35

1.3K 72 2
                                    

*SPECIAL CHAPTER*

SAFAL DANNI tumbuh menjadi seorang budak lelaki yang tampan dan bijak. Anak ini tertarik untuk mempelajari Bahasa Arab dan Inggeris walau umurnya baru sahaja lima tahun. Bahkan, dia dianugerahkan sifat mulia sejak awal usianya Safal Danni ini.

"Nak solat! Papa ajar!"

"Nak ngaji!"

"Nak solat!"

Itulah apa yang sering dipinta oleh si anak cilik ini.

Kepintaran yang ada pada Safal Danni membuatkan Nisa menangis teresak. Dia tidak sangka kalau anak lelakinya akan dikurniakan kepintaran yang cukup luar biasa bagi seorang anak berusia lima tahun. Sedangkan 70% kepintaran itu diambil dari sang ibu.

Nisa mengerti, dia tidaklah pintar. Dia tidak cerdik.

"Ada sebab kenapa Allah tak beri awak kepintaran itu. Allah nak bagi pada anak kita. Janganlah sedih lagi, Nisa. Ini satu anugerah terhebat dari Allah."

Nisa merasa sangat senang. Allah itu tidak kejam kepada hamba-hamba-Nya. Hanya hamba-Nya saja yang berlagak kejam kepada-Nya. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa Allah yang menciptakan mereka.

"Saya bersyukur sangat, awak." kata-kata ini lah yang Nisa ucapkan kepada Aidan. Sesungguhnya, tidak akan ada sesiapa yang faham betapa senangnya kita melainkan Allah yang memberikan kesenangan tersebut.

Semenjak hadirnya Safal Danni dalam hidup Nisa dan Aidan, keluarga mereka hidup dalam keadaan harmoni. Ini kerana Allah telah beri rezeki dan rahmat yang melimpah kepada mereka. Lihatlah betapa besar hadiah yang telah Allah anugerahkan kepada hamba-hamba-Nya, sedangkan hamba-Nya (manusia) tidak pernah merasa cukup.

Itu sifat manusia, tidak pernah merasa cukup. Pupuklah kita rasa bersyukur sekalipun kita tidak merasa cukup dengan apa yang kita punya. Sesungguhnya, pemberian Allah itu tidak sesiapa pun dapat jangka.

,,,

"Sebenarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sebenarnya... lukisan yang saya tak bagi tunjuk dekat awak itu adalah lukisan muka awak tau."

"Baru nak bagitahu? Dah bertahun kau rahsiakan daripada aku, hm?" balasan dari Aidan membuatkan Nisa tertawa.

Dia bukannya tidak mahu bagi tunjuk tetapi dia lukis wajah Aidan dengan ekspresi yang cemberut. Waktu pertama kali mereka jumpa, memang wajah itulah yang Aidan tayang. Seolah dia dalam hari yang tidak baik.

"Apa lagi rahsia yang aku tak tahu?" tanya Aidan sengaja mahu bergurau.

"Mana ada..." Nisa memuncung.

Aidan eratkan pelukan, "Betul?"

Nisa naik menyentuh kedua pipi Aidan. Dia mengangguk-angguk, "Iya, Naufal!"

Aidan kemudian tersenyum. Dia ambil tangan Nisa dari menyentuh pipinya, tangan Nisa dikucupnya perlahan.

"Terima kasih sebab ada dengan aku sampai sekarang, Nisa."

"Saya pun nak cakap benda yang sama, Naufal. Terima kasih sebab sentiasa sabar melayan saya yang kadang-kadang buat awak rasa marah." Nisa senyum.

Aidan kembali menarik tubuh Nisa dalam pelukan. Nisa membiarkan kepalanya berehat di dada Aidan, merasakan hangatnya dakapan seorang Aidan Naufal, suami yang dia kasihi. Aidan pula mengusap kepala Nisa. Selamanya, kekalkan ia begini.

Inilah sebabnya mengapa Aidan Naufal sangat menghormati Nisa Sharifah, sebagai isteri dan sebagai seorang wanita. Jika diikutkan, ucapan terima kasih yang selama ini diutarakan tidak akan mampu membalas pengorbanan yang Nisa telah buat. Ini juga menjadi alasan mengapa Aidan sangat sayangkan isterinya.

Sesungguhnya, segala apa yang dilewati, suka mahupun duka, ia adalah takdir yang telah tertulis. Dan janganlah kita menyalahkan takdir. Takdir sudah tertulis indah, kita lah yang memilih jalan. Jika baik jalan yang dipilih, maka, baik lah ia.

Jalan ceritamu tidak seindah jalan cerita dia dan tidak seburuk jalan ceritanya. Setiap manusia melewati jalan suka serta duka. Apa yang membuatkan mereka bertahan? Sabar, doa dan percaya; mereka percaya adanya bahagia setelah derita.

the tens (❤)1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

the tens (❤)
1. Hormati pasanganmu,
2. Sayangi pasanganmu,
3. Bersyukur,
4. Setia pada pasanganmu,
5. Terima kekurangan pasanganmu,
6. Lengkapi kekurangan pasanganmu,
7. Berpegang pada agamamu,
8. Dahulukan keluargamu,
9. Didik dengan baik pasanganmu,
10. Didiki dirimu untuk sabar.

Sweet Blue; ia memang terlihat kasar, ego dan dingin, tetapi jauh di hatinya.... dia perlukan kehangatan sebuah cinta yang tulus. Cinta yang terbina bukan kerana nafsu tetapi cinta yang suci hadirnya dari hati yang mampu menerima kelebihan dan mampu melengkapi kekurangan.

(💐) dua orang yang saling mencintai dan berpisah kerana Allah.

SWEET BLUE ✅️Where stories live. Discover now