28

945 83 0
                                    

              "OKAY.... Pertama, kena potong bawang dengan cili. Kemudian-" baru saja Nisa mahu memulai memotong bahan untuk dia cuba masak ayam masak cili, telefon yang berdering menyentakkan dirinya. Kacau sajalah waktu-waktu tengah sibuk begini.

Nisa lap tangannya yang sedikit basah pada apron yang dia pakai. Telefon yang diletakkan di atas meja segera dia capai, terpapar nama 'Nurul' di skrin. Ada saja kawan dia ini mahu menganggu, syak Nisa tentu Nurul ada hal yang mahu diberitahu. Jarang telefon kalau tiada hal.

Panggilan disambut, telefon dia bawa ke telinga kiri, "Assalamualaikum, ada apa telefon pagi begini, sayang?" Nisa bercekak pinggang.

Nurul: "Amboi, bersayang ya dengan aku? Hmm, maaf sebab menganggu kau waktu pagi ni. Aku call sebab ada aku nak cakap. Hal penting."

See? Sudah Nisa agak, mesti ada sesuatu. Dia duduk di kerusi, sambil-sambil mendengar apa cerita dari sahabatnya, tidaklah lenguh kaki dia berdiri terus. Ini bukannya sesi kawad kaki nak berdiri kan?

"Ya. Ada apa hal pentingnya?"

Nurul: "Aku tak ganggu kau? Mana tahu tengah ada dengan suami kan. Aku takut aku menganggu saja."

"Ada lah ganggu sikit. Hah, kau cakap lah apa benda yang nak dicakapkan? Tukar topik pula kau ini." Nisa menggeleng kepala. Tadi beria pula dia mahu bercerita, alih-alih bertanya soal lain pula.

Nurul: "Heheh. Aku sebenarnya nak cakap pasal seorang lelaki ini."

Terkejut. Aik, bukan main. Pasal 'seorang lelaki' eh! Ini berita baik ini. Wangi-wangian nasi minyak kuat!

"Wah, dah ada kekasih kau eh? Tak bagitahu dekat aku pun sebelum ini. Dah pandai berahsia dengan sahabat sendiri!" Nisa mahu merajuk lah, si Nurul ada kekasih hati tidak mahu bagitau dia.

Nurul: "Kau ini kan... aku tak habis cakap lagi. Lain kali, jangan menyampuk kalau orang tua-tua tengah bercakap. Tak baik perangai kau ini. Makin menjadi-jadi!" sedikit katanya berbaur gurauan.

Nisa tertawa. Aduhai, lawak pula. Tadi nak cakap pasal benda lain, alih-alih makin panjang pula mereka dua punya gurauan. Kalau begini memang susah jadinya.

"Iyalah. Maafkan saya ya, mak cik. Baiklah. Sila teruskan apa yang ingin mak cik sampaikan." Nisa masih tersisa tawanya. Tentu Nurul sudah membuat muka, tahulah Nisa macam mana si Nurul.

Nurul: "Eleh. Aku bukan mak cik. Kau tak ada anak lagi, jadi aku belum jadi mak cik. Hah, aku nak cakap pasal yang tadi. Back to story eh. Ni, kau kenal tak dengan Idham?" akhirnya, dimulai juga perbicaraan penting antara mereka ini.

"Idham mana?"

Nurul: "Idham kawan kepada Aidan suami kau itu. Tak akan tak kenal?"

Nisa berfikir sejenak. Idham... Idham... Oh! Dia ingat! Idham kawan kepada Aidan. Iya-iya, dia ingat. Itu lelaki yang Aidan cakap doktor itu!

"Kenal. Kenapa?" curiga Nisa bila Nurul tanya pasal kawan suaminya ini.

Nurul: "Alhamdulillah.... Nisa, patut ke aku terima?"

Berkerut, "Terima apa? Cakap jangan sepatah-sepatah boleh tak? Tak faham lah aku."

Nurul: "Haih.... Idham ada jumpa aku dan jumpa dengan keluarga aku juga. Tau tak, dia cakap dia nak lamar aku. Patutkah aku terima dia?" tergagap sedikit Nurul berbicara.

Nisa berfikir sejenak, "Aku ini tidak lah kenal sangat dengan kawan Aidan tu. Tapi... waktu dekat majlis kahwin, dia nampak ramah. Aku tengok pun dia macam baik orangnya. Jadi, kalau kau tanya aku, aku okey saja dengan siapa yang jadi suami kau. Asalkan dia mampu untuk bahagiakan kau dan tak sakitkan hati kau."

Secara jujur Nisa kata, dia tidak kisah dengan siapa yang menjadi pilihan hati kepada sahabat dia. Selagi mana lelaki itu menjadi pilihan terbaik di hati Nurul, Nisa akan sentiasa menyokong. Sebagai seorang sahabat, memberi nasihat dan sokongan merupakan bantuan yang terbaik buat sahabatnya.

"Sekarang aku nak tanya kau, kau nampak Idham itu lelaki yang baik atau tidak?" tanya Nisa. Mestilah dia mahu tahu bagaimana tanggapan si sahabat pada lelaki yang sudah menyampaikan lamaran itu.

Nurul: "Baik.... Dia baik, tapi aku tak yakin."

"Solat istikarah. Itu sebaik-baiknya jalan penyelasaian. Kita masih ada Allah untuk minta jawapan, Nurul. Malam ini, kau buat solat istikarah. In sha Allah, ada jawapan yang kau nak." Nisa memberitahu.

Nurul: "Iya, aku lupa pasal benda tu. Terima kasih, Nisa. Untungnya aku ada sahabat yang sentiasa ingatkan aku dengan benda-benda begini. Emm.... boleh tak kalau aku tanya sesuatu dengan kau?"

"Boleh, sayang.... Apa dia?"

Nurul tertawa kecil mendengar dia dipanggil sayang, "Kau ini tak habis-habis dengan sayang kau tu. Ni, kau dengan Aidan macam mana? Okay kah tidak? Hati kau macam mana?"

Nisa senyum, "Aku okey. Hati? Hei, tentulah aku cintakan suami aku." bukan setakat cinta, tetapi sayang juga.

Sesungguhnya, ikatan yang terjalin secara halal, ia wajib menerima sayang dan cinta setulusnya. Suami dan isteri, saling mencintai dan saling menyayangi. Pupuklah sayang, semaikan bibit cinta dalam hati di antara pasangan. Ini adalah cinta yang benar di mata Allah.

Aidan menyilangkan tangan ke dada, dia pandang lama isterinya yang tersenyum sambil bertelefon. Dia dengar semuanya, dan dia rasa.... gembira.

,

,

,

———next chapter———

“Bukan awak yang beli ke?”

SWEET BLUE ✅️Where stories live. Discover now