07

1.1K 90 8
                                    

          NISA SHARIFAH menggosok mata. Jam pada dinding dia pandang. Sudah pukul 8:40 pagi. Dia menggaru kepala. Keberadaan si suami dicari. Awal pagi lagi sudah hilang. Tak bagitahu pun ke mana. Tak akan lah dia ke kerja?

"Hah, Nisa. Cari apa itu?" Puan Nadia menyoal. Dia mendekati Nisa.

"Ibu.... Suami Nisa, mana? Awal pagi tak nampak pun dia. Dia pergi kerja ke?" Nisa menguap.

"Mana ada pergi ke kerja. Abah kamu itu bawa dia pergi joging. Kamu pun tahu kan abah macam mana. Awal-awal pagi begini mestilah keluar joging. Dah ada menantu dekat rumah, itu yang abah bawa sekali."

"Ohh...." Nisa angguk-angguk. Ingatkan suami dia pergi kerja tadi. Sikit lagi nak nangis. Kuat sangat nak overthinking dia ini. Baru keluar joging. Kalau keluar pergi kerja macam mana pula? Tak akan nak meragam? Allah! Berperangai!

"Yang kamu lewat bangun kenapa?"

"Nisa mengantuk sangat. Semalam tak dapat tidur sebab tak biasa sekatil dengan lelaki." Nisa tersipu malu. Ceh. Perangai!

Puan Nadia membuat muka, "Tak biasa.... Selalu elok saja berangan nak bersuami kan? Sekarang dah ada suami malu-malu pula." kepala digeleng.

"Iyalah, ibu. Nisa pun tak kenal dengan Aidan lagi. Dia nak bercakap pun susah. Macam mana tak malunya? Nanti dia cakap Nisa ni tergedik-gedik pula..." keluh dihembus.

Puan Nadia menepuk tangan Nisa, "Kalau dah kahwin tak ada masalah pun dengan gedik itu. Selagi dia suami, hah, bergedik lah puas-puas. Jangan bergedik dengan yang bukan suami sudah lah. Tahu juga mana halal dan haram kan?"

Nisa angguk. Dia tahu. Memang patut pun isteri menggedik dengan suami. Dah halal dah pun. Apa lah yang nak malu. Suami itu diam-diam suka sebenarnya. Dia pun saja tak nak mula langkah. Kalau begitu, perempuan kena mula langkah dulu. Itu suami dengan isteri. Kalau dengan kekasih haram kau itu memang haram lah jadinya.

Ingat.... Maruah kena jaga. Jangan anggap maruah itu tiada harga. Lelaki dan perempuan, kena sama-sama jaga maruah. Jangan jadi murah sangat gadai maruah demi cinta yang tak halal. Nak tahu cinta halal atau tidak, cinta selepas nikah. Itu lah dia cinta yang sebenar. Yang tengah couple macam mana? Dialu-alukan putus.

Ingat ni.... Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.

{Al-Isra': 32}

"Mari sini." ibu menarik tangan Nisa.

"Nak ke mana ni, ibu?"

"Ibu nak bagitahu kamu cara-cara pikat hati suami. Ini berguna tau untuk kamu. Kena sentiasa buat suami jatuh cinta. Tak kira lah dah berapa tahun pun kahwin." Puan Nadia memberikan Nisa buku kecil dan pen.

"Kena salin?" Nisa berkerut.

"Iyalah. Nak ke tak nak suami terus jatuh cinta dengan kamu? Kalau nak... baik catat. Kena buat. Jangan catat-catat tapi tak buat. Sia-sia saja."

Nisa angguk. Cepat-cepat dia ikat sanggul rambutnya. Dia sudah bersiap-siap untuk mencatat. Berguna ni. Kalau nak, salin cepat. Tak dicopy dari google. Tapi dari pengetahuan. Ceh!

"Pertama sekali, kena masak. Bila suami pulang, kita sebagai isteri kena sediakan lauk yang sedap-sedap untuk suami."

