19

905 82 0
                                    

             “AIDAN, kita dah bincang pasal hal ini kan? You tak boleh buat macamni!" marah Susan. Dia sudah pun bilang pada Aidan, dia mahu Aidan terima kerja dengan Steve.

"Susan, you know about me. I have-"

Susan memintas, "Yes, you have your other responsibilities! Tapi you kena ingat Aidan, you tak akan dapat sampai ke step seterusnya if you keep saying those line!"

Susan hembus keluh. Dia pegang kepala. Sakit kepala dia fikirkan soal Aidan. Dia dengan Aidan sudah bincang soal ini. Dalam telefon bahkan. Kenapa susah sangat Aidan mahu mengerti?

"I penat, Aidan. I pun ada kerja yang I kena siapkan."

Aidan pandang ke arah Susan. Susan benar tampak begitu letih. Mungkin sebab terlalu bekerja. Iyalah. Tidak dengan photoshoot, kemudian dengan kelas belajar pula. Penat!

"You should rest then, Susan. You always overdo your work." Aidan sedikit risaukan tentang Susan. Pada Aidan, Susan ibaratkan kakak kepada dia. Lagipula, mereka berkenalan cukup lama.

Susan perlahan menguntum senyum. Terasa gembira bila Aidan mengambil berat tentang dirinya. Dia pusing menghadap Aidan.

"Thanks for caring, Aidan. But you know me too well. I always overdo my work because I can't go relax when I haven't done my work."

"That's why you should take some rest. Nanti kerja-kerja you kan boleh pekerja lain yang uruskan. You tu kerja kuat sangat buat apa? Keluarga you pun bukannya keluarga yang susah." Aidan labuhkan punggung di kerusi.

"Ya, I know."

Aidan kalih pandangan ke arah pejabatnya. Dia ada di pejabat Susan sekarang. Nisa dia bawa sekali. Itu yang kepala dia asyik terteleng saja ke pejabatnya. Risau kalau Nisa menunggu terlalu lama.

"Dari tadi I perhati you. Asyik tengok pejabat you je. Kenapa?" Susan duduk di kerusi miliknya.

"Tak ada apa." tapi pandangan Aidan masih tetap ke arah pejabatnya. Yalah, dia risau dengan Nisa. Sendirian saja isteri dia di pejabat sana.

Susan turut pandang ke pejabat Aidan. Lelaki itu memang susah nak sayangkan orang. Hati dia ego. Susan sangkakan dengan dirinya yang ramah pada Aidan bakal jatuhkan ego Aidan, tetapi dia salah.

Aidan Naufal, lelaki yang tidak dapat diduga akan isi hatinya. Susan sentiasa berharap agar dia yang menduduki kerusi di tahta hati seorang Aidan. Menyedari akan hal itu tak pernah terjadi, Susan sedikit kecewa.

Lihatlah, Aidan begitu berhati-hati dengan keadaan Nisa. Dalam ketidak-endahan dia sebenarnya terselit akan kerisauan yang tak bisa terungkap. Mungkin bisa terlihat dengan kelakuannya.

Susan kembali memandang Aidan. Lelaki ini... dia menyukai lelaki ini.

"Ah, Susan. I balik dulu lah. Nanti malam ni I akan jumpa Steve dan bincang dengan dia." Aidan terus mengambil langkah keluar. Nisa dipanggil, mereka keluar dari situ.

Sempat Nisa berikan lambaian serta senyuman pada Susan. Susan turut membalas.

Susan hembuskan keluh kecil. Kenapa pula dia kena rasa sedih? Aidan itu pergi dengan Nisa, isteri kepada Aidan. Apa yang dia mahu bersedih? Ah, sudah jauh dia mengelamun. Susan memukul pipi. Dia tak boleh nak berangan jauh-jauh. Sedar!

,

“AWAK nak bawa saya pergi mana?" tanya Nisa.

"Pergi shopping. Aku kan tak pernah lagi bawa kau berbelanja."

Nisa tersenyum. Suka lah dia dapat shopping. Perempuan mana saja yang tak gembira kalau diajak berbelanja dengan suami. Aduhai, kalau aku pun tentu lah gembira sampai melompat-lompat katak! Hah, begitu! Ahak!

"Malam ni kau ikut aku pergi makan malam. Aku nak bawa kau berjumpa dengan lelaki yang aku jadikan contoh untuk penyemangat minat model aku."

Nisa menoleh ke samping. Baru kali ini Aidan hendak bercerita tentang minatnya itu. Nisa rasa bahagia. Nampaknya, Aidan sudah mula buka hati untuk dia. Syukur, alhamdulillah.

"Awak.... Awak dengan Susan tadi tak gaduh kan?" yalah, Nisa nampak tegang semacam saja cerita mereka berdua. Takut pula kalau terjadi pergaduhan.

"Tak ada apa pun. Susan tu yang serious sangat. Kau jangan risau lah. Aku tak gaduh dengan orang."

Nisa mengangguk, "Baguslah kalau macamtu. Lega hati saya dengar, tapi kalau awak ada masalah, awak bagitahu saya tau. Saya boleh tolong awak."

"Iya lah, Sharifah." tiba-tiba terkeluar idea spontan Aidan unuk menyakat Nisa.

"Ish, awak ni. Awak cakap awak tak suka cari gaduh. Sekarang ni awak tengah cari gaduh dengan saya tau!" Nisa menyepetkan matanya.

"Tak pun, Sharifah. Aku cuma nak hidupkan suasana kereta yang sunyi." Aidan saja berdalih.

"Ikut suka awak lah, Naufal." ah, Nisa juga sama.

,

,

,

———next chapter———

“Kau jangan pergi jauh dari aku, Nisa. Susah aku nak cari kau nanti. Faham?”

SWEET BLUE ✅️Where stories live. Discover now