08

962 92 3
                                    

          AWAK SIBUK tak?" soal Nisa. Aidan kalih pandangan pada Nisa.

"Kenapa tanya?"

Nisa senyum. Dia mendekati Aidan, "Saya sebenarnya nak tunjukkan awak sesuatu. Itu pun kalau awak tak ada apa-apa kerja nak dibuat. Yalah. Ini kan kali pertama awak datang rumah saya."

Aidan bangun dari duduk, "Cepatlah tunjuk."

Nisa mengoyak senyum lebar. Dia menarik tangan Aidan tetapi Aidan melepasnya. No physical touch. Dia tidak mahu lagi ada apa-apa sentuhan antara mereka. Walaupun sudah kahwin. Mungkin dia rasa janggal.

Nisa menarik kembali tangannya. Tak jadi dia nak pegang tangan si suami. Yalah. Dah kalau orang tak sudi, tak usah lah memaksa. Nanti rasa rimas pula. Nisa cepat mengorak langkah ke hadapan. Dia bawa Aidan menuju ke satu bilik.

Pintu bilik dikuak luas. Lampu dipasang menerangi seluruh ruangan. Kelihatan ada banyak lukisan di ruangan itu. Aidan hanya memandang.

"Ini semua saya yang lukis tau. Kalau saya ada masa lapang atau tengah bosan, saya akan habiskan masa saya dekat sini." Nisa mengulum senyum. Dia mendekati satu lukisan yang baru dia siapkan waktu kemarin.

Aidan menggaru leher. Dia memerhati ke sekeliling. Pandangan dia tertumpu pada satu lukisan. Ia ditutup dengan kain hitam. Ada apa rasanya di balik kain itu? Aidan mahu tahu.

"Lukisan tu tak siap lagi!" Nisa memberhentikan Aidan. Dia tersengih-sengih. Dia tak mahu tunjukkan lukisan itu kepada Aidan.

"Memang kena tutup ke kalau tak siap?" kening dijongket.

"Eh, kena lah! Lagipun lukisan yang tak siap dilukis ini nanti dia marah kalau kena tengok. Yang boleh tengok hanya pelukis dia seorang saja."

Aidan beralih ke tempat lain. Tak mahu bagi tunjuk tak apa lah. Dia tengok saja lukisan lain. Nisa menghembus nafas lega. Untung saja Aidan tidak memaksa untuk lihat. Sudahlah lukisan itu....

"Yang ini kau lukis juga ke?" soal Aidan. Nisa menoleh. Lukisan pasu yang pecah dan bunga yang sudah layu.

"Iya. Saya yang lukis."

"Apa maksudnya?" Aidan menyoal lagi.

"Maksud? Perlu ada maksud ke lukisan tu?"

Aidan berpeluk tubuh, "Mustahil tak ada. Kau dah berapa lama dalam melukis? Tak akan lah kau tak tahu pasal benda-benda begini. Mustahil."

Aidan pasti ada makna di balik lukisan yang dilukis Nisa. Lukisan. Bukan sekadar lukisan tau. Sama seperti tulisan. Bukan sekadar tulisan. Pasti membawa sebuah maksud.

Nisa tersenyum, "Kalau pasal makna itu saya tahu lah. Tapi kalau makna untuk lukisan yang ini memang tak ada. Saya saja lukis. Yalah. Kebetulan waktu itu ada pasu bunga ibu yang pecah, jadi itu lah saya dapat idea."

"Tapi.... kalau lukisan yang ini memang ada makna." Nisa menunjuk ke arah papan lukisan yang tergantung di sebelah kiri. Langkah dibawa menuju ke situ. Aidan turut mengikuti.

"Pokok bunga sakura. Saya lukis waktu saya umur tiga belas tahun. Dan ini adalah lukisan pertama yang bawa saya kemenangan dalam pertandingan melukis." Nisa mulai bercerita. Dia senyum. Teringat-ingat waktu itu. Tidak sangka kalau dia mendapat juara dalam pertandingan melukis.

"Nisa itu lemah dalam akademik. Kami fikir sekolahkan Nisa terus di sekolah biasa akan beri dia perubahan tapi sama saja. Walaupun macam begitu, Nisa handal dalam melukis. Itu saja lah yang Nisa mampu buat. Sebab itu abah nak Aidan sayang Nisa. Jangan sakitkan anak perempuan kami."

Aidan teringat akan kata-kata abah kemarin. Dia berdehem. Dia sakitkan Nisa ke? Kalau difikir, memang pun. Dia tidak melayan Nisa, itu pun cukup memberi impak pada hati seorang isteri.

"Abah dengan ibu selalu puji saya.... Saya rasa bersalah sebab selama saya pergi sekolah, saya tak pernah banggakan diorang dengan keputusan yang cemerlang."

Aidan menoleh. Wajah Nisa dia pandang lama. Mata Nisa ditumpu pada lukisan-lukisan di bilik tersebut. Ini saja dia mampu tunjuk. Dia bukannya smart girl. Walau setinggi apa pun sekolahnya, keputusan dia tetap mengecewakan.

"Abah tak pernah rasa kecewa dengan pencapaian anak abah. Abah pasti, ada sebab mengapa Allah takdirkan Nisa jadi begitu. Kami tak mengeluh, Aidan. Seburuk-buruk anak perempuan kami, dia tetap anak kami. Anak itu anugerah, Aidan."

Nisa mengoyakkan senyum lagi. Dia menarik baju Aidan. Perbuatan dia membuat Aidan tersentak.

"Awak nak tengok lagi tak lukisan saya yang lain? Ada banyak tau!" Nisa menarik-narik baju Aidan. Aidan membiarkan. Sudah sampai masa untuk dia mengenali Nisa Sharifah.

,

,

,

———next chapter———

“Okey. Saya tidur dulu tau, awak. Selamat malam, suami!”

SWEET BLUE ✅️Where stories live. Discover now