32

1.1K 81 7
                                    

“MAAF, I ganggu you dengan isteri you ke?" tanya Susan. Nisa menggeleng lalu melempar senyum. Susan ada hubungi Aidan, kebetulan pula hari ini Aidan mahu mengajak Nisa berjalan-jalan sebentar. Mahu pergi shopping barang baby lah katakan.

"Seriously I tak ganggu? Manalah tahu, you ada benda nak dibuat. Kan?" Susan tertawa kecil. Aidan menghembuskan nafas, dia pegang erat tangan Nisa di sebelah. Hal itu tentulah disaksikan Susan di hadapan matanya. Sedikit bergetar hati dia dengan rasa cemburu.

"Ada apa yang you nak cakap, Susan?" tanya Aidan. Dia tidak mahu berlama-lama. Dia sudah berjanji dengan Nisa untuk bawa Nisa membeli barang-barang bayi mereka yang bakal lahir. Sebenarnya, Aidan merasa terganggu bila Susan menghubungi dia.

"I sebenarnya nak cakap pasal kerja, Aidan. Tentulah sebab kerja, kan? I ni mana pernah nak jumpa you semata-mata nak jumpa biasa. Of course it is something about work and I know you will like this."

Aidan hanya mendengar.

"Ada new collaboration dekat London. I nak you yang jadi main model sebab dia orang tengah cari best male model untuk show dekat sana." Susan memberitahu dengan wajah cerianya. Begitu gembira bila ada collab baharu datang dari London. Susan tidak akan biarkan lagi Aidan Naufal lepaskan peluang ini.

"I'm sorry but I can not accept this," tutur Aidan. Susan sedikit terkejut. Sekali lagi Aidan hendak melepas peluang. Biar betul?

"Are you being serious right now, Aidan?" tanya Susan.

"Well, of course I am. I said I don't want it. So, it's done here." Aidan bangun dari duduk. Dia menarik sekali dengan Nisa. Nisa sekadar akur. Dia faham ada sesuatu di antara mereka berdua.

"Nanti, Aidan. Kita tak habis bincang lagi." Susan menghentikan mereka. Dia pandang Nisa, kemudian dia pandang pula Aidan, "I ni banyak sangat habiskan masa I untuk buat collab dengan dia orang just to make sure you dapat peluang untuk kembangkan karier you."

"Susan, I really appreciate it but I don't want it."

Susan menghelakan nafas. Dia sudah hilang kesabaran dan dia tidak akan mengawal lagi emosi dia. Dia tidak tahan dengan jawapan Aidan yang asyik menolak segala tawaran besar yang dibagi kepada Aidan.

"I betul tak faham dengan you, Aidan. You sendiri cakap you suka dengan kerja you sebagai model. Sekarang apa? You sanggup tolak semua tawaran besar. What is wrong with you?" Susan makin meninggikan nada suara.

"Nothing is wrong with me, Susan. I cuma nak fokus dengan isteri I sekarang. My wife is pregnant and I need to give more attention to my wife. I hope you understand that."

Susan bengang dengan jawapan Aidan. Asyik-asyik dengan isteri dia sahaja!

"You jangan melampau sangat boleh tak? I faham lah tanggungjawab you macam mana sebagai seorang suami but you can't do this, Aidan!" Susan mulai meninggikan suara.

"Isteri you ini tak penting berbanding dengan kerja you!" perkataan 'isteri dan tak penting' itu menusuk ke pendengaran Aidan. Dia pula yang sekarang naik bengang.

"Watch your word. Isteri aku ini lebih berharga dari kerja aku. Aku tak kisah pun kalau aku kehilangan kerja aku. You listen here, carefully. My wife is my priority." Aidan berterus-terang dengan Susan.

"Mulai daripada hari ini, tidak akan ada lagi nama Aidan Naufal dekat syarikat ini. Aku berhenti dan aku tak akan masuk lagi dunia model. I am done here and that's it." Aidan menarik tangan Nisa, dibawa Nisa keluar dari situ.

Susan ditinggalkan dengan tempelak dari Aidan. Kali ini, baru kali ini dia ditengking dengan Aidan. Selama mereka kenal, Aidan tidak pernah nak naikkan suara dengan dia. Tetapi kali ini, segalanya berubah. Susan merasa malu dengan dirinya sendiri. Dia terduduk lemah ke atas kerusi.

Dia yang terlalu berharap untuk Aidan memandangi dia. Walhal, Aidan Naufal sampai bila pun tidak akan pernah sukakan dia. Susan sepatutnya sedar akan hal ini sejak dulu lagi. Sekarang, ia sudah terlambat. Dia yang bersalah, dia akui itu.

— Nisa mendiamkan diri. Dia pun terkejut bila Aidan berani untuk menengking seniornya sendiri tadi. Nisa merasa kasihan dengan Susan. Walaupun, Nisa sudah direndahkan oleh Susan tetapi Nisa tetap mengasihani Susan.

"Aku minta maaf sebab aku terpaksa libatkan kau dalam hal ini." Aidan memberitahu, nada suaranya bertukar perlahan. Ini baru saja Nisa sedar. Aidan akan berbicara lembut, ketika dia bersama dengan Nisa.

"Awak... awak betul kah nak berhenti kerja?"

Aidan senyum tipis. Tipulah kalau dia cakap dia sudah tidak suka dengan permodelan, tetapi dia merasa berang bila ada orang yang berani nak mengetepikan isteti dia. Aidan sanggup berhenti daripada terus-menerus bekerja di tempat tersebut. Bukannya selama ini dia tidak tahu, Susan itu sengaja menggunakan dia untuk kepentingan populariti semata-mata. Aidan tahu bagaimana perasaan Susan. Suka? Itu dusta belaka.

"Saya minta maaf kalau saya yang buat awak berhenti kerja. Kalau awak nak... saya boleh tolong pujuk Susan untuk tak berhentikan awak." Nisa pula yang merasa bersalah.

"Tak perlu pun, Nisa. Aku dah buat keputusan untuk berhenti. Kau tak perlu nak rasa bersalah. Kau tak ada salah apa pun." Aidan mengusap kepala Nisa. Dia jujur kepada Nisa. Memang Nisa tidak bersalah dan Nisa tidak ada kena-mengena dengan hal ini.

,

,

,

———next chapter———

“Selamat malam, isteriku, Nisa Sharifah.”

SWEET BLUE ✅️Where stories live. Discover now