09

1.1K 94 6
                                    

NISA hanya memerhati Aidan yang sedang sibuk dengan meetingnya. Waktu cuti saja pun lelaki itu sibuk dengan kerja. Nisa hembus keluh. Dia fikirkan Aidan bakal ada masa untuk dirinya. Tidak sangka pula akan diganggu dengan pekerjaan Aidan.

Nisa mengorak langkah menuju ke bilik melukis. Dia duduk di atas kerusi bulat. Lakaran yang ada di atas meja dia pandang lama. Lakaran ini pun belum siap lagi. Tak ada mood dia nak menyambung. Nisa mengeluh lagi.

"Hari ini aku ada meeting. Aku tak nak kau ganggu aku."

"Sampai bila awak meeting?" Nisa sudah memuncung.

"Ikut keadaan juga. Lagipun meeting kali ini aku tak pergi ke pejabat. Aku tak nak lah ibu dengan abah cakap aku ini lebih pentingkan kerja." Aidan berdehem.

Nisa mengambil pensel yang ada di atas meja. Ditenung lama kertas lukisannya. Apa dia nak lukis? Seketika, dia teringat dengan buku catatan miliknya. Dia cepat saja membuka laci.

'Cara kekalkan hubungan berumahtangga.' Nisa membaca. Dia senyum. Bagus juga kalau dia baca ini. Tidaklah dia bosan nak menunggu si suami selesai dengan meeting tergempar itu.

*Cara mengekalkan hubungan berumahtangga*
-Saling memahami.
-Saling membantu dalam pekerjaan rumah
-Kalau ada masalah, bawa berbincang elok-elok
-Jangan syak wasangka dengan pasangan/ kalau ada kemusykilan, pastikan selidik dulu

Nisa mengangguk-angguk. Semua ini senang saja nak buat. Tapi Aidan Naufal, mampukah dia buat semua ini? Kalau seorang saja yang buat pun tak guna juga. Nisa menggaru kepala. Dia kena percayakan suami dia. Tentu lah Aidan mampu buat!

"Paling penting kalau nak rumahtangga terus berkekalan, solat berjemaah jangan sesekali ditinggalkan."

Nisa teringat apa yang ibu sampaikan. Benar lah kata ibu. Solat itu kan tiang agama. Nak keberkatan dalam hidup, jangan sesekali tinggal benda wajib. Macam solat terutamanya. Ramai lagi muslim tinggalkan solat. Faham. Bukan senang nak istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah. Kita kena cekalkan hati, jangan mudah sangat nak biarkan diri hanyut. Malas? Dalam keadaan dunia yang sudah sakit begini, masih lagi nak bermalasan?

"Nisa," Aidan memanggil.

"Hmm?" Nisa pusing. Kelihatan Aidan yang berdiri di pintu sana. Pasti lelaki itu sudah selesai dengan meetingnya.

"Jom makan." Aidan kemudian beredar. Nisa tersenyum. Dia tutup buku catatannya lalu disimpan ke dalam laci. Nanti dia mahu baca lagi. Eip! Jangan setakat baca. Amalkan sekali!

,

"AWAK!" Nisa duduk di birai katil. Aidan pandang sekilas ke belakang. Dia kemudian fokus semula pada ipadnya.

"Awak kata esok kita nak ke rumah ibu dengan ayah awak. Iya ke?" tanya Nisa.

"Hah," balas Aidan.

"Berapa hari kita dekat sana?"

"Mungkin dalam tiga hari? Tak lama pun. Nanti aku kena masuk kerja dah. Kau siapkan je lah berapa helai baju. Kalau tak cukup boleh beli je nanti." Aidan menaip sesuatu di ipad.

Nisa mengangguk. Yalah. Kalau suami sudah bilang begitu. Dia kemudian pandang ke arah Aidan. Bila lah suami dia itu mahu pandang dia seperti dia memandanginya? Nak juga rasa saling bertatapan, penuh dengan cinta. Auch!

Nisa tersengih-sengih. Comel je berangankan suami sendiri. Heheh. Suami. Untungnya ada suami. Berangan lah macam mana pun. Tak ada siapa nak melarang. Yang paling bagusnya, tak haram pun! Aduhai.

"Kau tak payah lah nak tunggu aku siap. Kau tidur je dulu." Aidan menyuruh. Dia banyak lagi nak kena siapkan. Maklum, dua kerja. Tapi dia punya hal juga buat dua kerja. Padahlah menanggung risiko.

"Okey. Saya tidur dulu tau, awak. Selamat malam, suami!" ucap Nisa. Cepat-cepat dia baringkan tubuh. Selimut ditarik menutup seluruh tubuh.

Aidan terhenti. Dia pusing. Nisa perasan Aidan memandangnya. Satu lambaian dia bagi.

"Goodnight!" ucap Nisa lagi. Aidan hembus nafas. Dia pusing ke hadapan semula.

'Goodnight too,' ucap Aidan perlahan.

,

,

,

---next chapter---

"Saya nak ikut awak lah. Tak kan lah awak nak tinggalkan saya sorang-sorang dekat kereta? Kalau ada orang culik saya nanti macam mana?"

SWEET BLUE ✅️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن