31

1K 75 7
                                    

WAJAH Aidan Naufal dipandang Nisa lama-lama, dia tidak berpuas hati dengan Aidan. Suaminya itu seorang penipu! Nisa mencebik tatkala Aidan menoleh ke arahnya. Nisa palingkan wajah, tidak mahu pandang lagi wajah si suami kesayangan dia.

"Kau kenapa ni, Nisa?" tanya Aidan. Sejak kelmarin Nisa berperangai pelik. Entah apa sahaja yang tidak kena di mata isterinya ini. Bila Aidan tanya, sepatah saja dijawab, soalan dia langsung tidak dijawab.

"Awak penipu, Naufal. Saya benci awak." tiba-tiba sahaja Aidan dicop penipu. Berkerut hairan lah dahi Aidan, ada apa dengan isteri dia ini? Salah makan makanan apa semalam?

Aidan lekas mendekati Nisa, dia memegang ke bahu Nisa namun Nisa menepis. Nisa menjarakkan diri daripada Aidan. Hal ini tentulah membuatkan Aidan merasa sangsi. Selama dia hidup berdua dengan Nisa, mana pernah Nisa mahu lepaskan dia. Kali ini lain pula!

"Aku ada buat salah apa-apa kah, Nisa?"

Nisa tidak membalas. Dia berpeluk tubuh, menunjukkan betapa marahnya dia dengan Aidan. Aidan tidak tahu apa yang dia buat sehingga mengundang marah Nisa.

"Aku minta maaf kalau aku ada buat benda yang kau tak suka. Aku-"

"Awak penipu, Naufal!" pintas Nisa. Dia pusing seraya menunjukkan ekspresi hendak menangis, "Awak kata nak bawa saya naik Gunung Everest tapi sampai sekarang awak tak bawa-bawa pun!"

Aidan menutup kelopak matanya rapat. Dia rasa hendak marah pun ada. Dia buka kelopak matanya kemudian, wajah Nisa dia pandang. Air mata sudah pecah, Nisa masih menatap Aidan dengan riak tidak puas hati.

"Gunung Everest?" Aidan mengangguk. Ini pula yang dimarahkan Nisa. Hal yang tidak masuk akal ini! "No." jawapan Aidan cukup mengesalkan pendengaran Nisa Sharifah.

"Awak dah janji nak bawa saya ke sana, Naufal! Awak tak boleh buat saya macam ini! Saya bencikan awak!" Nisa menghentak-hentak tapak kaki ke lantai, begitu kesal sekali dia dengan Aidan.

"Kau buat macam begitu pun, aku tak akan bawa kau ke sana." Aidan tegas memberitahu. Dia bukannya apa, sejak minggu lalu lagi Nisa tidak habis-habis bercakap tentang Gunung Everest. Mahu sangat naik ke sana, memang tidak lah!

"Hmph!" Nisa berpeluk tubuh, dia berpaling semula daripada Aidan.

Aidan hanya membiarkan. Dia tahu ini efek daripada kandungan Nisa. Dia mana boleh nak salahkan Nisa dengan kemahuan yang bukan-bukan itu. Tidak apa, selepas sembilan bulan, semuanya akan kembali normal.

"Saya nak coklat," ucap Nisa.

"Tak boleh."

Pantas kepala Nisa ditoleh, "Kenapa? Tak akan lah saya tak boleh makan coklat? Itu pun awak tak bagi ke? Awak ini suami kejam tahu tak!" turun naik dada Nisa dengan dengusan kuat yang dia lepas.

"Tak boleh sebab gula dalam badan kau tinggi, Nisa. Doktor kan dah bagitahu yang kau tak dibenarkan makan makanan manis. Kau lupa?"

Nisa baru teringat, doktor ada cakap tentang kandungan gula yang terlalu tinggi dalam badannya. Tetapi... kalau begini, kempunan lah dia nak makan coklat. Ish! Nisa mendengus lagi. Susah betul mengandung begini, semua benda tidak dibolehkan. Naik gunung tidak boleh, makan coklat pun tidak boleh. Hmm!

