06

1K 90 2
                                    

          TERIMA KASIH sebab awak sudi jadikan saya sebagai isteri awak." Nisa senyum. Aidan perhati saja. Kemudian dia masuk ke dalam bilik air. Nisa ditinggalnya saja. Terkelip mata Nisa.

"Awak dah nak salin baju ke?" tanya Nisa. Namun tiada sahutan dari Aidan. Nisa ketuk pintu. Suami dia ini! Balas lah apa yang ditanya!

"Awak?" Nisa memanggil. Pintu dibuka luas. Nisa sempat berundur. Terkejut. Aidan tiba-tiba saja buka pintu!

"Awak dah nak tukar baju?" soalan sama diaju.

"Hah," balas Aidan sepatah.

"Awak punya salinan baju mana? Biar saya yang ambilkan."

"Tak perlu. Biar aku yang ambil sendiri." Aidan berlalu ke beg pakaiannya. Dia mengambil baju serta seluar salinannya. Bilik air dimasukinya semula.

"Kalau awak nak apa-apa, awak panggil saya!"

Tiada balasan dari Aidan. Nisa hembus keluh. Dia duduk di birai katil. Mahu menunggu si suami selesai. Kemudian, dia pula ganti mandi karang. Tidak selesa kalau terus pakai gaun pengantin.

Nisa ukir senyum. Dasar suami cuek. Tapi tak apa. Nisa pasti Aidan belum terbiasa. Yalah. Mereka kali pertama jumpa. Boleh bayangkan tak? Kekoknya rasa bila kahwin dengan orang yang baru dikenali.

'Aidan Naufal....' nama suaminya diseru di dalam hati. Senyum.

'Nama hensem. Muka pun hensem.' Nisa tertawa kecil. Suka benar berangankan wajah Aidan. Ini kalau Aidan dapat tahu, konfem, malu!

"Aku dah siap." suara Aidan menyentakkan lamunan Nisa.

Nisa bangun. Dia kemudian mencapai tualanya. Sempat dia senyum pada Aidan. Walaupun lelaki itu tak membalas. Muka teruskan datar saja. Sama macam jalan tar. Huh!

"Baju itu aku letak dalam bakul dekat tepi," Aidan memberitahu sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik.

Nisa hanya perhati saja. Bagus lah suami dia ini. Pandai nak letak baju dalam bakul. Nisa tersengih-sengih. Tak sabar rasanya nak menjalani kehidupan bersama Aidan.

Her cold husband.

,

“KAMU berdua tinggal lah lama sikit dekat sini ya, Aidan. Ibu dengan abah nak kenal dengan Aidan. Iyalah. Kita sekarang kan sudah jadi satu keluarga. Terlebih pula Aidan ini menantu ibu."

"Tak ada masalah, ibu. Aidan pun tak mahu lah cepatkan sangat nak bawa isteri Aidan keluar dari rumah. Elok lah isteri Aidan ni spend time dengan keluarga dulu. Sebab selepas ini, mungkin Aidan akan terus bawa isteri Aidan ni pindah." Aidan berterus-terang.

Encik Shahrol angguk, "Bagus pemikiran kamu, Aidan. Matang. Pemikiran macam ini lah yang patut diterapkan di tiap anak muda." bangga Encik Shahrol dapat menantu yang matang akalnya. Macam begini, selamat rumah tangga.

Nisa senyum. Aidan yang dipuji, dia pula yang merasa bangga. Tak ada lah. Rasa bahagia saja bila suami dia dipuji. Lebih lagi dengar Aidan asyik seru dirinya sebagai 'isteri Aidan' tadi. Aduhai. Lemes bestie!

Malam itu, rancak mereka saling berbual. Penuh dengan gelak tawa. Tapi Aidan hanya menayang senyum. Bukan dia tidak reti ketawa ataupun putus urat ketawa, tidak. Dia sudah terbiasa dengan begitu. Semua orang kenal lah dia macam mana. Terutamanya ibu dan ayah dia. Memang tahu sangat kalau Aidan jarang tertawa. Bukan tersakiti.

Di balkoni bilik, Aidan sedang berdiri di situ. Dia memerhati keadaan malam yang sunyi. Sejuk di luar ini. Dapat dia rasa angin meniup-niup badannya. Rasa tenang saja.

"Awak," panggil Nisa. Dia berdiri di sebelah Aidan. Wajah lelaki itu ditenung lama.

Aidan menoleh. Mereka bertatapan. Nisa ukirkan senyum. Kalau begini tiap hari, tidak bosan Nisa rasa.

"Awak kerja model sebagai part-time dah lama kan?" Nisa teringin mahu tanya soal pekerjaan Aidan. Ini saatnya dia lunaskan pertanyaan yang berlegar di kepala.

Aidan angguk.

"Awak memang minat dengan model kan? Yalah. Ibu ada cerita dekat saya. Awak sampai sanggup nak buat dua kerja." Nisa tertawa kecil. Aidan memandanginya.

"Err.... awak tak kisah kan kalau saya tanya?"

Aidan tidak membalas. Mungkin malas saja dia mahu balas. Dia tak kisah kalau isteri dia mahu tahu soal dirinya. Itu bagus. Dia suka. Tapi berharap untuk dia bercerita banyak, memang tak boleh jamin. Dah tahu Aidan Naufal bagaimana.

"Awak memang tak nak bersembang dengan saya ke? Dari tadi awak asyik diam je. Saya nak kenal dengan awak tau. Saya nanti nak kena hidup dengan awak. Lepastu tiap hari saya akan tengok muka awak. Saya nak tahu apa yang awak tak suka dan awak suka. Senanglah saya nak ambil hati awak."

Aidan hembus nafas, "Aku tak suka bersembang banyak." kemudian, dia masuk ke dalam. Nisa pusing.

"Saya yakin nanti awak akan bersembang juga dengan saya!" ucap Nisa.

,

,

,

———next chapter———

Puan Nadia membuat muka, “Tak biasa.... Selalu elok saja berangan nak bersuami kan? Sekarang dah ada suami malu-malu pula.” kepala digeleng.

SWEET BLUE ✅️Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu