarang ni". Ternyata, dia merisaui wanita itu.

"Oh...".

"Dah la, jom balik. We need to settle few more things with the hospital. Kena pergi melawat baby Caden juga". Ajak Alex.

"Jom".

"Alright, come on".

Dan mereka pun melangkah pergi menjauhi perkarangan rumah banglo milik Encik Nazman itu.

🦋

"ASSALAMUALAIKUM, bidadari saya. Saya minta maaf sebab dah gagal untuk lindungi awak". For the first time, he spoke using different pronouns. 'Saya-Awak'.

"Saya minta maaf sebab gagal jadi suami yang baik. Saya minta maaf sebab gagal selamatkan anak kita yang satu lagi. Saya minta maaf atas segalanya. Saya cintakan awak, Nazia. Sampai bila-bila pun, tempat awak sebagai bidadari di hati saya takkan terganti. Saya harap awak dapat dengar segala bait bicara saya ni. Terima kasih untuk kasih sayang yang sempat awak pinjam kan walau sekejap, Nazia. Terima kasih". Titik. Dia mengakhiri kata-katanya.

Dan buat terakhir kalinya, dia bersama-sama air mata yang masih bercucuran, dia melabuhkan bibirnya dengan penuh kelembutan ke dahi Jasmine. Dahi jenazah itu dicium dengan penuh kasih buat terakhir kalinya.

The very last kiss.

"Я люблю тебя всем сердцем (i love you with all of my heart".

Ciuman akhirnya dilepaskan dan dengan rela hati, dia menutup semula wajah jenazah di hadapannya itu dengan kain kapan. Dibantu oleh beberapa lagi orang makcik yang ada di sekitar situ.

"Sayf, mari balik. Biar babah yang hantar". Encik Nazman menepuk bahu Caden sekali. Mengajaknya untuk pulang.

Risau juga dia apabila melihat keadaan Caden yang masih lagi tidak bermaya itu. Sana-sini berbalut. Sana-sini terlihat kesan tompokan darah dan ubat luka bewarna kuning cair.

"Tak, Sayf nak bawa jenazah ke kubur". Caden enggan. Dia tetap berkeras ingin membawa jenazah ke tanah perkuburan Islam yang sudah ditetapkan.

"Sayf, kau balik lah dulu. Kau masih belum sihat lagi ni". Nazrien pula cuba untuk memujuk lelaki berusia 30 tahun itu. Payah juga ya nak makan dipujuk si lelaki ini.

"Tapi Nazia...".

"Kau balik dulu, okay? Esok kau datang melawat lagi. Aku teman kau". Tawar Nazrien. Berharap agar adik iparnya itu bersetuju. Tidak la adik sangat sebenarnya sebab mereka ini sama umur.

"Hm".

🦋

"COMEL giler anak kau, Gil. Geram pula aku tengok". Lee menggosok-gosok halus kaca yang memisahkan pelawat dan kawasan dalaman wad bayi pramatang itu.

Caden hanya tersenyum nipis memandang satu-satunya bayi nya yang kulitnya masih bewarna merah jambu itu.

Seminggu berlalu semenjak kejadian yang begitu menyayat hatinya itu. Dan sudah semestinya dia masih lagi sedang bersedih.

Minggu lepas lagi teruk. Tak nak makan. Tak nak minum. Tak nak mandi. Tak nak keluar rumah. Tak nak bercakap dengan sesiapa pun. Senang cerita, semua la tak nak.

Minggu ni pun nasib baik lah Melvin mendapat idea bernas untuk mengajak Caden melawat anaknya. Biasanya, mereka bertiga sahaja yang pergi. Alex, Lee dan Melvin. Tetapi harini, mereka berempat.

"Haah kan? Geram je aku tengok. Bila boleh keluar ni, Gil?". Alex menyoal.

"Lagi seminggu, kalau takde apa-apa komplikasi yang lain. Boleh lah korang main puas-puas dengan Mecca nanti". Dia tersenyum lagi apabila nama anaknya itu meniti di bibirnya sendiri. Matanya tidak lepas memandang ke arah si bayi.

"Mecca?". Soal mereka bertiga, keliru.

"Sayf Ayden Mecca bin Sayf Muhammad Maleeq. Itu nama panjang anak aku".

"Woaw, bapak cool! Sama macam bapak dia!". Lee menyiku-nyiku bahu Caden. Terlampau teruja setelah buat pertama kalinya mendengar nama bayi comel itu.

"Nazia yang pilih. 'Ayden' tu katanya dia pilih sebab ada bunyi yang sama dengan nama arwah Aidan. Dia pilih nama yang dekat bunyinya dengan nama arwah Aidan untuk dia sentiasa ingat yang Aidan lah yang berkorban nyawa untuk menjaga dia dahulu". Caden menerangkan.

"Kau tak kisah?". Lee bertanya. Mendapat ketukan kepala daripada Melvin.

"Aduh!".

"Apa kau tanya macam tu!?". Marah Melvin. Isu sensitif kut.

"Mana la aku tahu".

"Encik, boleh tolong diam sikit tak? Banyak bayi sedang tidur tu. Kalau rasa mulut tu tak boleh nak tutup, boleh berambus". Seorang jururawat muda bertudung tiba-tiba sahaja mendekati Lee dan menyemburnya, pedas.

"Kau ni siapa nak sound-sound aku? Ingat hospital ni bapak kau punya ke?".

"Haah, memang bapak saya punya. Kenalkan, nama saya Cik Intan Az Zahra bin Tan Sri Zahid. Tan Sri Zahid, pemilik hospital ini". Dia mengangkat tinggi-tinggi ID pekerjanya ke hadapan muka Lee.

"Kau--".

"Lee, nak gaduh, gaduh dekat luar". Pesan Melvin.

"Entah, dah la gaduh dengan perempuan. Nurse pula tu". Alex cuba menahan tawa.

"Diam ah kau!".

Caden hanya tersenyum senipis yang boleh. Cuba untuk menutup kesedihannya dengan menatap wajah si bayi.

THE END

SAYF MALEEQ ||©Där berättelser lever. Upptäck nu