Aidan mendekati Nisa. Dia bukannya mahu berlaku tidak adil dengan Nisa, tetapi ini arahan dari doktor. Dia fikirkan tentang Nisa dan bayi mereka. Aidan terus memegang kepala Nisa, dia mengusap dan menurunkan satu ciuman.

"Aku masakkan kau sup dengan bubur. Okey?"

Nisa mengangguk. Mahu tidak mahu, kena ikut juga. Makan sajalah apa yang diberi. Asalkan dia makan, itu pun sudah cukup. Bubur pun bubur lah.

Sekali lagi, Aidan mengusap kepala Nisa. Dia tahu isteri dia sejak membawa kandungan memang banyak ragam. Nak nak pula memang inilah sebagaimana Nisa sewaktu tidak mengandung. Ada sahaja ragam dia yang mencuit hati kecil Aidan Naufal.

Indahnya, cinta setelah nikah.

,

BERPINDAH pula kepada pasangan kedua, Nurul dan Idham. Mereka ini lain pula ceritanya.

"Awak ini kenapa? Ini dah masuk ke empat belas kali awak call tahu tak! Kenapa?" marah Nurul. Dia dengan Idham sejak kahwin ini kan ada saja yang mahu digaduh-manja berdua.

"Saya risaukan pasal awak. Macam mana kalau awak ada apa-apa dekat jalan? Saya risau tau!" Idham ini pun satu hal juga. Dia punya risau itu memang tak boleh nak dikawal langsung. Kalau tidak menelefon, tentu dia akan mesej. Alahai, Nurul tidak ke mana pun. Dia ada saja tengah buat kerjanya sebagai seorang guru.

"Kalau awak risau sangat, saya berhenti saja lah bekerja. Biar saya duduk dalam rumah dan awak tak payah nak risaukan saya."

Idham menggeleng, "Saya tak nak rosakkan kerjaya awak, sayang...."

Idham sebenarnya terlalu sayang dengan Nurul sampaikan dia dibelenggu dengan kerisauan yang luar biasa. Bahkan, sampai dia di hospital, otak dia asyik berfikir akan keadaan Nurul.

"Jadi awak tak perlulah risau. Saya okey. Saya pandai jaga diri saya. Awak ini, suka-suka awak saja nak keluar waktu kerja kan? Kalau awak kena buang kerja macam mana? Awak nak suruh saya tanggung awak?" hah, sudah mula drama mereka berdua.

"Mana ada, sayang.... saya tak ada niat pun nak buat macam begitu. Iyalah. Salah saya sebab terlalu risaukan pasal awak. Saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut buat macam begitu. Maaf ya, sayang?"

Nurul menghembus keluh. Dia jeling kecil kepada Idham. Mana boleh percaya dengan kata-kata Idham ini. Sekarang saja dia cakap begitu, nanti besok-besok mulalah dia punya ragam itu. Naik gila Nurul nak melayan!

"Awak.... jom kita pergi makan. Saya lapar lah." Idham menayang muncung, sengaja mahu pujuk isteri. Idham memegang ke lengan Nurul, dia goyang-goyang lengan Nurul. Bekeras juga nak Nurul makan bersama dia.

"Iyalah. Awak janji tau awak tak buat lagi macam ini."

Idham angguk-angguk. Kemudian, dia tayangkan senyum. Idham menarik tangan Nurul hingga Nurul berada dekat di sisinya. Dia letakkan tangannya di atas bahu Nurul. Ceh, dasar Idham suami overprotective!

Walau begitu, Nurul tetap sayangkan Idham. Gelagat Idham yang terlalu-lalu manja inilah yang buat Nurul berfikir, 'comel'.

,

,

,

---next chapter---

"Isteri you ini tak penting berbanding dengan kerja you!"

SWEET BLUE ✅️Where stories live. Discover now