"Yang kedua, berwangi-wangian. Ini bukan setakat dapat pikat suami saja tau. Suami pun akan sentiasa teringat isteri."

"Ketiga.... pakai baju yang seksi sikit."

Nisa tertawa kecil.

"Kenapa kamu ketawa pula? Ibu cakap betul ni. Kamu ingat apa? Ibu pun macam itu tau. Baru lah suami pun cepat-cepat nak balik rumah. Tak ada lah nak duduk dekat luar lama-lama. Catat!" marah Puan Nadia. Orang serius, dia main-main pula.

"Yang keempat, kena jaga badan. Jaga pemakanan. Yang ini bukan isteri saja kena buat tapi suami pun sama juga." Nisa mengangguk-angguk. Tangannya mencatat terus ke buku kecil.

"Yang kelima, berdandan atau kita biasa sebut bercantik-cantik. Pakai lah make-up. Tak pakai make-up pun tak apa. Yang penting muka itu pandai nak bersihkan. Badan pun pastikan bersih juga."

"Dan yang terakhir, layanan mesra. Suami ni sebenarnya suka bila isteri manjakan dia. Tapi lelaki saja tak cakap. Katanya malu."

Nisa angguk lagi. Semuanya dia sudah catat. Nampaknya banyak benda yang dia tidak tahu. Yalah. Ini kali pertama dia nak ambil berat dengan benda begini. Selama ini tahu berangan saja lah.

"Hah, lepas ini ibu nak kongsi pula cara untuk kekalkan hubungan."

"Ada lagi?" Nisa memuncung bibir. Dia fikir sudah habis.

"Memanglah ada lagi. Jangan banyak songeh. Semua ini ilmu tau! Rugi kalau tak ambil."

,

ENCIK SHAHROL memberi botol air mineral pada Aidan. Aidan lap peluh dengan bajunya kemudian dia menyambut botol itu. Encik Shahrol duduk di sebelah Aidan.

"Abah nak cakap sikit pasal Nisa." Encik Shahrol membuka cerita. Aidan menutup botol air lalu dia meletakkan di tepi. Dia sedia mendengar.

"Abah sayangkan anak perempuan abah itu. Abah serahkan dia pada kamu bermakna abah dah letak kepercayaan pada kamu. Tolong jaga anak abah itu elok-elok. Dia satu-satunya anak perempuan kami."

Aidan hanya mendengar. Kepala ditunduk. Encik Shahrol hembus nafas. Dia perhatikan persekitaran taman yang kosong. Banyak hal yang dia mahu katakan tentang Nisa kepada Aidan.

"Kalau lah ada pergaduhan besar antara kamu berdua, jangan sesekali naik tangan. Abah tak pernah nak naik tangan pada Nisa. Kalau dia buat salah, tegur baik-baik. Lagi satu, jangan menengking. Walaupun dia dah tinggikan suara, kita sebagai lelaki jangan ikut dia tinggikan suara. Bahagian ini selalu saja lelaki terlepas. Kena ingat tau. Perempuan ini sensitif. Hati mereka mudah rapuh. Ambil berat dengan benda ini, Aidan."

Encik Shahrol menepuk bahu Aidan, "Wanita sifatnya suka dibelai, disayang. Mereka garang, mereka kuat membebel tapi ketahuilah, mereka lebih peka daripada lelaki. Apatah lagi dengan perasaan. Allah ciptakan wanita dari tulang rusuk seorang lelaki sebagai peneman, sebagai pendamping."

"Lagi satu abah nak nasihatkan. Bantu isteri buat kerja rumah. Tanggungjawab suami bukan saja kerja mencari nafkah dan memberi nafkah pada anak dan isteri tau. Kerja-kerja rumah sebenarnya tanggungjawab kita. Jangan biar isteri buat kerja rumah seorang diri. Bantu dia. Isteri bukan orang gaji." Encik Shahrol senyum.

,

,

,

———next chapter———

“Memang kena tutup ke kalau tak siap?” kening dijongket.

SWEET BLUE ✅️Where stories live. Discover now