22

986 84 4
                                    

               AIDAN pandang Nisa. Isteri dia masih lena dibuai mimpi. Perlahan katil didekati Aidan. Dia duduk di sebelah Nisa. Takut pula dia akan kehadirannya di sebelah akan mengejutkan Nisa, tetapi memang itu niatnya!

"Nisa, bangun. Dah masuk waktu." Aidan mengejutkan Nisa.

Nisa tidak sedarkan diri lagi. Masih di alam mimpi. Indah sangat mimpi dia, mimpikan pasal suami sendiri. Aduhai, sampai terbawa-bawa dalam mimpi pula! Jeles!

Aidan tersenyum melihat bibir Nisa yang tiba-tiba menguntum senyum. Entah apa saja yang dimimpikan Nisa. Nampaknya, indah benar ya. Aidan ingin tahu!

Ah, bukan soal mimpi Nisa yang dia mahu sibukkan. Dia terlupa dia perlu kejutkan Nisa untuk solat. Pantas dia menggeleng. Pabo!

Aidan membungkuk sedikit, "Nisa... bangun." diucapnya lembut di telinga Nisa.

Masih tidak ada tanda-tanda untuk Nisa bangun. Nampaknya, Aidan kena guna cara yang lembut lagi. Go handsome Aidan!

Aidan semakin dekat ke telinga Nisa. Biarlah deruan nafasnya turut terdengar. Itu yang bagus. Tentu cepat saja Nisa mahu bangun. Aiyo!

"Nisa Sharifah binti Shahrol, bangun..."

Kali ini barulah terlihat respon daripada Nisa. Dia membuka kelopak mata, wajah Aidan dia lihat pertama, senyum pun makin lebar dia larikkan.

"Selamat pagi, Aidan Naufal!" ucap Nisa. Amboi, bukan main semangat lagi.

"Iya, selamat pagi. Dah. Kau bangun sekarang. Subuh dah masuk waktu tau. Pergi sekarang." Aidan bangun dari duduknya.

"Bagi lah satu kiss good morning, awaknya!" pinta Nisa. Aidan balas gelengan.

"Aku dah ambil wudhu. Kau pergi cepat. Nanti lambat kita solat tau."

"Iyalah...." hampa bunyi nada Nisa.

Aidan menggeleng. Ada-ada saja karenahnya, tetapi karenah itu lah yang mencuit-cuit hati seorang Aidan Naufal. Comey!

— Setelah selesai melaksanakan solat subuh, Nisa terus saja kembali berbaring di atas katil. Jadinya, dia tertidur semula. Aidan ingatkan nak bawa Nisa untuk makan di luar. Tapi tidak jadi rasanya.

"Nisa, aku ada buat sarapan. Bangun!" panggil Aidan. Berharap untuk isteri yang kuat tidur itu untuk bangun. Mana mungkin!

"Nisa Sharifah!" panggil Aidan. Kali ini dia menepuk ke bahu Nisa. Biar cepat sikit isteri dia sedar. Karang lama-lama boleh kebulur dia.

"Apa, suamiku yang tersayang?" Nisa menggosok-gosok mata. Tidak faham benar dengan suaminya ini. Sudah solat pun tadi, apa lagi?

"Kau bangun lah. Aku dah siapkan sarapan. Nanti tengah hari sikit baru kita keluar." Aidan mahu melangkah, Nisa terus lompat ke belakang Aidan.

"Sebab awak tak bagi saya kiss waktu pagi, biar saya yang bagi dekat awak!" Nisa mencium pipi Aidan. Aidan sedikit terkejut dengan perlakuan Nisa.

"Macam mana? Okey kan?" Nisa senyum-senyum. Elele, bangga lah dia itu. Cium-cium suami. Kalau macam ini, aku pun tak ada!

Aidan menarik tangan Nisa. Tubuh Nisa dia bawa ke hadapan. Sekarang Nisa sudah ada di posisi digendong Aidan secara bridalstyle gitu.

"Kau memang menguji kesabaran aku kan, Nisa Sharifah?"

"Memang pun, suamiku." Nisa mengenyitkan sebelah mata. Haish, dia nak goda suami dia! Yang ini lagilah aku tiada! Haih!

Aidan menurunkan tubuh Nisa. Lenguh pula tangannya lama-lama. Dia pegang erat tangan Nisa.

"Aku sayang kau, Nisa."

Nisa memuncung, "Sayang je? Cinta? Macam mana?"

Aidan jongket bahu. Tidak tahu. Manalah dia tahu, dia cuma Aidan Naufal.

"Naufal...." panggil Nisa.

"Mungkin satu hari nanti. Siapa tahu kan? Tapi aku sayang kau. Cukup kau tahu itu saja." beritahu Aidan sungguh-sungguh. Dia benar sayangkan Nisa. Benar.

Nisa naikkan tangan, dipegang kedua pipi Aidan. Dia menarik wajah Aidan mendekati wajahnya sikit. Cukup buat matanya terus terkunci pada pandangan mata Aidan Naufal.

"I love you, Naufal."

"Thanks, Nisa." sedikit balasan Aidan itu memberikan kekecewaan buat Nisa. Sekadar terima kasih untuk ily ? Hampanya jawapan yang diberi Aidan.

"Dah. Jom kita pergi sarapan. Nanti kita nak jalan lagi lepas ini. Kau kalau tak makan nanti susahkan aku lagi. Aku yang kena carikan makanan tau. Dah, jom makan." Aidan menukar topik. Sudah-sudahlah bersweet, ada yang jeles di sini. Cieee.

"Naufal, I love you." sekali lagi Nisa mengucapnya.

"Iya, Nisa. Aku tahu. Dah, jom sarapan."

Nisa merangkul lengan Aidan. Suami dia ini benar-benar ego lah. Balas lah ily itu. Ohoho, apo lah!

"Masak apa sarapan kita, Naufal?"

"Kita tengok lah," balas Aidan bersahaja. Ah, lihatlah!

,

,

,

———next chapter———

“Kejap. Aku ambil dulu bagasi. Kau jangan buat dulu. Aku tak nak kau buat kerja sorang-sorang. Kau faham tak?”

SWEET BLUE ✅️Where stories live. Discover now